Sunday 27 September 2009

Merayakan Raya

Untuk merayakan Raya kali ini, seperti dulu-dulu .. mesti pulang beraya ke kampong. Acara tradisi.. biarlah ia berterusan begitu.

Kami bercadang untuk pulang beraya pada malam hari raya. Kononnya, untuk memberi peluang Gem 3 melangsaikan semua ulangkaji. Tapi semangat raya lebih tinggi.. kami bersiap lebih awal dan bertolak pulang selepas selesai solat Terawih pada hari Khamis.

Kami buat kejutan untuk Tok. Kami mengetuk pintu ketika Tok dan Mak Cik sekeluarga sedang lena... selepas bersahur.. kami pun terus lena. Bangun kesokannya... Tok yang bertugas sebagai Pengurus Besar hanya memberi arahan... hah.. mari.. mari... mari buat Halwa Maskat... lepas tu kita buat Dodol... lepas tu ... lepas ni... Pergh!... satu hari yang amat sibuk... Hasilnya cuma Halwa Maskat.. Gem 3 dengan setia membantu Tok dengan jayanya.

Esoknya, suasana menjadi lebih sibuk. Seawal pagi, Mak Cik sudah membawa pulang sedulang organ lembu - ada perut, jantung, daging, kaki, ekor... Tapi nampaknya Tok masih tidak berpuas hati.. katanya tidak ada organ limpa! Teringat kami iklan Petronas... rupanya sikap Tok sama seperti si ibu di dalam iklan tersebut... Nampak gayanya untuk puaskan hati Tok, kami kena heret pulang seekor lembu! Selepas memastikan kebanyakan persiapan telah siap, kami sempat berbuka puasa di kampong Gem 1, bersama Mak Ngah dan Kak Tiah. Rumah pusaka itu hanya diduduki ketika menjelang raya. Tahniah untuk Pak Long kerana biarpun Tok dan Tok Wan sudah lebih sedekad pulang ke Rahmatullah, keluarga Gem 1 (6 adik beradik) masih bersatu menyambut raya seperti dulu-dulu. Selepas berbuka puasa.. anak-anak bermain mercun dan bunga api dikepalai oleh BAPA masing-masing! (ini.. kes nostalgia... bapa-bapa yang lebih teringin untuk bermain mercun dan bunga api... he..he..he..). Kata Gem 7... "Best..best...best", sambil beliau melompat dan berlari-lari.. inilah kali pertama beliau merayakan Raya! Lepas bermain-main, kami balik semula ke rumah Tok.

Pagi raya selalu kelam kabut. Bangun.. bangun.. bangun...Cepat siap nak pergi masjid! Masing-masing bingkas bangun dan menunggu giliran yang panjang untuk mandi. Kemudian, rumah menjadi senyap dan sunyi.. yang tinggal hanya Gem 2 dan Tok. Pagi raya adalah unik.. yang datangnya dengan pelbagai rasa, berbaur nostalgia dan sayu. Apabila melihat kanak-kanak berkawan-kawan ke sana ke mari menjamu selera dan mendapat duit raya... ragam mereka adalah episod hidup kita yang sudah lama berlalu. Episod hidup kita seterusnya.. ialah melihat Tok di pagi raya. Keseorangan biarpun mempunyai 7 orang anak dan puluhan cucu-cucu... Seorang ibu mampu merayakan semua anak-anak.. tidak semua anak dapat merayakan seorang ibu...

Apabila masing-masing pulang dari masjid... sessi makan-makan dan ziarah-menziarahpun pun bermula.

Gambar Raya Tahun ni..


Mak Ngah dan Abang Jai sekeluarga


Pak Teh Sekeluarga

Mak Cik Sekeluarga

Deretan kereta di Sidam

Sampai di sidam, terus kena operasi kambing untuk makan-makan tengahari

Gambar beramai-ramai dengan sepupu-sepupu

Tidak lupa.. kami dikunjungi oleh anak-anak angkat ex-Notts kami... Husna, Mira dan Liew

Bursa Duit Raya di Sidam... kelam kabut!

Dua jejaka yang kami miliki..

