Thursday 26 January 2012

MRSM Pengkalan Chepa?????

Pada hari Khamis yang lepas, kami berdebar-debar untuk menerima keputusan permohonan Gem 4 ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM. Ketika kawan-kawannya sibuk bertanya khabar, kami masih tidak merujuk ke laman Web berkenaan - suspense!

Keesokan harinya, saya pula terpaksa menjadi pengawas peperiksaan. Komputer tidak dapat dibuka. Ketika berkesempatan, saya sms Gem 1, "Kakak dapat ke SBP?". Gem 1 membalasnya,"Tak!" Saya sudah menduga jawapan itu dari mula. Malah ketika mengisi borang permohonannya, saya sentiasa berkata-kata bahawa jika Gem 4 mendapat tempat di sekolah  berasrama, maka ianya satu keajaiban. Yang membawa maksud, itu pemberian istimewa Tuhan pada hambanya yang serba daif. Kenapa? Kerana, pertama, kediaman di bandaraya - peluang tidak secerah di kampung. Kedua, persaingan sangat hebat, 34000 yang layak dengan peluang yang sedikit. Ketiga, kerana Gem 4 cuma ahli biasa - tidak ada jawatan atau penyertaan yang luar biasa! Melihatkan keinginannya yang bersungguh-sungguh untuk ke sekolah asrama, maka berkali-kali saya katakan padanya - "MINTA PADA TUHAN KAK, MINTA PADA TUHAN. SOLAT HAJAT, SOLAT MALAM, BACA YASIN". Saya juga katakan padanya berkali-kali, peluangnya amat tipis. Tapi percayalah pada Kuasa Tuhan - Kun Fa Kun - Jadi Maka Jadilah. Ia akan mengatasi segala logik akal yang ada.

Dan ketika menerima keputusan yang gagal itu, hatipun menjadi sayu. Saya pula tidak mengharapkan pada permohonan ke MRSM. Jika ke sekolah asramapun gagal, apatah lagi ke MRSM. Tapi, ketika mata mengawas gerak-geri pelajar, saya sempat berdoa,"Ya Allah, aku tahu doa ini terlalu terlambat. Keputusan ke MRSM sudah terawang-awang untuk dikeluarkan esok harinya seperti yang dijadualkan. Tapi, aku ingin juga meminta padaMu, mohon Engkau kabulkan impian anakku".

Ketika kami sibuk mengambil anak pulang ke sekolah, tiba-tiba Gem 1 menerima sms - Tahniah, permohonan anda ke MRSM berjaya bla...bla .. bla... Gem 1 pun berkata,"Apa sms ni? Tadi kata gagal (merujuk kepada kegagalan untuk ke SBP)". Dia membaca lagi. Kali  dia berkata,"Laa... untuk MRSM rupa-rupanya". Saya tidak berkata apa-apa. Terkenang sesi doa di dalam dewan tadi yang digenangi air mata. Ya Allah, Engkau ada di mana-mana. Tuhan itu ada untuk mendengar permintaan hambanya.

MRSM Pengkalan Chepa????? Ia di luar pilihan permintaan. Yang diminta, ke Kuala Kubu Baru atau Melaka atau Kulim. Semuanya atas alasan mudah untuk dikunjungi atau ada saudara mara hampir jika berlaku apa-apa kecemasan. Kami tidak ada saudara yang hampir di sana. Bagaimana? Tapi, Gem 4 tersangat gembira. Kerana Allah bukan sahaja memberinya peluang ke asrama, tetapi ke MRSM yang berprestij di antara MRSM yang ada! Alhamdullillah.

Yang pasti, beberapa hari lagi saya akan kehilangan editor dan rakan sekerja untuk satu tempoh yang lama. Buku kedua masih merangkak-rangkak mencari bahan dan haluan. Barangkali, saya perlu mengcungkil bakat Gem 5 yang seakan terpendam... Siapa tahu.

9 comments:

zafwah said...

tahniahhhh!!! asyik dpt good news je kak nas n abg fifi ni..rezeki melimpah ruah..kejayaan anak2 pun dikira rezeki kan..merasa ke tidak saya apa yg kak nas rasa ni..

Anonymous said...

Zafwah,
Alhamdullillah.. Belajar rahsia dri adik Nor Madihah: Solat hajat, solat malam, baca Yasiin, puasa - minta pada Tuhan. Jika kita mendekati Allah, Allah lebih dekat pada kita.

Mintalah apa saja dalam doa-doa. Isyaallah, Allah kabulkan untuk kita semua.

sevendrops

kak cahaya said...

terus terang saya amat mencemburu kejayaan akak sekeluarga...mudah2an masa akan sampai jua...tahniah...
psst..gem 4 ni anak akak yg sofea tu ke?.. lepas PMR ek

Anonymous said...

kak gem 5 kat mana? Tak ke asrama ke?

farah sharif

Anonymous said...

Cahaya,

Gem 5 tu Sofia, baru lepas PMR. Masih manja dan kurang berdikari. Itu yang nak kena hantar juga ke asrama!

Jangan cemburu... InsyaAllah cahaya dan keluarga juga akan dirahmatiNya bila tiba masa. Tahun lepas sungguh perit, tak sudah-sudah seram sejuk anak ambil periksa!


Farah,
Gem 5 minta sekolah asrama penuh (SBP), tapi tak dapat. Tengah merayu. MRSM pulak dia kata tak nak, tapi bila tengok kawan dapat, teringin pulak. Kami pula tak serius sangat nak bagi dia pergi, sebab baru form 1!


sevendrops

Sevendrops

Anonymous said...

nama apa? sy pun dapat masuk mrsm pc :)

Anonymous said...

Dearest anonymous,
my daughter's name - anis sofia

Anonymous said...

I was in mrsmpc back in 12 years ago and the memories remain until today.

- Luqmanians 2001/2002

Anonymous said...

anis sofia is my moving dictionary for now. hihi :)