tag:blogger.com,1999:blog-73668684108172773322024-03-05T15:33:14.062-08:00A Drop of Water in the SeaUnknownnoreply@blogger.comBlogger412125tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-37652413721631880352019-09-12T07:02:00.000-07:002019-09-12T07:04:19.666-07:00Panggilan Haji: Seperti Masih Bermimpi

Sepuluh tahun menunggu untuk dijemput Ilahi menjadi salah seorang tetamuNya bukanlah singkat masanya.

Hanya Allah yang tahu rintihan hati hambanya yang telah lama menanti.

Jika di tahun-tahun lepas, hati akan kemurungan kerana tidak dipanggil-panggil, tahun ini tetiba saya menjadi sangat redha. Kata saya kepada rakan sekerja.. barangkali aku tidak layak lagi untuk menduduki ujian paling tinggi dalam keislaman aku. Ya.. barangkali aku tidak layak. Bukankah seorang guru akan tahu jika seseorang anak muridnya tidak layak mengambil sesuatu peperiksaan? Sudah tentu Allah Maha Tahu keupayaan aku. Barangkali, jika aku diuji dalam ujian hajiku.. aku akan gagal. Maka, saat ini aku redha jika disisi Allah.. aku tidak layak. Tahun depan aku akan mohon lagi untuk kali ke 11.

Sungguh.. sekali-kali tidak disangka. Ketika saya dan suami menikmati jamuan Aidil Fitri pada hari Syawal terakhir, tetiba Gem 1 menerima panggilan. Dia bergegas meninggalkan meja makan untuk menjawab panggilan itu. Perginya agak lama sehingga saya mula berperasangka..apakah gerangan berita yang sedang diterimanya. Ketika dia kembali ke meja.. mukanya sudah berubah. Saya tanya kenapa? Dia menjawab ringkas.. makanlah. Sudah tentu hati tidak tenang.. siapa pula yang sakit.. siapa pula yang mati?

Tidak berapa lama.. Gem 1 berkata, "Kita dapat pergi haji tahun ini". Allahuakbar! Hanya linangan air mata yang menyambut berita itu. Sukarnya untuk percaya. Ia seperti mimpi!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-69969137267286946882019-04-07T19:26:00.000-07:002019-04-07T19:31:43.314-07:00Kerana Pernah Bermimpi.. Dengan Izin Allah.. Ia menjadiCerita 6/4/2019

Saya dijemput oleh pengurus Dakwah Corner Publisher untuk meraikan sesi bersama pembeli di Pesta Buku Antarabangsa KL yang berlangsung pada tahun ini. Kali pertama pergi ketika buku 'Seek the Signs of Allah' baru dilancarkan di sana. Dua tahun lepas. Beza masa yang sangat jauh bagi seorang penulis yang tidak sabar seperti saya. Pun begitu, setiap yang berlaku.. pasti ada rahmahNya yang tersirat. Apapun penantian dan kegelisahan yang dialami, ia tetap berbaloi dengan kalimah 'best selling author' untuk buku 'Seek the Signs of Allah'.

Ketika hadir untuk sesi kali ini... rasa sebak menusuk ke kalbu. Angan-angan untuk menulis buku lebih 20 tahun yang lalu, kini menjadi nyata, dengan izin Allah, dalam situasi yang tidak disangka-sangka. Idea menulis yang 'poyo' suatu masa dahulu.. diterima dan dihargai. Malah, tetiba blog yang hampir mati ini dikunjungi dengan meriah ... lalu 'memaksa' saya untuk menghidupkan kembali blog mainan ini. Besar jasa blog biasa-biasa ini. Di sinilah tempat saya mengasah minda untuk menulis dan bercerita. Ada ramai yang bertanya.. bakat datang dari mana? Sudah tentu ilham datang dari Tuhan. Cuma untuk menulis tidak perlu bakat seni di dalam darah. Bakat boleh dicerna dan diasah.

Ketika hendak pulang... saya sempat menjeling ke arah pembeli memakai skirt pendek. Saya kira dia berbangsa asing. Allahuakbar... mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada beliau dan menjadikan buku 'Seek the Signs of Allah' sebagai asbab untuk dia mengenal Tuhan. Alangkah indahnya jika ia jadi nyata. Si kerdil ini memohon doa untuk si dia.

Simpan di sini saat-saat meraikan...

Pembeli ini datang selepas sesi bersama penulis.. Pengurus menghantar gambar ini kerana katanya 'They said they know you'... Maafkan saya yang amat pelupa.

Tak sangka .. jumpa penulis yang rupa-rupanya dari kawasan kejiranan!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-61437604020871624032018-05-29T18:41:00.000-07:002018-05-29T18:41:07.932-07:00Malaysia Baharu - Pernah Di Dalam Mimpi-Mimpi

Lama tidak menulis. Mood untuk menulis agak hilang atas beberapa perkara. Barangkali bosan dengan penantian buku kedua yang akan diterbit tetapi tidak muncul-muncul. Atau ketika hampir pilihan raya... bosan dengan kerenah dari pelbagai susuk parti. Seperti sudah tidak tahu pada siapakah yang harus diberi amanah. Maka, banyak faktor sekeliling menternak kemalasan untuk menulis.

Pun begitu, ketika endah tak endah esok adalah hari pilihanraya, sempat juga memasang youtube sambil memeriksa kertas-kertas tugasan yang wajib ditanda. Kadang-kadang, menjenguk ceramah-ceramah 'live' di Facebook. Sebelum tidur, sempat juga mengambil wuduk dan solat hajat sambil berdoa sunguh-sungguh... Ya Allah.. kurniakanlah kepada kami pemimpin yang dapat mengendali negara ini dengan betul. Hapuskanlah kezaliman yang ada sekiranya ia zalim dan leka. Tidak pernah rasanya saya berdoa dengan sungguh-sungguh untuk negara seperti begitu. Tidak pernah. Barangkali kerana sangat gundah dengan situasi semasa.

Keesokannya, saya bersemangat untuk menjadi antara yang terawal untuk mengundi. Sudah berkali-kali mengundi. Tidak pernah saya melihat ramainya orang keluar mengundi. Berjela-jela barisan sehingga perlu menunggu sekitar 3 setengah jam. Proses sangat perlahan. Seperti tidak menggunakan logik langsung untuk mempercepatkan urusan. Tabah. Akhirnya, jari terpalit tanda sudah mengundi.

Bila keputusan mula dipertontonkan, saya tidak ambil kisah langsung. Terbayang, keputusan pilihanraya yang lepas.. antara di yang dipapar di TV tidak sama dengan yang dipapar di laman-laman digital. Saya cuba pekakkan telinga, tidak mahu membayangkan. Tapi ia tidak bertahan lama apabila menerima whasapp bertalu-talu dari pelbagai kumpulan yang ada. Masing-masing sangat teruja dengan keputusan semasa. Maka, proses tunggu dan tunggu dan tunggu untuk tahu keputusan akhir yang tidak muncul. Jam di dinding sudah melepasi angka 3 pagi. Ketika yakin Malaysia Baharu akan wujud, barulah matapun mula mengantuk. Pun begitu, tidak pernah.. ya tidak pernah rasanya takut untuk masuk tidur. Kerana takut apa keputusan yang didapati akan hilang seperti mimpi pada keesokan harinya!

