Monday, 12 January 2009

Di Sebalik Tabir PhD

Alhamdullillah, hari ini terungkailah segala bebanan dan sangkaan apabila menerima e-mail berikut daripada School of Computer Science, University of Nottingham, UK.

Date: Mon, 12 Jan 2009 15:43:23 -0000
From: Christine Fletcher <Christine.Fletcher@nottingham.ac.uk>
Cc: Subject: [compsci] Congratulations to Nasiroh Omar
Congratulations to Nasiroh Omar who has passed her viva (title of thesis: Immediate Feedback as a supporting tool in an internet research support system).

Well Done

Christine Fletcher

Telah terlalu lama rasanya menanti keputusan rasmi ini, segalanya kerana gara-gara mempunyai seorang pemeriksa luaran yang terlalu sibuk, terbang ke sana ke mari di pelusuk dunia. Sudahlah untuk menanti tarikh viva selama 3 bulan, menanti beliau membaca untuk pembetulan pula, berbulan-bulan kemudian. Apabila beliau puas hati dengan thesis (saya menerima berita ini bulan Oktober lepas dan dijanjikan semua proses akan berjalan lancar untuk membolehkan saya menghadiri majlis konvo pada bulan Disember lepas). Tetapi malangnya, nanti punya nanti, surat rasmi masih tidak kunjung tiba, sedangkan rakan lain yang menghadiri majlis konvo yang sama telah pergi ke Nottingham dan sudah pun kembali semula. Perasaan risau makin menjadi-jadi. Apakah gerangan halangan kali ini. Saya sibuk menghubungi semua yang terlibat, supervisor (3 orang), registry (Carol Moore) dan kali ini saya menghubungi juga pemeriksa dalaman walaupun ianya dikira melanggar peraturan (pelajar tidak dibenarkan menghubungi para pemeriksa secara terus - mesti melalui supervisor). Saya tidak boleh bersabar lagi dengan segala kerenah pemeriksa luaran ini. Rupa-rupanya barulah saya tahu, surat keputusan rasmi dari pemeriksa luaran ke pemeriksa dalaman telah hilang di tengah jalan. Untuk mendapatkan surat yang baru pula, terpaksa menunggu tiga minggu kerana pemeriksa luaran berseminar di Australia selama tiga minggu (tanda tangan beliau diperlukannnn!). Dan... saya tunggulah lagi .... huh... letih! Ada ketikanya, saya sendiri tidak pasti, "luluskah aku ni? Kalau lulus, di mana buktinya?" Sedangkan di fakulti, gelaran Dr. di bawa ke sana ke sini.... gelaran yang diheret walaupun berkali-kali diberitahu, keputusan rasmi belum diterima....
Mengenang kembali susur hidup menuju ke PhD... kami sekeluarga sentiasa diduga. Jika orang lain diduga dengan kesempitan hidup, kesihatan atau kesukaran pelajaran, kami diduga dengan penantian. Memang benarlah "Penantian satu penyiksaan" - tajuk lagu yang lupa nama penyanyinya. Namun, saya akur... barangkali itulah seberat-berat bebanan yang mampu ditanggung oleh seorang hamba seperti saya. Allah jualah yang Maha Mengetahui...
Hari ini saya ingin melompat, menjerit dan memeluk seluruh keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang telah membantu saya secara terus atau tersirat... Terima kasih... Saya tidak mampu membalasnya.. Saya memohon agar anda semua dipermudahkan segala urusan, dilonggarkan segala kesempitan dan sentiasa di dalam lindungan rahmat Ilahi.... Saya amat berharap anda semua diberi rasa gembira melebihi apa yang saya rasa hari ini. Amin.
Untuk yang masih berjuang, teruslah... di sebalik terowong gelap di hadapan, pasti ada cahaya yang bersinar. Mintalah dan mengadulah segala kesedihan pada Allah setiap masa, hanya Allah lah sahaja penentu Qada dan Qadar.... dan hanya doa yang boleh mengubah Qadar, dengan izinNya.

12 comments:

me said...

TAHNIAH sekali lagi.
Ada hikmah di sebalik apa yg terjadi dan kejayaan ini lebih bermakna after what you've gone through.

SevenDrops said...

Shitoh,

Thank you... lama betul tak jumpa you, jemput datang ke rumah.

019-6745742

mulan said...

Congratulations to you and your family...

SevenDrops said...

Salam Mulan,
Thank you.. I hope both of you will be 'there' on time. There will always be problems but I treasured most of the time I spent studying.. you have time to know Allah better, to know your self better .. to know your family better...

Aza said...

Salam...

Nas, tahniah sekali lagi...kali ni secara rasminya...untuk hang n family. Mai la peluk aku di Jitra ni.

SevenDrops said...

Salam Aza,

Kih..kih... memang aku nak pelukkkkk hang... terima kasih kerana memberi aku kata-kata semangat ... study itu jihaddddd..

me said...

Ira, I tinggal kat Rawang & kerja pun kat Rawang.. tapi last two years I dok berulang pergi kerja kat Shah Alam, Plaza Perangsang.You dok kat seksyen mana? mana tau kot tersesat.

nurazzah8 said...

Tahniah.........
bilalah nak sampai giliran I??????

Anonymous said...

Tahniah Kaknas... mcm nak menitik airmata ni membacanya... kalau hari tu dah tau, mesti lagi kuat pelukan dan lompatanku!...

Anonymous said...

assalamualaikum..

kak nasiroh,

Tahniaaahhh...

Ada jugak dengaq sikit2 daripada kak cik kesusahan yang telah akak hadapi ..

Anyway..yang pasti hujungnya tetap membuah hasil yang membanggakan dan membahagiakan ..itulah kemanisannya..Alhamdulillah..

tahniah lagi sekali kak...

Moga2 jadik inspirasi pada orang macam saya yang 'blur' tak tau apa nak buat kalau sambung PhD ni..dah lama sangat 'blur' ni heehheehhehe

-siti hanim

SevenDrops said...

Salam Hanim,
Sesekali timbul... jemput ke rumah...

K.nas

Anonymous said...

assalamualaikum..

kak,

baru balik dari cuti haji..:-)
tu yang lama tak ada..

InsyaAllah..nanti kalau saya pi seksyen 7 saya singgah rumah kak,
ada lagi sorang kakak sebilik ngan saya kat Makkah lecturer UiTM (lecturer English) dok kat seksyen 7...

-hanim