Sunday 27 July 2008

Kalau Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Usah Diduga

Semalam Gem 1 dan Gem 5 telah menyertai segelintir kaum bapa (+ anak lelaki) Nottingham untuk aktiviti memancing . Gerombolan ini terdiri daripada Gem 1 + Gem 5, Muzammil + Ilham, Zamri + Ikram, Baha + Adli, Dr. Khairul dan Midon. Mereka bertolak dari rumah seawal pukul 5.30 pagi untuk berkumpul dan bertolak ke Bangor, Wales. Ada di antara mereka yang bercita-cita tinggi... 'seorang paling kurang 50 ekor!' ... (he... he.. isteri Midon melaporkan). Saya pula ingin membuka gerai jual ikan!... maka nanti akan berduyun-duyunlah penduduk Nottingham akan datang membeli belah pelbagai jenis ikan di rumah kami..... Lalu gementarlah 'nelayan Nottingham' (Mus + Laili) mendengar perkhabaran tersebut, sedangkan mereka baru seminggu menjadi nelayan Nottingham!

Berikut paparan perjalanan gerombolan Nottingham memburu ikan-ikan di laut Bangor, Wales:

Berkumpul sebelum bertolak ke Bangor

Sampai di Menai Bridge, Bangor, untuk menangkap ketam

Beginilah aktiviti menangkap ketam

Ini hasilnya

Inilah Menai Bridge, lokasi milik Marine Science, University of Bangor

Gems di sekitar tempat memancing

Ini pula lokasi memancing, tebing tinggi nun jauh di sana

Dah mula memancing... anak-anak pun bergembira...

Gaya mesti ada.... ikan? Belum tentu!

Sekitar lokasi memancing


Tangkapan tidak seberapa... tapi makanan yang dibawa banyakkk...

Gem 5 bangga dengan hasil tangkapannya....

Close up... ikan milik Gem 5

Cantiknya bumi ciptaan Tuhan

Pemandangan unik, kerdil perahu di lautan luas terbentang

Sibuk memancing ... rupanya ramai lagi peserta dari lain-lain tempat

Berjam-jam.. masih di sini

Gayat............!

Ada juga aktiviti sampingan

Longlai melangkah pulang

Tapi anak-anak ini pasti enjoy... satu pengalaman, satu kenangan

Pertama kali... boys day out!

Merangkak menuju ke tempat perkhemahan

Tempat memancing yang ditinggalkan

Dah siap berkhemah pulak

Nun di sana mereka berkhemah

Kata Gem 5... basah sebab ambil air sembahyang!

Sabar menunggu ikan dipanggang

Membelek hasil tangkapan (yang tidak seberapa!!!)

Bersantai...


Indahnya bumi milik Tuhan

Bersiap-siap untuk berangkat pulang

Mengabadikan lokasi perkhemahan

Singgah memancing lagi..

Gem 5 di sebalik rumput-rumpai

Gem 5 bersama pancingnya

Gerombolan nelayan Nottingham selamat pulang ke bumi Nottingham. Kami di rumah menanti keriangan. Sesampai di rumah, banyaklah barang-barang yang perlu diangkat masuk... ku cari dan ku cari ... namun seekor ikanpun tidak kutemui... wa..wa... macam mana nak jual ikan nih!!!

Friday 25 July 2008

Parklife 2008

Setiap tahun, Nottingham City Council menganjurkan acara keluarga untuk daerah-daerah di dalam jajahan takluknya. Tahun ini, acara tersebut yang dikenali sebagai Parklife, dimulakan dengan daerah Forest Field. Walaupun ianya bermula pada pukul 11.00 pagi, kami sudah sampai ke tapak tersebut sejam lebih awal (semangat terlebih!). Banyak aktiviti yang boleh dijalankan secara percuma: wall climbing, sliding, pertunjukan puppet, senam robik, pemeriksaan kesihatan..dan lagi..dan lagi...

Berikut gambar-gambar sekitar Parklife 2008, di padang Forest Field:



Gem 4 di seksyen 'circus training'

Gem 6 di syeksen 'circus training'

Gem 7 sedang menikmati pisang yang diperolehi oleh Gem 2 sebab 'skipping' satu minit

Mereka menanti Gem 7 untuk bergambar, tapi Gem 7 dah lari....

Bersama-sama belon 'heart 106'

Singgah sebentar di seksyen ini untuk bermain badminton

Angin kuat..jenuh mengejar bulu ayam

Ceria untuk sessi 'sliding'

Gem 4,5 dan 6 memanjat

Emmpph... dah penat, berkira-kira untuk pulang...