Akhirnya, Malaysia Baharu telah muncul. Ia cuma dengan secalit pangkah. Telah berkali-kali pangkah sebelum ini .. dan berkali-kali kalah. Kemenangan itu selalu ada di dalam mimpi-mimpi bertahun-tahun lamanya. Dengan Rahmat Allah ia jadi nyata. Semoga negara ini dapat diselamatkan dari bencana tangan-tangan haloba yang mengaut hasil untuk kantung sendiri. Ketika rakyat mengira-ngira duit syiling yang ada, mereka ada ratusan juta di pelusuk rumah. Pun begitu, ada rakyat yang masih buta..... terkeliru di sebalik kerenah pura-pura suci.

Alhamdullilah. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan wujudnya Malaysia Baharu yang selalu ada di dalam mimpi-mimpi....

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-3270897482998000562018-04-12T18:55:00.002-07:002018-04-12T18:55:53.150-07:00Kita Wajib Memilih

Lama tidak menulis rupa-rupanya.... sudah empat bulan dalam tahun 2018. Barangkali banyak betul perkara demi perkara yang perlu disudahkan dalam tugasan harian. Atau.. kerana fokus dalam penulisan buku baru yang entah bila akan siap.

Tapi di ketika ini topik popular ialah raya... bukan raya biasa. Raya pilihanraya. Maka, inilah masa kita perlu memilih. Memilih peminpin untuk membawa negara dan rakyat menuju kehidupan yang terurus dan lebih baik.

Maka, di ketika ini.. kita wajib bertanya ... apakah kita suka pada yang sedia ada? Atau .. tidak sukakah kita? Ketika usia 2 hari lagi menjangkau separuh abad .. maka saya sangat risau tentang pilih memilih ini. Jangan buat tidak peduli. Kerana tidak peduli kita akan melibatkan masa depan anak cucu kita.

Kita wajib bersama 'berperang' pangkah. Kerana itulah perang zaman ini. Kerana itu kita wajib memilih. Hanya ada dua pilihan ... yang sekarang atau alternatif.

Pilihlah dengan iman dan takwa. Dengan akal yang terbuka dan penuh analisa. Sesungguhnya pada secalit pangkah itu, ada kuasa.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-65952738094839959602017-12-19T20:39:00.000-08:002017-12-19T20:39:30.130-08:00Kita Hanya Merancang

Gem 7 baru mendapat keputusan UPSR dan PSRA. Keputusan PSRAnya tersurat seperti yang diharapkan. Tetapi keputusan UPSRnya tidaklah sebegitu. Maka, ada riak-riak kesedihan kerana ia akan membataskan peluang ke sekolah idamannya.

Tapi perancangan Allah tidak kita tahu. Di akhirnya, Gem 7 dapat ke sekolah idamannya dengan menggunakan keputusan sedia ada sahaja. Sungguh, kita tidak tahu. Bila pintu rezeki terbuka, ia bukan hanya satu. Ia berpintu-pintu. Jika, sudah tersurat, maka .. masuklah dari mana-mana pintu yang telah dibukaNya.

Lalu, saya terbayang.. betapa Allah mendengar doa hambaNya di sepertiga malam. Terkenang kegigihan Gem 7 menyatakan hasratnya di ketika itu dengan tekun dan sungguh-sungguh. Sungguh.. Allah Maha Mendengar.

Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-88010554001710594082017-11-06T18:54:00.004-08:002017-12-19T20:30:20.994-08:00Doa Dari Jauh Buat Gem 6

Cepat masa berlalu. Tidak terasa hampir dua tahun telah berlalu ketika Gem 6 mengharap sangat-sangat untuk ke asrama penuh selepas tingkatan 3. Kini, Gem 6 sedang mengharungi SPM nun jauh di pantai Timur.

Dua minggu lepas, telah pergi menemui beliau sempena majlis graduasi. Jarak tidak membenarkan lawatan dibuat seperti ketika Gem 5 menghadapi SPM tahun lepas.

Pun begitu, ketika ini, seluruh keluarga sedang mengirim doa, semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang untuk semua.

Sungguh, Allah tempat meminta. Semoga Allah berikan kejayaan luar biasa untuk Gem 6 serta rakan-rakannya. Aamiin.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-91508590516291714282017-09-29T21:36:00.000-07:002017-09-29T21:36:06.606-07:00Dengan Solat dan Sabar

Alhamdullillah... Beberapa ujian besar telah berlalu. Ujian-ujian itu kerap kali datang bertindan-tindan dari pelbagai arah. Kadang-kala ia terasa sangat berat seperti tidak ada penghujungnya. Jika dulu, saya kira saya akan terpelanting dari sudut ke sudut merintih dan mengeluh. Tapi kali ini saya bertekad untuk tidak mengulangi lagi dengan pendekatan yang sama sebaliknya mengikut saranan Al-Quran.. jika diuji .. solat dan sabar.

Misalnya, ketika Gem 4 hanya mempunyai masa dua bulan untuk menguruskan pemergiannya, sedangkan tidak ada tempat untuk pergi. Di saat-saat akhir, satu demi satu universiti yang dilamar menghantar jawapan yang melemahkan - tidak terima atau jangka masa yang ditawarkan 3 tahun. Sedangkan penaja hanya memberi masa 2 tahun. Ada kalanya, pilihan universiti yang sangat diharapkan memberi jawapan tetapi jawapan itu tidak diterima-terima. Terasa cepat sungguh masa berlalu menuju ke suntuk. Pada siapa lagi hendak mengadu? Sesekali terasa ingin meminta semua kaum keluarga dan sahabat handai untuk tolong berdoa. Sesekali terasa ingin benar meminta para solihin untuk tolong berdoa. Tetapi, keinginan itu dimatikan. Kenapa tidak kita sendiri.. sungguh-sungguh berdoa. Sungguh-sungguh.

Lalu, saya katakan pada Gem 4 ketika meraikan kedatangan Ramadhan. Mari kita berdoa dalam setiap waktu sujud. Maka inilah yang kami lakukan. Rahmat Ramadhan datang bersama bilangan sujud yang banyak - solat wajib, Dhuha, Hajat dan solat Rawatib, Terawih 20 rakat dan Witir. Allahu... di saat itu kami mengadu. Terasa manisnya ketika itu mengadu domba kesusahan dan kegelisahan pada Tuhan yang Memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi dan apa yang ada di antara keduanya.

Saat melambai ini... dua bulan lalu seperti mimpi yang hampir mungkin tidak jadi nyata. Sungguh Allah menguji...

