Thursday, 12 March 2009

"Pernah di Dalam Mimpi-Mimpi"

Pada 3 & 4 Mac yang lalu saya telah menghadiri kursus "Postgraduate Supervision and Thesis Evaluation Course". Penceramah pertama, Prof. Mohd Nasir Taib, memulakan bicara dengan berbincang tentang visi UiTM. Katanya, biarpun tampak sukar untuk dicapai, tapi kita perlu memulakan langkah untuk berjaya dengan adanya visi. Sambung beliau "Pernahkah anda semua terfikir, anda pernah bermimpi untuk menjadi anda seperti 'anda' pada hari ini? Tentang kerjaya anda.. tentang suami atau isteri pilihan anda.. tentang anak-anak anda.. tentang pangkat dan harta anda....". Katanya "Saya dulu pernah bercita-cita ingin menjadi jurutera. Dan saya juga ingin menjadi guru. Akhirnya Allah kabulkan kedua-dua hajat saya ..dan kini saya menjadi pensyarah kejuruteraan.. bukankah saya memiliki kedua-dua pekerjaan tersebut!" Jadi.. sedarlah .. apa yang kita ada hari ini adalah mimpi-mimpi kita dahulu".

Sekilas masa, saya sempat bertafakur, merenung jauh dan mengaku ... benar..benar..benar.. Inilah kehidupan yang saya impikan dulu dalam mimpi-mimpi, dalam angan-angan, dalam cita-cita yang saya sering anggapkan sebagai 'doa-doa yang tersirat'. Oh.. Allah .. Maha Suci Engkau yang Memakbulkan mimpi-mimpi kami.
Ketika mata mencatit nota yang terpampang di depan, ketika telinga mendengar kata-kat Prof Nasir, ketika itu saya menerawang semula apakah mimpi-mimpi silam yang telah dimakbulkan...
Saya masih ingat ketika berusia lebih kurang 7 tahun, ketika kakak dan abang bercerita tentang bumi itu bulat, apabila bumi yang sebelah siang, yang satu lagi akan malam.. lalu saya ingin benar mempastikan betulkah fakta itu.. bagaimana ya.. kena korek bumi lah. Korek betul-betul sehingga tembus ke sebelah sana, dan mungkin saya boleh pastikan fakta itu benar. Lama keinginan itu tersimpan di hati. Lalu, Allah makbulkan keinginan itu kira-kira 11 tahun kemudian, iaitu saya diterima belajar di New York, satu tempat yang benar-benar mempunyai beza waktu 12 jam. Ketika di Kedah 12 jam tengahari, saya di Binghamton senang lena diulik mimpi pada pukul 12 tengah malam! Oh.. Nikmat Tuhan yang manakah yang telah aku dustakan?
Ingatan masih kukuh ketika anak-anak (Gem 3 berusia 8 tahun dan Gem 4 berusia 6 tahun) kepanasan di Arau pada musim kemarau. Lalu, kami bercerita tentang dingin salji. Anak-anak ini kepingin benar merasai sendiri dingin dan putih salji. Lalu, kami jadikan sebagai impian dan doa. Bukankah Allah makbulkan permintaan mereka dua tahun kemudian!
Mereka sendiri tidak terduga, mimpi-mimpi mereka akan dikabulkan 3 minggu dari gambar ini diambil

Ingatkah.. ketika Gem 1 memasang impian ingin berkunjung ke bumi Sepanyol, melewati sejarah Al Hambra, menyusuri gemilang silam masjid Cordoba dan menakluki puncak Jabal Tariq (Gibraltar)? Lalu.. Allah makbulkan jua lewat 30 tahun kemudian!

Bersama desiran air yang mengalir di Al Hambra

Di sudut peninggalan sejarah Islam di masjid Cordoba yang kini menjadi gereja

Di puncak Jabal Tariq (Gibraltar)

Keluargaku, ingatkah.. ketika kita kesejukan sehingga kulit masing-masing kebiruan di tengah-tengah salji lebat di puncak Sierra Nevada dan Gem 5 berkata "I wish I can play snow in the warm weather.." Kita pun ketawakan impian beliau dan menyatakan ianya amat mustahil. Tapi Tuhan Maha berkuasa, memakbulkan impian beliau kesokan harinya!!!!!

Sejukkk... di puncak Sierra Nevada, Sepanyol

Esoknya, kembali lagi ke puncak yang sama, Allah makbulkan 'mimpi' anak-anak ini.. dan mereka bermain salji di tengah panas... Gem 7 hanya bersinglet!