Monday 21 July 2008

Salji... Simbol Sebingkis Doa

Entri kali ini berkisar tentang salji, satu istilah yang bermain-main di mulut anak-anak saban hari sebelum kami terlintas untuk menjejak kaki ke bumi Nottingham. Keinginan anak-anak untuk merasa kedinginan salji lalu mereka serlahkan dalam bentuk bingkisan doa. Buat pertama kali mereka benar-benar menyaksikan bagaimana idam mereka yang tersirat dimakbulkan Tuhan. Bagaimana ya ianya bermula? Kami ingin mencungkil kembali rentetan silam ini agar menjadi peringatan sepanjang hidup kami agar tidak lupa bersyukur pada rahmat Tuhan.

Bingkisan doa ini bermula dengan cuaca panas di Arau, Perlis. Saban hari anak-anak perlu berulang daripada sekolah Tunku Budriah, kafe UiTM atau Pusat Matrikulasi Arau (untuk makan tengahari) dan kemudian ke Tadika Huda (kelas fardu ain) dalam cuaca panas terik. Jadi dalam suasana panas terik dan berpeluh-peluh, selalu mereka berangan-angan tentang sejuk dan seronoknya jika berpeluang bermain salji. Kami tidak kaya dan tidak pula mempunyai idea yang bergeliga untuk memenuhi impian mereka, lalu kami mengajar mereka tentang doa. Setiap kali mereka mengungkit tentang keseronokan untuk bermain salji, kami menggalakkan mereka berdoa. Secara tidak disedari, mereka akan menadah tangan setiap kali mereka membayangkan impian mereka. Bagaimana pula dengan usaha? Ya.. kami mengingatkan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Ha..ha.. Gem 3 baru di dalam darjah 3 dan Gem 4 pula di dalam darjah 1 .. emmm... perjalanan masih panjang untuk mereka mencapai impian mereka.....

Satu hari, ketika berkemas-kemas kertas yang bersepah di pejabat, saya terjumpa coretan Gem 4 .. "my hobby is playing with snow..". Lalu, saya tampalkan coretan itu di dinding pejabat. Sesekali mereka berkunjung ke bilik saya, pasti terbaca coretan tersebut, dan merekapun berdoa. Secara tidak langsung, salji menjadi satu simbol doa dan harapan, dan Allah telah memakbulkan doa mereka dengan cara yang tidak disangka-sangka, bertahun lebih awal dari yang kami bayangkan. Setiap kali bertemu salji, pasti kami menjadi begitu teruja dan sentimental.

Semenjak kami di sini, musim 'winter' sudah 5 kali datang dan pergi. Setiap kali 'winter' menjelma pastinya ia menjanjikan suhu di sekitar menurun, kadang-kadang sehingga mencecah di bawah 0 darjah Celcius. Biarpun kesejukan, namun kehadiran putih salji bukan sesuatu yang biasa. Jarang-jarang sekali salji turun di bumi Nottingham ini dan tiada langsung salji pada winter 2007!

Berikut gambar-gambar kami mengharungi kedinginan salji:

Di luar rumah lama "83, Central Avenue", waktu pagi, ketika keluar untuk ke sekolah

Memegang bebola salji, doa tersirat yang dimakbulkan

Emm... berlari-lari sambil melontar bebola salji

Suasana hening di pagi hari

Tak tentu arah dibuatnya.. berlari ke sana ke mari

Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, kami mengambil kesempatan bergambar di padang Forest Field. Kelihatan ada keluarga Melayu lain yang membawa anak-anak 'sledging'. Anak-anak kami?... Wa..wa... depa tak mau ponteng sekolah!!!

Kesokan harinya, ada salji lagi...

Gambar-gambar berikut diambil ketika kami bercuti di Brighton, bandar tepi laut yang terletak di selatan UK. Kami mengejar salji di sana (kerana mengikut ramalan cuaca, salji akan turun pada minggu tersebut)... Malangnya, hanya sedikit di Brighton... banyakkkkkk ... di Notingham... wa... wa... melepas lah...


Balik dari Brighton, kami singgah di rumah di rumah Wan Malik dan Salwani... Alhamdullillah.. sempatlah anak-anak berpesta melontar bebola salji pada malam tersebut...






Pada winter kali ini, Nottingham tidak ada salji. Lalu, kami memburu salji di Lancaster, sambil melawat sahabat lama, Nazihah dan keluarga. Kami bertemu salji di Lancaster. Berikut gambar-gambar yang diambil ketika bermain di padang golf Windermere, Lancaster.




























Kami bertemu ribut salji di puncak Sierra Nevada, ketika lawatan ke Sepanyol. Dalam banyak-banyak pertemuan dengan salji, yang inilah yang paling best!!!!






















Alhamdullillah.... Semoga kenangan ini akan menjadi satu peringatan untuk kami sentiasa berdoa kepada Allah dan tidak mendustakan limpah nikmatNya... "Nikmat Tuhan yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Petikan ayat yang diulang-ulang di dalam surah Ar-Rahman).

DI MANA ADA CITA, IDAMKANLAH... MOGA ALLAH MAKBULKAN SEBAGAI DOA KITA YANG TERSIRAT