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-79199359554058874332017-09-05T01:49:00.002-07:002017-09-05T01:49:40.186-07:00Antara Untung dan Rugi

Dalam hidup ini, entah disedari atau tidak, kita sentiasa berkira-kira. Mencongak dalam bentuk untung dan rugi dalam kebanyakan perkara. Selalu benar rasanya, kita akan berkata-kata di sudut hati.. "Alangkah untungnya si Polan X kerana mendapat itu"... "Untungnya si Polan Y kerana berjaya..." atau "Untungnya si Polan Z kerana anaknya....". Seringkali yang untung itu mereka. Dan kita pula selalu rugi. "Ruginya... kalaulah aku buat begini... sudah tentu aku mendapat begitu..". Akhirnya, yang nampak kerugian kita itu besar, dan untung yang kita punya hanya sedikit.

Namun, dalam perjalanan hidup ini, cuba renung sejenak. Tarik nafas dalam-dalam dan perhati. Betapa, yang suatu ketika itu kita melihat sesuatu itu rugi, tapi Allah SWT menjadikan ia untung dalam perspektif dan ketika yang berbeza.

Misalnya, Gem 3, perjalanan persekolahannya tidak semanis yang diimpi. Ketika berharap-harap dapat merantau ke negara asing menuntut ilmu selepas keputusan SPM, ia tidak jadi nyata. Antara alasannya, keputusan tidak sangat cemerlang dan kursus yang diambil tidak tersenarai untuk sebarang tajaan ke luar negara. Maka, dalam kesedihan memerhati rakan-rakan lain terbang, sudah tentu kita meletakkan diri pada tempat yang rugi kerana di atas peluang yang hilang itu.

Atau tentang Gem 4, yang dapat keputusan SPM yang cemerlang, tetapi terpilih untuk melanjutkan pelajaran di tempat yang tersisih. Kerap kali, pertanyaan yang sama datang ke fikiran, tersalah pilihkah? Pun begitu, kehidupan Gem 4 di sana diteruskan dan redha.

Siapa sangka, Gem 3 yang kelihatan rugi itu, telah mendapat peluang bekerja di negara ufuk timur. Dan Gem 4 pula mendapat tajaan menyambungkan pelajarannya di ufuk Barat. Ia datang ketika kami tidak berani mengharap. Dalam zaman yang gawat ini dan persaingan yang sangat sengit, siapa mampu untuk yakin.

Ketika hidup dalam tidak yakin itu, rupa-rupanya ia satu cara untuk berlari mengharapkan pertolongan Allah. Dalam jaga, antara duduk, bangun dan berlari .. doa terus dipanjat-panjat.

Sungguh Allah Maha Mendengar.

Di satu ketika yang kita merasa rugi itu, sebenarnya membuka jalan untuk untung. Cuma dalam perspektif yang berbeza dan pada ketika yang kita tidak sangka.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-61925647575304892812017-07-14T02:05:00.001-07:002017-07-14T02:05:32.277-07:00PhD - Perjalanan yang Menagihkan Rasa Amanah

Suatu masa dulu saya tidak pernah membayangkan bahawa suatu masa nanti di masa hadapan saya akan memiliki sijil PhD dan meyelia pelajar PhD. Saya kira, sijil tertinggi itu tidak mampu dimiliki. Kadang kala ketika kita merasa tidak mampu, takdir Allah telah membuka peluang yang tidak mungkin itu.

Sudah tentu perjalanan memburunya penuh liku. Barangkali kerana saya perlu melepaskan banyak perkara untuk berhijrah ke negara asing, menjadikan saya sangat berkira-kira. Orang kampung semua dah tahu. Rakan sekerja sudah meraikan jamuan selamat jalan. Suami sudah berhenti kerja. Kereta sudah dijual. Rumah sudah disewa. Maka, ia satu perjalanan yang sangat berharga dan tidak boleh pulang dengan berputih mata.

Hampir 5 tahun saya berjuang di negara asing. Negara maju yang rakyatnya arif dengan teknologi baru dan membudayakan penyelidikan seawal di tadika. Maka, saya akur perjalanan PhD saya bukanlah mudah. Apatah lagi kedua-dua penyelia saya tidak akan menerima sebarang isu remeh-temeh. Bagi mereka, seseorang calon PhD sudah dewasa untuk menyelesaikan sebarang masalah teknologi dan peribadi. Dan saya tidak pernah mengadu domba apa-apa masalah kepada mereka.

Pada masa yang sama, saya sentiasa akur bahawa ketika saya menjalani perjalanan PhD ini, saya ditaja sepenuhnya. Bukan setakat yuran pengajian, elaun hidup di perantauan, malah gaji saya juga berjalan tanpa saya perlu hadir ke tempat kerja. Biayaan ini tidak murah. Kerana itu saya terasa beban itu sebagai satu amanah yang saya perlu sentiasa ingat dan galas. Amanah itulah yang menghambatkan saya melakukan beberapa perkara yang saya kira wajib:

Hadir ke lab seperti mana saya wajib hadir ke tempat kerja (sekurang-kurangnya 8 jam sehari).

Bertemu dengan penyelia setiap minggu dan melaporkan kemajuan mingguan. Jika tidak mampu melaporkan apa-apa, saya akan gundah-gulana dan berusaha juga mengadakannya dengan kreativiti yang ada, kerana penyelia-penyelia saya tidak akan terima sebarang perjumpaan dengan tangan kosong untuk kerja-kerja seminggu yang lalu!

Bekerja berselang-seli dalam sehari.. membaca, menulis tesis, menulis artikel dan menulis kod.

Memenuhi arahan penyelia untuk menghantar laporan secara berkala.

Inilah resepi saban hari. Selama hampir 5 tahun. Akhirnya dengan resepi ini, Allah mentakdirkan saya untuk berjaya. Ia rahmat dariNya. Kita hanya perlu berusaha. Kejayaan milik Allah, hanya Dia yang Menentukan.

Saat ini, ketika sudah 8 tahun saya pula menjadi penyelia, saya boleh mengira-ngira antara calon PhD manakah yang akan berjaya. Jika dari mula tidak mampu untuk bekerja 'PhD' sepenuh masa dan memikul amanah seperti makan gaji, maka perjalanan PhD itu mungkin akan jadi cuma mimpi. Mana mungkin ia datang bergolek ke pelukan, jika usahanya hanya sekadar suka-suka. Jumpa penyelia bila dirasakan senang. Seminggu ... sebulan... satu semester.... tiada progres. Akhirnya, semester akan terus berlalu ke titik penamat bersama amanah yang tidak tertanggung. Salah siapa? Jika soalan itu ditanya pada kedua-dua penyelia saya, saya sudah tahu jawapan jitu dari mereka... "Salah kamu kerana kami hanya penunjuk jalan.. kamu wajib mencari jalan itu.. Ingat! PhD itu anda punya.. bukan kami atau mereka..". Biar hampir sedekad saya telah meninggalkan penyelia-penyelia itu, kata-kata tadi tetap tersemat di hati. Amaran tersirat yang menghambat saya memikul amanah yang sengaja dicari itu.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-63442904293393112482017-06-18T19:06:00.000-07:002017-06-18T19:06:15.542-07:00Bila Takdir Tercepat

Ramadhan kali ini rasa cepat sangat berlalu. Barangkali, rutin menjadi sangat fokus. Malah, tatacara melalui Ramadhan juga sudah berbeza. Rasanya ini rekod bulan Ramadhan tanpa berkunjung ke bazar Ramadhan seperti selalu. Di celah-celah kemelesetan ekonomi, ada juga hikmahnya yang tersirat.