Aneh.. tapi itulah kuasa Tuhan.. anak-anak ini tidak kesejukan... Inilah kenangan 'sejuk' yang paling 'manis'. Terasa benar Allah berada di mana-mana mendengar segala keinginan hambanya

Dan berderet-deret terbayang 'mimpi-mimpi' yang telah Allah tukarkan menjadi kenyataan demi kenyataan. Kalau adapun mimpi-mimpi yang hanya tinggal mimpi, saat ini sudah tersuluh hikmahnya kenapa mimpi-mimpi tersebut tidak perlu menjadi kenyataan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang mana lebih baik untuk hambaNya.

Apabila tersedar dari menyusuri mimpi-mimpi, tumpuan tertumpu kepada kata-kata Prof Nasir pada ketika itu... katanya .. kitalah yang perlu membina 'mimpi-mimpi' untuk kita sendiri dan organisasi kita. Jika tidak kita, siapa pula yang sudi ber'mimpi' untuk kita?

Lalu semalam, di 'surau kecil' (ruang keluarga tingkat atas yang Gem 7 panggil surau), kami duduk membentuk bulatan. Di sini, kami menyatakan 'mimpi-mimpi' baru. Kali ini mimpi-mimpi ini melepasi batas dunia. Kami memohon moga Allah kabulkan dan menjadikan kebaikan hidup dan mati kami di masa hadapan adalah lakaran mimpi-mimpi hari ini. Amin.

13 comments:

Anonymous said...

thanks tulis entry ni kak. dapat ilmu yg baru. tak sangka, byk betulnya kata-kata prof tu. bila saya fikirkan memang ada juga mimpi-mimpi saya yg Allah telah makbulkan walau ada sestgh mimpi tu menjadi kenyataan setelah berpuluh tahun. dlm saya mengeluh ada benda yg saya belum dapat. rupanya bila difirkan, lagi banyak yg Allah telah beri. subhanaAllah dan alhamdulillah...

Zalmiyah said...

Betul tu kak.. betul sgt-sgt..

Dulu, masa sekolah rendah, cikgu tanya cita2 apa, cita2 sayapun nak jadi cikgu jugak...

Kemudian masa form 1, dpt masuk asrama, minggu pertama tu, rindu kat keluarga.. malam2 duk tepi tingkap, sambil menangis dan berdoa, Ya Allah, nanti aku nak masuk universiti, tapi tak nak jauh2, cukup la UTM kat johor tu..

Masa form 3 pulak, ada sorang cikgu, Rabiaton namanya, comel je cikgunya, baru grad jurusan sains komputer, jadi guru sandaran kat sekolah saya.. sambil admire tgk cikgu tu ngajar, tanam cita2 dalam hati - nanti akupun nak ambil jurusan sains komputer juga..

Lepas SPM, dapat tawaran Diploma IT kat KUSZA Terengganu.. masa tu tak taupun IT tu apa, tapi sebab dah dpt tawaran tu dulu.. pegi je la.. habis diploma IT, masuk UTM dpt sambung degree sains komputer.. Lepas habis degree, mohon kerja, dapat jadi Tutor kat UTM tu, jadi memang betul la bagai dikata, bila difikir2, kekadang nampak macam kebetulan, tapi hakikatnya semuanya peracangan Allah dan dgn nikmat ini Dia dah kabulkan hampir semua cita2 saya, bahkan lebih lagi dari itu... sbb saya nak jadi cikgu je, Allah bagi jadi pensyarah.. jadi memang besarnya nikmat Allah.. cuma satu je cita2 saya yg Allah tak kabul.. iatu cita2 masa tadika dulu.. saya ni suka makan coklat.. jadi cita2nya, nak kerja kat kilang coklat supaya dpt makan coklat banyak2.. Alhamdulillah Allah tak kabulkan cita2 yg ni.. kalau tak, tak tau la..:-).. Jadi benarlah Allah kurniakan apa yg kita "perlu", bukan sekadar apa yg kita "mahu"..

SevenDrops said...

Izan adn Zal,

Sekarang ni baru akak 'tersedar', la... kita jadi macam sekarang sebab kita ada angan-angan dan cita-cita. Penting tu angan-angan dan cita-cita... tapi malangnya, anak-anak sekarang sudah kurang bercita-cita. Tanya students pun tak cita-cita!

He..he.. Zal.. cerita zal lebih kurang akak.. akak nak jadi cikgu.. lepas tu bila orang sibuk-sibuk pasal komputer, nak komputer pulak.. Tak sangka Allah adunkan keduanya menjadi apa yang ada sekarang.. Alhamdullillah. Akak selalu kata kat student, mat jeni tak salah berangan, yang salah ialah implementasi angan-angannya yang tidak berhati-hati...

Izan,

Dulu kekadang suka frust jugak bila doa rasa macam tak dapat je. Tapi lama-lama.. baru perasan, ada yang kena tunggu bertahun baru dapat...

Kesimpulannya .. jum kita berangan dan berangan lagi....

