Monday, 26 October 2009

7 pounds vs. RM769

Minggu lepas sempat menjenguk IKEA bersama Mak Cik dan Pak Cik. Semasa melintasi kedai BRABANTIA, ternampak tong sampah 30 liter jenama itu. Tak rugi rasanya mengheret tong-tong sampah itu ke dalam kontena dulu.. Harganya di sini RM769!
Terasa-rasa mesti ada yang berkata alamakk... kenapa tak beli hari tu... (he..he.. teringat Laily!).

Thursday, 8 October 2009

Dikunjung dan Mengunjungi

Raya tidak habis lagi.. malah ketika cuti hujung minggu, jalan-jalan masih sesak. Tidak hairanlah jika sesetengah tetamu yang berkunjung akan berkata, "ini rumah ke enam untuk hari ni", "Ini rumah ketiga untuk hari ini"..... masing-masing membilang rumah di dalam kekenyangan.. jika boleh dan terdaya, semua jemputan rumah terbuka ingin ingin dipenuhi demi menjaga silaturrahim.

Minggu lepas kami juga dikunjungi tetamu. Ada saudara-mara ada sahabat handai. Emmp.. kalau saudara mara, ha.. senang ... mereka lebih suka bersantai di dapur .. bilik pelbagai fungsi kami. Semua 'self service'.

Dari atas dapur terus ke atas meja

Tetamu tersenyum... sambil membancuh air

Pada masa yang sama kami dikunjungi oleh orang jauh.. keluarga Pak Ya dan Fauziah. Lama sudah tidak berjumpa. .. banyak cerita...


Pak Ya dan Fauziah sedang menjamu selera


Pertemuan sahabat lama, Gem 7 dan Arif. Mereka berkongsi hari lahir yang hampir sama dan mempunyai pengalaman yang sama: iaitu memasuki 'Universiti' ketika dalam pantang!

Kami juga berkesempatan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. ada yang baru saja berjumpa di kampung.. kini beraya di rumah sendiri pula. Ada yang sudah lama tidak dikunjungi. walau bagaimanapun kami hanya mampu mengunjungi tiga buah rumah di tiga lokasi yang berbeza: Meru, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Gem 7.. tersadai kekenyangan selepas beraya di tiga buah rumah! Anak-anak dengan aktiviti mereka ketika ibu bapa asyik bersembang Ini di rumah Ani dan Fatah.. sepupu..
Anak-anak suka berlari-lari di sekitar rumah Ani
Hari ni hari Jumaat ..ahh.... esok beraya lagi!

Tuesday, 6 October 2009

Kami Titipkan Doa Untukmu (buat Gem 3 yang sedang menghadapi PMR)


Gem 3,

Kami titipkan doa buatmu,

Andai tika ini dirimu di dalam kegelisahan,
kami mohon Allah menenangkanmu
Andai tika ini dirimu di dalam kekususutan
kami mohon Allah meleraikan kusutmu

Kami mohon doa,
Jika sukar, moga Allah memudahkanmu
Jika salah, moga Allah membetulkanmu
Jika lupa, moga Allah mengingatkanmu
Jika kekeringan ilham, moga Allah memberi hidayah kepadaMu

Kami mohon doa,
Moga Allah menghiaskan fikiranmu dengan NurNYA
Moga Allah memeliharamu dengan NurNYA

Kami mohon doa,
Moga Allah meningkatkan darjatmu di dunia dan di akhirat
Moga Allah memberi kejayaan untukmu di dunia dan di akhirat

Kami mohon doa,
Moga Allah kabulkan mimpi-mimpimu di dunia dan di akhirat..
dengan kekuasaanNYA yang menjadikan sesuatu dengan 'Jadilah... maka Jadilah"

Amin.. Ya Rabbul Alamin

Dari kami,
Gem 1 dan Gem 2
Gem 4, Gem 5, Gem 6 dan Gem 7