Atau mungkin Ramadhan terasa cepat kerana minda tidak selesa memikirkan urusan Gem 4 melanjutkan pengajiannya masih tidak terurus. Pintu-pintu permohonan sudah hampir ditutup. Malah, ada jawapan yang sudah diterima memberi petanda gagal. Akhirnya, terpaksa mengambil cuti untuk berurusan dengan agensi-agensi yang terlibat. Pagi-pagi lagi sudah menapak ke pejabat MARA. Bertemu dengan individu-individu penting yang menguruskan biasiswa. Ketika itulah baru tahu bahawa Gem 4 mendapat tawaran luar biasa. Setahun lebih awal dari sepatutnya. Itulah puncanya minda dan urusan kami bercelaru kerana tidak bersedia.

Lalu, saya termenung sejenak memikirkan kisah-kisah biasa tentang lambatnya menanti sesuatu takdir tersurat. Puas bergelumang dengan penantian yang seperti tidak berakhir. Tetapi, kali ini apabila takdir dipercepat tanpa penantian, rupa-rupanya minda dan urusan pun menjadi celaru juga. Satu pengajaran hidup dapat diraih bahawa kadang-kadang Allah melambatkan kerana tahu kita tidak bersedia. Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat kerana Dialah yang Mencipta dan Mengatur semua urusan hidup dan mati kita.

Redha....

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-40478877305591593342017-05-28T20:00:00.002-07:002017-05-28T20:00:55.260-07:00Berdamai Dengan Takdir

Beberapa hari lepas, ketika berjalan menuju ke kelas, sempat bersembang-sembang dengan rakan sekerja di sepanjang perjalanan ke situ. Kata rakan sekerja, dia tertarik dengan satu ceramah seorang ustaz yang mengutarakan satu cadangan: Berdamailah Dengan Takdir.

Ya.. kita dengan takdir tidak dapat dipisahkan. Jika yang tersurat ke atas kita kejayaan, kemurahan rezeki, kesihatan yang sempurna, hidup yang tersusun... maka takdir itu tidak kita musuhi. Tapi sekiranya, takdir itu satu kesedihan, kesakitan, kegagalan.. lalu perkataan yang mungkin akan terpacul mungkin seperti.. Kenapa aku? Maka apa yang tersurat pada saat itu akan mengundang kemarahan dan tidak puas hati dengan takdir ujian ini.

Perhatikan sepanjang kehidupan kita.. selalunya kita akan diuji pada titik kehidupan yang kita selalu bercita-cita untuk mendapatkan yang terbaik, tertinggi, terpantas, terbanyak, terkaya..... semua keindahan imaginasi pada tahap maksima. Kita selalu diuji pada titik ini. Contohnya jika kita ingin perkara X berlaku dengan segera, puas dinanti, berbulan, bertahun, X tidak muncul sehingga kini. Ketika itu kita sering akan melihat sekeliling dan merasa sangat tidak puas hati pada kehidupan ini, kerana Si Polan itu dan Si Polan ini sudah mendapatkannya dengan mudah dan bersahaja. Tidak tersiksa jiwa raga seperti kita. Maka, ketika ini kita akan merasa tidak puas hati dengan gundah gulana ini. Kita seperti bermusuh dengan takdir hidup yang Allah SWT suratkan untuk kita.

Kata ustaz, tidak ada cara lain untuk memujuk hati dan menenangkan kehidupan kecuali redha dengan takdir yang tersurat itu. Usah membenci. Usah merungut. Usah bersedih. Usah bergundah gulana.. berdamailah dengan takdir yang tersurat dengan redha. Percayalah di hujung sana tetiba kita akan terasa manisnya suratan takdir yang tidak disenangi itu.. kerana dengan kepayahan itu kita telah temui cara untuk berlari mendekati Tuhan yang selalu kita lupa ketika kita ditakdir dengan yang senang-senang sahaja!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-7866969250697605852017-05-22T21:45:00.003-07:002017-05-22T21:45:34.482-07:00Kita Merancang, Tapi Perancangan Allah Terhebat

Beberapa bulan lepas, saya telah menulis entri ini http://sevendrops.blogspot.my/2017/01/kita-tidak-tahu.html. Saya kira ketika itu, banyak persoalan dalam hidup yang belum terjawab. Semakin banyak yang dirancang, semakin banyak yang perlu di nanti. Kerana sesungguhnya, rancangan itu jarang yang cepat menjadi kenyataannya. Seringkali, rancangan yang saban waktu diatur itu, ingin sekali dilihat kemenjadiannya. Jika tidak, kita akan merenung berhari-hari, berbulan-bulan dan paling lemah ianya memakan tahun. Jika perancangan tidak menjadi, maka banyak persoalan mengasak minda.

Apabila persoalan itu selalu ditenung satu per satu .. maka ianya akan menimbulkan pertanyaan demi pertanyaan tentang bilakah ia akan terjawab. Sungguh.. kesabaran dan penantian seperti tidak boleh duduk bersama di dalam situasi.

Kerana itu kita perlu memujuk diri. Tidak adalah jalan pintas semasa menanti melainkan berlari merapatkan hati pada Tuhan yang Satu.

Kini, selepas mengalami kebuntuan, ada rancangan semalam yang sudah jadi nyata. Sudah tentu bukan pada tarikh dan waktu yang kita minta atau sangka. Sungguh.. perancangan Allah Maha Hebat. Ketika Dia memberi.. ia seperti cantuman terakhir pada papan 'puzzle' - kena sungguh pada tempat dan ketikanya...

Benarlah.. kita hanya merancang. Tapi Perancangan Allah adalah yang Terhebat.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-58749822815011773812017-04-27T22:04:00.000-07:002017-04-27T22:04:45.040-07:00"Seek the Signs of Allah" - Jumpa di PWTC pada Alhamdullillah ...

Akhirnya selepas mengalami perjalanan yang sangat berliku.. akhirnya buku ini sudah mendapat tempat di Pameran Buku Antarabangsa yang telah bermula pada hari ini di PWTC.

Jumpa di sana pada pukul 2-4 petang, 1 May 2017 untuk sesi bersama penulis!

Jumpa di sana...