Anonymous said...

kak..laily mmg percaya pada mimpi dan angan2.. dalam hidup ni, terlalu byk angan2 kami yang jadi kenyataan.. ingat lagi dulu, masa gen2 baru baru keluar, laily dpt satu poster gen2 yg besar, so laily tampal kat dinding.. selalu cakap kat hubby and anak2, ni kete ibu nie.. tak disangka2 3 tahun lepas tu, ibu2 betul dpt pakai gen2 kaler pun sebijik dgn yg kat poster tu!!!...

pastu mus lak, 1st time gi carboot mansfield terus beli keychain bmw.. tak sangka, impian mus akhirnya jadi kenyataan..

masih ingat jugak lagi, dulu dulu bila tgk anak2 pensyarah utm, teringin gak nak dpt sorang anak made in uk, alhamdulillah, rezeki paling berharga dalam hidup kami yang Allah kurniakan...

setuju dgn izan, walaupun dalam hidup kadang kala kita rasa byk bende yg kita belum dapat, tapi sebenarnya tanpa kita sedar byk kata2 yg keluar dari mulut kita, atau bisik hati kita, atau tingkah laku kita yg Allah dengari dan Allah perkenankan dari mimpi menjadi realiti... banyak sungguh banyak yg Allah telah beri walaupun selepas puluhan tahun...

mana mungkin dilupa, impian dari kecil mmg nak belajar di luar negara, namun ilmu di dada tinggi setinggi orang lain. Tapi Allah mendengar bisikan hati hambanya... walaupun tidak ke sana utk belajar, namun dgn mengikut suami yang belajar, secara tidak langsung byk pelajaran informal yang dapat diperolehi sepanjang menetap di sana.. Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan...

zal, saya pun masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya cita2, takdelah perkataan lain yg disebut, mesti jawab nak jadi cikgu.. walaupun sampai sekarang saya masih tak jadi cikgu, tapi tugas sebagai ibu kepada anak2 dah melebihi tugas guru saya kira... kiranya mcm cikgu kelas tambahan ler nie... dok ajar anak2 buat homework pun mcam cikgu jugak kan zal?...

lagi satu, dulu2 teringin sangat nak masuk universiti.. universiti impian, tak lain tak bukan adalah UUM.. lepas spm tak layak nak masuk universiti sebab result tak berapa bagus, di samping pemahaman yang kurang tentang universiti dan kursus2 yang ditawarkan serta peluang pekerjaan selepas graduan. namun Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak menjadi graduan UUM walaupun selepas 13 tahun dan secara jarak jauh sahaja.. namun itulah kenangan yang paling manis dalam hidup setelah melalui perit getir bergelar pelajar, ibu, isteri, anak dan pekerja dalam satu masa!...

SevenDrops said...

Laily,

Wuih... banyak sungguh mimpi-mimpi mu... Jom lah kita bermimpi untuk menjadi makhluk paling berjaya di dunia dan makhluk yang boleh masuk ke Syurga tertinggi ... Amin..

Anonymous said...

salam,
kak, otak kita yang dikerah sewaktu proses phd benar-2 menjadikan kita melihat berbagai pekara dari berbagai sudut. Kesusahan semasa proses itu juga menjadikan kita hamba yang lebih faham tentang Tuhan....Semoga itu terus menjadikan kita dari golongan yang sedikit...iaitu golongan yang bersyukur atas nikmat Allah...amin...

SevenDrops said...

Salam Farah,

Betul kata Farah.. tetiba sedih pulak dengar komen nih.. Itulah antara mimpi kita hari ini.. tergolong dalam golongan yang sedikit di akhir zaman, yang sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan dan sekaligus sentiasa mendekatkatkan hati-hati kita dengan Nya

Cik Tqah said...

very interesting writing.. thanks Dr.. hope i'll be like u ;)

SevenDrops said...

atiesya,

Tq... I hope you all your nice dreams will come true.

nabilah said...

Assalamualaikum Dr.N
entry yg sgt memberikan smgt n kesedaran
insyallah =)

SevenDrops said...

Salam Nabilah,

Alhamdullillah... semoga apa yang ditulis dapat dimanfaatkan dan dikongsi. Saya cuma berkongsi pengalaman.. Pengalaman telah mengajar saya bahawa apa yang ada di masa hadapan ialah apa yang dibayangkan dan dihajati pada hari-hari sekarang... oleh itu.. bercita-citalah.. moga-moga Allah kabulkan sebagai doa yang tersirat.. Amin.

nabilah said...

salam Dr
betul tu, insyallah
kita kena pandang setiap yg berlaku dari pelbagai sudut
semuanya dirancang dgn rapi oleh Allah

p/s
bile nak dpt main salji juga ni? :)

Penjejak Mimpi said...
This comment has been removed by the author.