Tuesday, 17 January 2012

Gem 3 Ke Universiti Teknologi Petronas

Hari ini dalam keadaan serba salah untuk meninggal kerja yang datang bertindan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti. Cuti khas untuk menghantar anak sulung ke dunia baru - dunia universiti. Biarlah hari ini setimbun kerja ditinggalkan untuk tempoh sehari. Kerja akan datang dan datang lagi. Tapi hari pertama ini akan berlalu tanpa diganti. Cukuplah dulu ibu bapa tidak mampu mengiringi. Dan kesedihan bersendirian menguruskan itu dan ini ingin dihalang untuk berlaku pada anak sendiri.

Maka hari ini kami bertolak pagi. Seawal pukul 4 pagi sudah mula bersiap-siap. Kami bertolak pukul 5.20 pagi. Sesudah berfikir-fikir, kami pasrah menghantar Gem 3 ke kursus foundation ICT di situ. Sudah tentu ianya beralasan. Biarpun ianya merupakan pilihan alternatif bagi Gem 3.  Ia dimulakan dahulu  berdasarkan tawaran selepas sesi temuduga tempohari. Lagipun, ia dapat menjimatkan masa belajar sementara menunggu keputusan sebenar. Pilihan utama Gem 3 ialah ke Australia. Dalam kewangan yang kurang dan persaingan yang sengit, pilihan ini memerlukan sentuhan keajaiban Tuhan untuk memakbulkan  impian  Gem 3. Kami akan tidak putus berdoa. Jika tidak ke Australia, Gem 3 redha di UTP. Kenapa?

Hari ini saya merasai alasannya. Ini kali pertama memasuki UTP selepas ia siap sepenuhnya. Kami disambut dengan bangunan yang kukuh tersergam indah. Kata Gem 7,"Mummy, you said we're going to send kak long to her school.. why do we come here at the AIRPORT?" Barangkali, tidak perlu berkata-kata bangunannya bertaraf dunia, ia sudah tergambar. Bangunannya menerima sentuhan perekabentuk yang sama merekabentuk Djanogly City Academy di Nottingham. Gem 3 sangat teruja kerana nostalgia sekolah silam yang amat dirinduinya. Sesekali, saya juga teruja kerana seolah-olah berada di Jubilee Campus. Apabila melangut ke bilik atas, seolah-olah terbayang bilik Colin dan Colin, kedua-dua penyelia yang telah banyak mengubah persepsi saya! Dan kamipun berjalan-jalan menikmati rasa nostalgia. Anak-anak yang lain tidak habis-habis mengajak masuk ke perpustakaan yang menggoda. Ia rekabentuk ringkas tapi bijak. Deretan buku bertingkat-tingkat telus dilihat dari luar. Anak-anak seakan tidak mahu melangkah keluar! Secara ringkasnya, bagus bangunan di sini. Beruntunglah pekerja-pekerja di sini. Tidak perlu merasa gusar apabila hujan lebat untuk berada di pejabat yang tidak memiliki sijil layak!

Masjidnya juga menarik. Ia bagaikan terapung di atas kolam yang dipenuhi ikan-ikan gemuk. Ada pula makanan ikan yang boleh dibeli berbentuk sedekah, untuk ditaburkan. Masjidnya mempunyai penyaman udara biarpun di kawasan yang tidak tertutup. Tempat mengambil wuduknya mempunyai kerusi yang ergonomik, moden dan banyak. 

Jika ditanya kenapa saya benarkan Gem 3 mengambil ICT? Bukankah di dada akhbar, sering terpapar ramai yang menganggur? Maka jawab saya, ICT asas hidup dunia hari ini. Ia mencengkam semua bidang. Dapatkan keputusan yang cemerlang, maka kerja berbaris di depan.

Jika ada yang bertanya, kenapa perlu ke UTP, tidak di fakulti sendiri? Maka saya akan berkata cukuplah saya saja yang hidup dalam dunia 'keluarga besar". Jikalah dengan sumber pendapatan yang sama, manakah taraf kehidupan yang lebih baik? Mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit atau besar? Saya sudah penat hidup dalam dunia catuan atas alasan kurang sumber kewangan. Biarlah anak saya merasai dunia yang lebih sempurna - sebesar-sebesar kampus untuk hanya menampung 7000 pelajar! 

Selamat Menempuh Alam Baru Gem 3! Moga Allah permudahkan segalanya.


14 comments:

mulan said...

Tahniah untuk Gem3! Muga langkah pertama membawa seribu kejayaan...
Amatlah setuju dgn masalah "keluarga besar" kita...

zafwah said...

tahniah kak long...bangga kak nas n abg fifi ada ank yg ada cita2 besar..moga impian kak nas utk kak long dimakbul Allah..

Anonymous said...

Mulan,

Memang penat dalam "keluarga besar"! Asyik terliur "kawan-kawan" dok tayang itu dan ini yang tidak mampu kita miliki....

Zafwah,
Amin.... terima kasih!

Sevendrops

Penjejak Mimpi said...

Tahniah untuk anak kak Nas tu; Kak Long. Muge menajdi pelajar terbaik.

p/s Pernah ke UTP untuk interview keje satu ketika dulu..

ME said...

Tahniah Ira & Gem 3. Pastinya result hebat utk masuk UTP. Kalau tak silap our friend Inez ada kat UTP & anak Qamar pun ada belajar kat sana kalau tak silap.

Anonymous said...

Penjejak Mimpi,

Terima kasih....

Me,

Inez ada kat sana? Dia doktor gigi kan? Nanti boleh cari.

Sevendrops

Anonymous said...

tahniah, saya membaca blog ini dari kejauhan dan berkaca mata saya kerana tidak dapat menghantar anak sulung saya memasuki alam universitinya. Sama seperti tuan, masa saya masuk uni dulu, ibubapa tak mampu untuk menghantar, dan saya kesendirian. Namun saya bersyukur, dalam ketidakmampuan mereka, pendidikan menjadi priority mereka. alhamdulilah. It is my sincere hope that our children will strive for sucess, nor only for themselves but for the generation to come hinga anak cucu cicit kita. Tahniah!

kak cahaya said...

tahniah kak, moga menjadi perangsang pada saya yg baru nak bermula ni

Nihlah Insyirah said...

tahniah untuk anak kak nas.dari cerita kak nas, ana pun terasa nak ke UTP juga:)

Anonymous said...

Cahaya,
InsyaAllah.. anak-anak Cahaya juga akan berjumpa arah mereka. Mintalah padaNya.

Ana,
Sesekali rindu Jublee Campus, boleh la p sana. Atau ke Semenyih.. Branch Nottingham tu.

Anonymous said...

Tahniah atas kejayaan anak Kak Nas. Seronok baca cerita keluarga yang sudah punyai anak2 yang besar. Moga jadi pengajaran/ilmu berguna buat kami.

Bila baca artikel ni, memang teringin melawat UTP. Kenangan USM kampus cawangan Perak. Dah sepuluh tahun lebih meninggalkan kampus di "Toronto" yang pastinya pesat membangun berbanding semasa USM berada di sana.

- Aziz/Ana -

Muhammad said...

Kenapa tak inform? boleh rehat kat rumah saya :) Suraya

Anonymous said...

Suraya,

Terima kasih atas pelawaan. Tak sempat nak rehat. Urusan selesai, kamipun balik.

Sevendrops

vanilla de latte said...
This comment has been removed by the author.