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-50219496406405217722017-03-26T22:21:00.001-07:002017-03-26T22:21:28.390-07:00Yang Tersurat

Pada 16 Mac yang lepas keputusan SPM Gem 5 diumumkan. Sudah tentu untuk menanti tarikh itu sangat mendebarkan kerana segalanya ada kemungkinan. Pencapaian Gem 5 selama dua tahun di Sekolah Menengah Alam Shah selalu terumbang-ambing. Ada pencapaian yang naik, tapi ada pula yang turun. Ada subjek yang masih tergaru-garu kepala apabila ditanya tentang pencapaiannya. Jika diam, maka tahulah ia tidak baik. Kerana itu, takut untuk membuat sebarang jangkaan.

Pun begitu, pada hari sebelumnya, saya masih berimaginasi. Dalam lucu saya katakan kepada rakan sekerja, saya masih berangan menerima panggilan untuk Gem 5 mengambil keputusan di Jabatan Pendidikan. Jika dapat panggilan itu, bererti Gem 5 mendapat 9A+! Lalu, sambil ketawa kami melakonkan apa yang akan berlaku ketika itu. Glamour! Kami sama-sama ketawa. Yang pastinya, panggilan bayangan itu tidakpun diterima.

Pada hari yang dinanti, kami bertolak pagi-pagi. Sempat bersarapan. Ketika tiba di sekolah, ramai pelajar dan ibubapa sudah berada di perkarangan sekolah. Kata guru besarnya, keputusan akan diumumkan pada pukul 11 pagi. Ahh... sejam lagi. Kami masuk ke dewan, mencari posisi kedudukan hampir di hadapan. Di group whatapps ibu-ibu pula, ada guru yang bertanya... siapa nak tahu keputusan anak sekarang, sila hantar mesej kepadanya. Ahh... takutnya untuk bertanya. Ketika itu juga, seorang murid berbangsa Cina berlari-lari ke depan untuk mendapatkan ibubapanya yang betul-betul duduk di depan kami. Katanya dengan termengah-mengah 'I got 9As"! Lalu, saya terus mencari Gem 5 yang berdiri di belakang dewan. Tidak nampak kelibat beliau. Apakah beliau sudah tahu keputusannya? Keputusan sudah boleh diperolehi secara online.

Jantung berdegup lagi kencang apabila melihat guru besarnya melangkah ke pentas. Dalam ucapan, beliau memberi laporan sepintas lalu. Katanya 64 orang mendapat Straight As. Bersamaan dengan 40%. Saya mengira-ngira kedudukan Gem 5 dalam tingkatan. Harapan seperti ada, tetapi apakah takdir yang tertulis? Tiba-tiba terdengar kata-kata pengacara "Majlis anugerah sijil ini dimulai dengan kelas Amanah". Baru sedang berfikir-fikir Gem 5 di dalam kelas Amanah kah? Belum sempat otak mengesahkan.. nama Gem 5 dipanggil. Oleh kerana namanya yang pertama di panggil dan memecah sessi penantian, maka rakan-rakan di belakang memberi sorakan yang gemuruh. Alahai... rasa seperti mimpi. Lalu, saya terbayang angan-angan untuk glamour semalam. Walaupun cuma dalam bentuk gurau senda.. jika Allah memakbulkan maka suasana itu dirasai walau di tempat yang berbeza dan di atas alasan yang tidak sama.

Pelukan erat untuk guru besar!

Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua warga sekolah. Tidak kira apa bentuk sumbangan, warga sekolah ini telah berjaya menukar anak kami dari terpendam dan pasif menjadi aktif dan luar biasa. Alhamdullillah. Semoga Allah memberi kalian kedudukan yang terpuji di sisiNya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-87219907708098088252017-03-26T21:43:00.001-07:002017-03-26T21:43:58.258-07:00Wolfie Dalam Kenangan

Wolfie anak Gifty, dalam kenangan. Kerana melihat melihat Wolfie lemah, kami sempat membawanya ke klinik. Rupanya, mulutnya penuh ulcer sehingga sudah bernanah.

Wolfie.. anak kucing comel sudah melangkah ke alam lain. Kadang-kadang masih terbayang renungan terakhirnya. Lalu, entri ini ditulis sebagai tanda kenangan.

Wolfie dan adik-beradiknya ketika berumur sehari

Wolfie lemah

Di klinik sebelum mendapat rawatan

Pandangan terakhir seperti mengucapkan selamat malam dan selamat tinggal sebelum ditemui mati pada waktu paginya

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-22427701274472684012017-02-15T18:45:00.000-08:002017-02-15T18:45:04.750-08:00Lain yang Dirancang, Lain yang Tersurat

Semalam ambil cuti. Banyak perkara yang dirancang untuk diselesaikan. Tapi akhirnya, pepagi hari sudah ke klinik. Siapa sakit? Tengok gambar di bawah!

Winter! Tersorok di belakang seperti anak kecil ketakutan untuk jumpa doktor...

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-25197881305235752072017-02-13T22:01:00.001-08:002017-02-13T22:01:57.300-08:00Pablo Dalam Kenangan

Hari ini baru buka pintu keluar rumah, mata tertengok ke sudut bawah... apa yang sudah berlaku? Terlihat satu pandangan yang menyayukan, seekor tupai sedang mengadap sahabatnya yang sudah terbaring di lantai.

Pablo yang comel ini...

.. sudah dalam kenangan .. selepas hampir 4 tahun bersama..

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-73596833675619780542017-01-26T18:45:00.001-08:002017-01-26T18:45:30.976-08:00Puas - Apabila Batu Menjadi Permata

Semalam seorang pelajar datang ke bilik dengan penuh rasa sukacita menyerahkan projek tahun akhirnya dalam bentuk hardbound. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih kerana menyelia projeknya.

Lalu, saya teringat ketika menerimanya setahun lalu. Sudahlah lambat menjumpai saya untuk melamar menjadi penyelia projek beliau, ditambah pula dengan kenyataan jujur tulusnya bahawa inilah kali pertama beliau akan membuat sistem komputer secara berdikari. Sebelum ini hanya menumpang-numpang dan mengelak kerja yang sukar. Kata beliau, beliau tidak upaya. Pengakuan jujur itu menimbulkan kemarahan dari pihak saya. Kerana hal ini tidak boleh berlaku. Ia tentang satu kemahiran asas yang tidak dimiliki. Namun, saya menerima juga beliau dengan berkata jika anda meneruskan projek cadangan ini, anda hanya akan mampu mencapai gred C. Ia idea projek yang sangat biasa. Di akhir pertemuan itu, beliau berkata sangat mujur untuk saya menerima beliau. Beliau akan cuba membuat yang terbaik biarpun hanya untuk gred C.

Kami bersama-sama menjalani kehidupan bersekitar projek itu. Sangat kerap laporan yang dihantar beliau, saya mencontengnya dengan pangkah merah yang besar. Ini tidak kena. Itu tidak kena. Baiki semula!

Ada kalanya saya tidak menjawab langsung mesejnya yang dihantar kerana terkadang beliau tidak menepati masa. Dan beliau sangat cuba untuk tidak mengulangi lagi.

Banyak kali saya memaksa beliau menyudahkan laporan mendahului masa penghantaran. Kerana bagi saya, laporan yang dihantar pada saat akhir tidak mampu saya baiki secara halus kerana keterbatasan masa. Beliau akur juga.