Gem 7 dan 'Little Star' (gem 6)

Uh..uh.. sketsa menikmati juadah raya! (Anak Lily... ni kira taraf cucu saudara)

Tuesday 15 September 2009

Salam Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk semua... Setelah sebulan bermarathon.... mudah-mudahan Allah menyucikan semua dosa kita yang nampak dan yang tidak nampak, yang berlaku dan akan berlaku...

Apakah Aidil Fitri kali ini akan menjadi lebih baik dari Aidil Fitri pada tahun sebelumnya? Mudah-mudahan raya kali ini kita merayakannya dengan Tasbih dan Tahmid.. mudah-mudahan pada raya kali ini kita tidak tenggelam dalam longgokan makanan dan minuman ... mudah-mudahan pada raya kali ini kita beraya dengan DIA sentiasa dekat di hati....

Thursday 10 September 2009

The World's Princess

Dalam dunia kami, Gem 4 adalah antara 3 puteri-puterinya. Hari ini puteri kedua ini menyambut ulang tahun ke 13 nya. Kalau tidak kerana terbaca selitan "My hobby is playing with snow" dari puteri ini ketika beliau berumur 6 tahun, barangkali kami masih di situ.... Tanpa hijrah ... tanpalah kami kenangan yang kini menjadi emas.

Selamat Menyambut Hari Lahir.. Semoga panjang umur. Selamat Menganyam Mimpi-Mimpi.. moga hidup dan mati kita di masa hadapan adalah lakaran mimpi-mimpi hari ini... Mudah-mudahan Allah meredhai dan memberkatinya.





Monday 7 September 2009

Ramadhan kali ini ....

Ramadhan kali ini adalah benar-benar satu marathon fizikal dan rohani. Mudah-mudahan biarlah ianya berterusan begitu. Dulu, Ramadhan datang dan pergi dipenuhi dengan aktiviti duaniawi. Sebahagian besar tenaga yang susut dihabiskan dengan langkah-langkah ke Bazar Ramadhan demi Bazar Ramadhan... atau bersesak dan berhimpit demi pasang-pasang baju baru atau menelek menu berbuka demi menu berbuka di hotel itu dan ini dan akhirnya terlantar kekenyangan di situ. Tarawih dan al Quran acap terbiar. Puasa = lapar = tidak larat! Berbuka = kenyang = juga tidak larat! Ruginya.. sungguh.. aku di antara yang kerugian. Syukurlah aku masih bernafas... sempat menghirup udara Ramadhan sekali lagi.. Terima kasih Allah.

Ramadhan kali ini menyaksikan perlumbaan..antara cucu dan nenek, antara sepupu, antara anak dan ibu, antara isteri dan suami, antara rakan sekerja... Syahdunya..

Pagi tadi.. sebaik selesai bersahur.. Gem 5 terus meluru ke sudut permainan digitalnya. Lalu, saya katakan padanya, "Tahukah... Ramadhan seperti satu permainan digital. Kita berlumba -lumba untuk mencapai paras kemenangan yang lebih baik. Kita mengejar markah-markah tambahan dalam waktu yang singkat? Ya.. Ramadhan bagai satu permainan digital.. di kiri kanan, di depan dan belakang, di atas dan bawah.. Allah membuka pintu-pintu bonusNya yang berselerak. Kita perlu mengutip rahmat itu lagi dan lagi sehingga Ramadhan tamat". Gem 5 terdiam... perlahan-lahan beliau berkata... "ohh.. that's why we have to perform Tarawih prayers..and hajat..and read Quran?... to gain the bonus from Allah?"

Saya menguji lagi... "Why do we need the bonus?". Lalu beliau menjawab "We need a SMART TAG to Syurga!". Ahh.. anak-anak dunia sekarang.. analogi yang diberi perlu selari dengan zamannya. Suatu ketika dulu.. ketika bercerita tentang kenapa kita perlu melakukan sesuatu ibadat supaya kita dipercepatkan kiraan ketika Hari Hisab dan boleh masuk ke Syurga lebih pantas.. lalu Gem 5 menyampuk .. "Ohh we have to do that so that can go to Syurga faster like we can go through the highway faster if we have the SMART TAG thing in our car?"....