Dua hari lepas, ketika majlis anugerah diadakan.. saya hadir lambat kerana ada urusan lain di fakulti. Ketika saya melangkah masuk ke dewan, beliau mendapatkan saya dengan muka senyum lebar. Projek yang mulanya sangat biasa itu menjadi luar biasa dan menjadi pilihan panel industri. Saya tidak sangka. Apatah lagi beliau sendiri.

Semalam, ketika berpelukan ... beliau menyatakan ... "Madam... madam supervisor terbaik saya. Walaupun saya selalu kena marah.. saya akhirnya telah berjaya untuk berdikari..".

Alahai.. puasnya hati saya ketika mendengar pernyataan itu. Saya kira itulah kejayaan yang utama untuk saya juga kerana saya telah berjaya mengilap batu menjadi permata!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-90808385637254950822017-01-19T19:07:00.000-08:002017-01-19T19:07:38.254-08:00Menjadi Minimalis - Satu Analisa

Sudah lebih setahun berlalu rupanya saya menulis entri ini Menjadi Minimalis. Ketika itu ia seperti satu azam tahun baru yang terbit atas analisa semasa ketika itu tentang fesyen-fesyen di pasaran. Saya kira pada waktu itu saya sudah bosan mengejar peredaran fesyen yang pantas bertukar. Kita seperti menjadi hamba yang lurus mengikut dan akan sentiasa kalah dalam perlumbaan ini. Hari ini kita berkejar, esok yang lain datang mengganti dan urusan itu akan berlaku tanpa henti. Di rumah, almari semakin sesak. Bertimbun. Lalu, saya ingin lari dari kekalutan itu. Saya kira, jika kita memilih jenis kain yang kita selesa, merekabentuk sendiri pakaian itu, kita akan berada di dalam dunia kita sendiri. Tidak perlu berlumba lagi. Saya lakukan keinginan itu.

Hari ini, azam itu telah menjadi rutin dan kini sudah melepasi jangkamasa setahun rupanya. Saya telah memilih warna hitam, kain chiffon beralas. Saya telah menganalisa dari cubaan rekabentuk baju yang telah lalu, akhirnya saya telah memilih satu. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Zan, yang sudi menjahit dan melayani kerenah saya dengan sabar. Dan akhirnya beliau berjaya menghabiskan tugasan dengan bilangan pasangnya sangat minima.

Dengan warna hitam dan bilangan pasang yang minima itu, saya telah berjaya melalui pelbagai peristiwa. Namakan.... kenduri.. majlis hari jadi... kematian... raya... majlis konvo Gem 3.. saya telah menyertainya dengan gaya minimalis itu. Cuma tudung saja yang saya tukar gantikan sebagai titik fokus mata yang melihat.

Malah dengan gaya minimalis itu saya telah memgembara ke Dubai, berada di bangunan yang kononnya tertinggi di dunia. Saya juga mengenakan baju dari koleksi yang sama untuk membentangkan kertas kerja di tengah-tengah suasana sangat sedikit bilangan wanita yang menyertainya di Amman, Jordan. Di sana juga, saya telah melewati kehebatan sejarah Petra dan melawat gua Kahfi. Saya telah melalui pengalaman bermalam di tengah-tengah padang pasir menyaksikan gemilang bulan bintang bergugusan di angkasa. Di situ saya telah menyaksikan buat kali pertama seumur hidup planet Zuhal dan Musytari yang cantik dan terasa seperti mimpi.

Ya.. saya telah melalui pelbagai deretan majlis dan peristiwa dengan koleksi minimalis itu dengan rasa sangat selesa.

Alhamdullillah. Inilah antara kata yang telah saya kotakan untuk diri sendiri. Tiada paksaan. Apa yang saya rasa? Tenang - Saya tidak perlu fikir perlu berlumba lagi. Mudah - Ketika hendak bermalam di mana-mana, ia muat untuk sebuah beg kecil sahaja. Pada masa yang sama, ia tanpa sengaja bertukar menjadi satu lambang identiti. Apa orang kata? Ada saya kisah? Tetapi sesekali dengan gaya yang minimalis itu, ada yang menepuk belakang sambil berkata 'cantiknya'.. beli dimana? Bila saya bercerita tentang ia direka sendiri..lalu ada beberapa individu yang minta saya menjualnya dan mereka ingin membeli. Sesekali terliur juga dengan permintaan itu. Tetapi keinginan itu dimatikan kerana ia satu identiti yang disayangi.. biarlah ia begitu.

Ya Menjadi Minimalis... akhirnya saya sudah lebih setahun mengotakan azam itu. Mudah. Tenang. Selesa.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-13461757721231664892017-01-15T19:51:00.000-08:002017-01-15T19:51:32.179-08:00Kita Tidak Tahu

Kita tidak tahu.. bilakah mimpi-mimpi kita akan menjadi kenyataan.

Kita mungkin seringkali hampir-hampir putus harap .. kerana terlalu lama menanti.

Terlalu lama di dalam takrifan kita yang menanti.. tidak perlu mencapai kurun atau abad.. ada kalanya beberapa minit.. beberapa jam.. beberapa hari .. beberapa bulan.. beberapa tahun.. terasa sangat lama dan menjadi siksa.

Agaknya .. kita mungkin lupa..

Para Nabi-Nabi dulu yang sangat hampir dengan Rahmat Tuhan.. perlu juga menunggu lama untuk mereka diberi Allah pertolongan. Ada yang berpuluh tahun.. ada yang beratus tahun. Tetapi mereka dengan sabar tetap menunggu...

Kita tidak tahu... bagaimanakah pertolongan Allah untuk kita di masa hadapan..

Seperti Nabi Musa tidak tahu bahawa di penghujung perjuangannya menghadapi Firaun, laut akan terbelah di hadapan..

Sebagaimana Nabi Ibrahim.. ketika hendak menyembelih anaknya Ismail... digantikan dengan kambing kemudiannya..

Kita tidak tahu...

Bersabarlah.. mudah-mudahan mimpi-mimpi itu datang satu-per-satu!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-69622817133970293442016-11-21T17:11:00.003-08:002016-11-21T17:11:52.506-08:00Pertolongan Allah yang Hampir

Dulu-dulu saya kira saya telah melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Apakah kesilapan itu? Kesilapannya ialah apabila saya berhajat sesuatu yang besar, saya seringkali mahu mencari sesorang untuk tolong mendoakan. Kenapa? Kerana saya percaya doa mereka lebih didengari. Kenapa rasa begitu? Kerana saya rasakan jika saya berdoa bersendirian .. doa saya itu terasa jauh untuk dimakbulkan. Begitulah yang berlaku tahun demi tahun.

Tetapi .. selepas suka mendengar ceramah Ustadz Nouman Ali atau Mufti Menk ... kesilapan silam itu terasa seperti sudah hilang. Terasa benar kejahilan diri. Kerana telah lama mensia-siakan Rahmat Allah untuk seluruh alam. Allah sangat hampir dengan kita semua. Kenapa kita perlukan orang lain untuk menyampaikan doa kita? Jika doa kita lambat dimakbulkan.. periksa semula semua bentuk komunikasi kita dengan Tuhan melalui rukun Iman dan Islam. Berapa banyak langkahkah kita sudah berlari mendapatkan Rahmat Allah atau kita hanya merintih tanpa zikir dan doa? Percayalah... bila kita menghampiriNya... pertolonganNya sangat hampir dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Pada hari Ahad dua minggu lepas, kami bergegas ke Cheras untuk berjumpa dengan Gem 5 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM. Sengaja memilih pukul 4 petang untuk bergerak kerana Gem 4 masih bertungkus lumus menghabiskan tugasannya di rumah sebelum dihantar pulang ke kolejnya di Beranang. Tetiba pada waktu kami keluar, hujan turun mencurah-curah, sangat lebat. Antara dua jalan, Gem 1 memilih jalan yang kedua kerana katanya jalan yang pertama akan lebih sesak. Ditakdirkan, setelah memilih laluan kedua, tetiba kereta di hadapan tidak bergerak langsung. Jem. Jem yang sangat teruk di tengah-tengah hujan lebat. Mata asyik melirik detik minit yang berlalu. Pukul 6, waktu melawat akan tamat. Nasi dan lauk yang masih panas telah berbungkus di belakang kereta. Hajatnya, kami akan makan bersama-sama nanti. Dalam keadaan terperangkap itu yang kelihatan tidak ada jalan keluar, mulut terkumat-kamit, membaca apa yang terlintas, memohon Allah memudahkan perjalanan kami. Tiba-tiba, sebuah motosikal berhenti di tepian jalan. Seorang hamba Allah itu, turun dan terus mencabut pagar pembahagi jalan dengan pantas. Di manakah cabutan pagar itu bermula? Dia memilih untuk mencabut pagar yang sangat hampir dengan kami. MasyaAllah... dengan cabutan itu, siapa sangka kami menjadi orang kedua yang dapat menukar haluan di antara hampir ratusan kenderaan yang terperangkap! Allah... sungguh.. pertolongan Allah sangat hampir. Kita hanya perlu menyeru. Tidak perlu emas, wang dan permata untuk melakukan seperti itu.

Pada hari Ahad yang lepas pula... kami pergi lagi untuk memberi sokongan moral untuk Gem 5. Dalam perbualannya, Gem 5 menceritakan tentang perihal peperiksaan Matematik Tambahan. Saya kira, selama ini, inilah antara mata pelajaran yang Gem 5 tidak dapat menguasai sepenuhnya. Katanya, ada satu soalan yang beliau TIDAK PERNAH menjawab selama ini kerana tidak mahir, tetapi soalan seperti itu muncul semula di dalam peperiksaan SPM sebenar. Lalu, kata Gem 5, itulah KALI PERTAMA beliau mendapat ilham di dalam dewan peperiksaan dan menjawab soalan seumpama itu dengan yakin. Allahuakbar.. sekali lagi saya kira doa tersirat dimakbulkan Tuhan. Saya sering berdoa semoga Allah bantulah Gem 5. Berilah anak ini ilham ketika dia memerlukan. Dan Allah Membantu.

Sungguh.. Allah sangat hampir. Mohonlah... kerana Allah Maha Mendengar semua permohonan hambaNya.. tidak kira kecil atau pun besar.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-53576946122935955822016-11-11T21:13:00.000-08:002016-11-11T21:13:06.478-08:00Keanjalan Masa

Seminggu dua lepas saya telah terlihat di Facebook seorang bekas pelajar telah upload gambarnya di pesta konvokesyen yang baru selesai. Sudah berapa lama saya tidak berinteraksi dengan pelajar berkenaan kerana subjek yang saya mengajar sudah lama diambil beliau. Lalu, saya memberi komen tahniah di atas kejayaan beliau menamatkan pengajian sarjananya dengan jaya.

Beliau membalas komen tersebut dengan kata-kata beliau masih ingat pesan saya tentang keanjalan masa. Rupa-rupanya .. saya pernah berkata-kata di dalam kelas bahawa sekiranya kita terasa masa amat pantas berlalu, banyak tugasan yang tidak sempat terhabis tapi digandakan lagi dengan tugasan lain yang bertimbun... ada baiknya kita berhenti sejenak dan membaca al-Quran atau berzikir. Percayalah... kita akan dapati (dengan izin Allah).. kita diberi masa yang panjang kerana banyak tugasan yang menghempap kita tadi telah dapat disempurnakan dalam masa yang pendek. Dan kita masih punya banyak masa lagi untuk bersenang-lenang! Sungguh... masa itu biarpun semua mendapat 24 jam sehari, keberkatannya berbeza antara kita. Ada yang rasa masanya sangat panjang. Ada yang merasa masanya sangat pendek. Rapatkanlah ke sisi Tuhan.. semoga kita mendapat nikmat merasa perspektif masa yang berbeza.

Kita tidak tahu kata-kata kita yang manakah yang akan menyentuh sesuatu hati... sukanya rasa sekurang-kurang ada juga kata-kata yang masih diingat biarpun telah berpisah lama! Alhamdullillah.

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-89338043103098968862016-10-06T18:13:00.000-07:002016-10-06T18:13:05.087-07:00Hubungan Dapur

Hari ini saya ingin menulis tentang Hubungan Dapur. Ia bukan hubungan sulit, gelap atau apa-apa istilah yang ada kaitan dengannya. Ia mungkin istilah baru untuk menggambarkan satu senario hubungan yang berkait dengan kekeluargaan.

Apakah itu hubungan dapur? Hubungan dapur ialah satu situasi kita berada di dapur untuk menyiapkan juadah bersama-sama. Ia tidak hanya setakat memasak, tetapi lebih awal dari itu, iaitu bersama memikirkan tentang menu dan perbelanjaan. Sikap tolak ansur ketika merancang ini akan memupuk sikap perkongsian, yang murah atau yang mahal akan sama-sama menyumbangnya.

Selepas barangan dibeli, maka aktiviti memproses dilakukan bersama, Ketika ini, banyak aktiviti penceritaan boleh berlaku. Ia diselit senda gurau, Jika ada masalah dan kegusaran, perbincangan santai mungkin menemukan penyelesaian. Secara tidak langsung, keakraban hubungan dijalin dan disuburkan. Jangan ada hendaknya di kala ini ahli-ahli yang hidupnya mengadu domba sepanjang masa. Ahli seperti ini akan merosakkan majlis dan merosakkan agenda.

Hubungan dapur ini tidak akan terjadi jika ahli yang datang hanya sebagai ahli singgahan. ahli singgahan hanya akan datang dan pulang dalam jangka masa yang singkat. Ahli seperti ini hanya akan mengadap apa yang terhidang. Mereka tidak terlibat dan merasa kemesraan hubungan dapur.

Hubungan dapur ini sangat signifikan untuk menjalinkan hubungan dengan semua ahli keluarga termasuk ibu-bapa, anak-menantu, ipar-duai dan cucu-cicit. Tanpa hubungan dapur, nilai hubungan kekeluargaan merosot dan hambar. Percayalah.. cuba teliti. Siapa yang lebih di hati anda? Yang ada hubungan dapur atau yang tiada?

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-72336866142006261502016-09-22T18:57:00.001-07:002016-09-22T18:57:15.574-07:00Zaman Fitnah Bermaharajalela

Semalam sibuk menerima cerita dari pelbagai group Whatapps yang ada tentang kehilangan pelajar yang disaksikan. Entah siapa yang menyaksikan. Tidak tahu. Tetapi berita itu menjadi viral. Barangkali, perkataan viral sudah diterima menjadi sebahagian dari warga perkataan Bahasa Melayu. Mesej masuk berdesup desap dalam pelbagai kumpulan Whatapps yang ada. Si penghantar akan mengaku mengenali si Polan si Polan. Macam-macam kaitan seperti "saya jiran blok sebelah" atau "Adik ipar saya punya mertua punya jiran"... dan bermacam-macam pertalian. Bagi kita yang menerima .. sentiasa ada sedikit prasangka.. "cerita lama atau cerita baru"... "sahihkah berita ini?"... kerana itu selalunya ia tidak dihantar lagi. Bayangkan kekalutan viral semalam... ada yang menghantar sudah dijumpai... ada yang menyangkalkan itu berita tipu. Kalut dan tidak menentu.

Bahana viral jangan diambil enteng. Yang sihat dikatakan sakit. Yang sakit tetapi masih hidup dikatakan mati. Yang baik dikatakan jahat. Yang alim dikatakan mungkar. Dalam zaman serba canggih ini, si mangsa fitnah tidak ada daya upaya menangkisnya yang datang bertubi-tubi dari pelbagai penjuru. Disebar dengan pantas oleh manusia yang kebanyakannya tidak pernah mengenali kita seumur hidup. Sungguh.. kita sudah terbenam perlahan-lahan tanpa disedari ke dalam zaman ketika fitnah sudah menjadi lumrah.

Semalam... ketika berehat sebentar dari membaca draf thesis... teringat untuk mencari Tafseer Al Kahfi dari Ustaz Nouman Ali. Kata Ustaz... Surah Al-Kahfi adalah surah yang 'awesome'. Kenapa? Kerana ia adalah surah yang disebut afdal dibaca pada hari Jumaat. Salah satu fadhilatnya ialah ia dapat menghindari dari fitnah terbesar yang bakal kita hadapi iaitu Fitnah Dajjal. Tidak ada lagi yang lebih hebat dari fitnah itu - yang di hujungnya hanya ada dua jalan .. kalah.. ke neraka dengan izin Allah dan jika menang pula.. kita ke syurga jika kemenangan itu dirahmati Allah. Kata Ustaz.. jika surah ini dapat menyelamatkan dari fitnah terbesar dengan izin Allah, maka sudah tentu ia lebih dari mampu menjadi pendinding fitnah kecil-kecilan di akhir zaman ini.

Sempena di hari Jumaat yang mulia ini... Jom kita melazimi surah Al-Kahfi ini. Inilah benteng yang diajar Nabi untuk umatnya yang sudah terpijak di zaman ketika fitnah sudah bermaharajalela. Semoga seluruh umat Islam yang hidup atau mati terselamat dari bala ini. Sesungguhnya fitnah di zaman ini tidak mengenal status kita sama ada masih hidup atau telah mati.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7366868410817277332.post-66762536759620226762016-07-27T22:44:00.001-07:002016-07-27T22:44:59.228-07:00Rahmat Ramadhan

Lama tidak ada entri. Aktiviti seharian di bulan Ramadhan sangat pantas. Ia tidak bersisa untuk bersantai-santai membelek blog. Kini, ketika jemputan masih meriah untuk merayakan Syawal, tahap malas menulis pula tinggi. Tetapi, sesekali membelek bilangan pembaca yang hadir... blog ini tidak sunyi. Ia dilawati rupanya. Maka, entri perlu diteruskan.

Saya kira, kenangan Ramadhan kali ini ialah ketika saya diajak untuk berbuka bersekali meraikan anak-anak yatim di satu lokasi. Ia ajakan yang tidak boleh ditolak selepas beberapa kali menolak ajakan lain. Keberatan untuk hadir itu barangkali kerana saya diberi tugasan untuk menjalankan satu sesi bercerita kepada anak-anak itu sebelum masuk waktu berbuka puasa. Ketika diberitahu lingkungan usia anak-anak itu, saya sudah buntu. Apa yang perlu dicerita? Bagaimana? Tidak pernah saya melaksanakan tugasan seumpama itu di khalayak ramai untuk anak-anak kecil.

Bila tiba hari yang dijanji, kami pergi. Bila tiba masa untuk bercerita, saya masih tidak ada punca. Ketika menyelak-nyelak buku sirah nabi, tetiba saya terhenti pada cerita Nabi Yunus a.s. Dari situ, saya memulakan sesi bercerita. Rata-rata anak-anak itu sudah tahu ceritanya. Saya cuma menjadi pemudah cerita saja. Pada ketika itu saya bertanya kepada anak-anak itu, "Apa yang kita akan rasa jika kita berada di dalam perut ikan seperti itu?". Maka mereka menjawab bertalu-talu... sempit.. gelap.. kotor.. Lalu saya menyampuk.. Keadaan di dalam perut ikan itu adalah keadaan sukar yang paling susah. Tidak ada jalan keluar. Jika masih ada di dalam perut ikan.. kita akan diproses menjadi najis.. jika kita dapat menembusi perut ikan.. kita akan tenggelam di dasar lautan yang dalam. Tetiba.. ada yang seakan mengetuk kotak fikiran saya ketika itu. Ia seperti menyedarkan .. Bahawa sekiranya kita bertalu-talu diuji dalam hidup.. suasana di dalam perut ikan itulah menjadi satu analogi untuk menggambarkan satu kesukaran teramat yang mungkin kita telah / sedang / akan lalui. Dan pada waktu itu .. apakah lagi yang kita perlu lakukan? Merintih? Bersedih? Kecewa? Merana? Tidak lain dan tidak bukan ... Allah Yang Maha Penyayang telah mengajarkan... berzikirlah.... berzikirlah. Ia zikir yang ringkas.. Mudah-mudahan ia menjadi penyebab Allah mengabulkan segala hajat kita!

Sungguh... saya merasakan sesi santai itu bukan untuk saya mengajar anak-anak kecil itu. Saya kira seperti Allah telah mentakdirkan saya berada di tempat itu untuk saya belajar bahawa ketika ada kesulitan yang tidak dapat diurai... ada hajat yang tidak tercapai... berzikirlah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang akan Membuka semua jalan-jalan.

Unknownnoreply@blogger.com0