Sunday 28 March 2010

Biarpun Kecil....

Biarpun sumbangannya kecil... bergelap tanpa cahaya eletrik selama sejam (satu jam antara 24 jam sehari x 364 hari setahun!) bagi menjayakan 'Earth Hour' .. ianya adalah satu keraian dan kami meraikan pada malam 27/3/2010 yang lepas.

Setiap kali melihat iklan 'Earth Hour', anak-anak akan berkata "Don't forget!!!".. dan mereka memang menanti kedatangannya.

Maka, beberapa jam sebelum 'Earth Hour' bermula, mereka sibuk mencari lilin-lilin (bagus juga 'kegilaan' membeli lilin dari carboot suatu masa dulu!). Kali ini, mereka memilih lilin kecil, berwarna merah jambu, berperisa strawberi!

Gem 6 dan Gem 7 berteleku memerhati lampu lilin...

"One.. two... three... switch off!", teriak Gem 5 yang begitu bersungguh-sungguh dan tidak sabar menanti untuk bergelap. Lalu, kamipun menutup semua suis kecuali satu kipas dan satu peti sejuk (keadaan panas berbahang tidak mengizinkan kami berkorban hembusan kipas angin!!). Kami membayangkan keadaan sekeliling akan gelap gelita. Tapi, hakikatnya tidak begitu. Lampu-lampu masih berkerlipan di luar sana bagaikan kurang yang peduli. Lalu, saya katakan kepada anak-anak... nampaknya sambutan tidak menggalakkan.. marilah kita batalkan perayaan ini. Gem 4 menyampuk cepat "No mummy, every little things helps! We want to continue". Kami berbaring-baring di dalam gelap. Sesekali kedengaran Gem 6 mengeluh, "It's so boring without tv, computer or play station for ONE HOUR!". Apabila ditanya apakah kami perlu memberhentikan perayaan itu, beliau cepat-cepat berkata "NOOO!" Mereka bercerita dan menyanyi-nyanyi..


Pada saya, satu jam yang gelap adalah hambatan kenangan. Lalu, saya ceritakan pada anak-anak bahawa pada 30 tahun yang lampau, saya mengulangkaji untuk peperiksaan 'UPSR' di bawah lampu minyak tanah yang suram seperti lilin itu dan berjaya mendapat '4A 1B'. Dengan lesen '4A 1B' itu saya berjaya menempatkan diri ke MRSM. Saya telah mengalami satu kejutan sosial... bahawa ketika saya hanya disinari lampu minyak tanah, ramai rakan sekelas bercerita tentang bercuti-cuti ke Paris, ke Dubai... menikmati musim sejuk di sana sini. Dan kerana ingin merasai apa yang rakan-rakan sudah rasai, saya bertekad untuk berjaya dengan usaha dan bersenjatakan doa. Tiba-tiba, kelihatan anak-anak berlari ke ruang tamu, mencari buku-buku.. kata mereka "We just want to try reading with candle light!". Entah mereka mengerti susah payah saya atau tidak. Barang kali mereka juga seperti saya.. yang tidak mengerti susah payah mak dengan zaman pemerintahan Jepunnya!

Apapun... biarpun kecil, meraikan 'earth hour' sejam tanpa lampu adalah aktiviti keluarga yang unik. Bagi anak-anak, ianya satu luahan jiwa, bagi saya pula, ianya adalah hambatan kenangan pada masa silam yang sukar!

Thursday 18 March 2010

Kritik

Kritik, sama ada menerima atau memberi, adalah asam garam kehidupan. Pun begitu, kritik memberi pengaruh besar di dalam kehidupan seharian. Ada kalanya, kebimbangan kepada kritikan yang bakal diterima membuatkan kita perlu berfikir berkali-kali tentang apa yang perlu dikata, apa yang perlu ditulis, apa yang perlu dipakai, apa yang yang perlu dibeli .....

Asal kritik adalah untuk tujuan membina. Ada kritik untuk menyerlahkan kelemahan tentang sesuatu .. agar dapat diperbaiki. Ada kritik untuk mencadangkan sesuatu supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan. Lalu, apa perlu gusar pada kritikan? Jawabnya, walaupun kritik ialah satu perbuatan mudah, bermodalkan hanya 'air liur' atau pena atau perutusan digital. Namun, kebanyakan manusia lupa bahawa kritik berkait dengan ilmu, iman, rasa dan nada. Niat kritikan yang baik sekalipun, jika tidak kena pada ilmu, timbang rasa dan nada .. ianya boleh membakar perasaan dan menyemat benci atau dendam. Kritik.. jika tidak disampaikan secara berkhemah, pengkritik dianggap riak dan sombong. Kritik ... jika di belakang, menjadi umpat. Kritik, jika disampaikan dengan kasih sayang dan rasa hormat, akan memutikkan harapan. Kritik, jika mengikut perasaan, riak dan takbur.. akan menguburkan semangat.

Seringkali si pengkritik terlupa bahawa kritikannya juga diperhati dan dianalisa. Ketika si pengkritik megah dan puas 'menghentam' kiri, kanan, depan dan belakang... golongan ini terlepas pandang bahawa mereka sebenarnya kehilangan rasa hormat daripada individu sekeliling secara perlahan-lahan.... sehingga mungkin pada suatu masa .. kelibat merekapun tidak ingin dilihat! Maka, berhati-hatilah ketika mengkritik... dengan kritik kita mungkin akan menjadi semasyhur "Simon Cowell" atau kita terumbang ambing sendiri dalam dunia yang semakin sempit...

Sunday 7 March 2010

Tahniah Dr. Izan Syahriah

Lewat petang semalam, saya menerima sms dari Laily, "Kak, Alhamdullillah.. Izan dah jadi Dr.!". Alhamdullillah.... Izan... satu lagi mimpimu sudah menjadi kenyataan! Berbaloilah usaha-usaha saat akhir sambil berlawan dengan kesuntukan masa... Nampaknya istilah "Penantian Satu Penyiksaan" sudah ada penamatnya. Izan.. rakan seperjuangan yang diuji dengan jalan yang sama.. menanti.. dan menanti...

Tahniah Izan dan Iko... dari kami sekeluarga.

Thursday 4 March 2010

Pahlawan Perang Digital: Sekadar Satu Renungan

Istilah perang telah lama didengar dan dibaca. Namakan... ada Perang Uhud.. Perang Badar... Perang Dunia Pertama... Perang Dunia Kedua... Perang Iran-Iraq... perang... perang.... dari dulu sehinggalah sekarang! Tapi selalunya, kita akan berkata... "Kita tidak ada kena mengena!"... Syukurlah Allah mengurniakan keamanan yang tidak terbeli di kedai-kedai. Paling tidak.. kita lahirkan simpati kepada mangsa perang, berupa sedikit sumbangan... dan kemudian lupa kembali , simpati tenggelam dalam kesibukan tugas-tugas harian... kerana.. kita tidak ada kena mengena!

Namun, zaman telah berubah. Internet telah menjadi media komunikasi utama dan 'software' untuk sistem komputer digunakan di dalam pelbagai aplikasi.. lalu perang berubah bentuk. Untuk memusnahkan sesuatu persepsi, fikiran, fahaman, bangunan, rangkaian saluran eletrik, negara atau apa sahaja, musuh dan kita tidak perlu bersemuka. Jika dulu, untuk mengancam keselamatan, musuh perlu merentas benua, kini, musuh boleh mengancam pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan sesentuh jari! Dalam perang digital, musuh tidak semesti seorang tentera... sesiapa sahaja yang celik komputer, boleh menjadi musuh kita. Maka suka atau tidak, sedar atau tidak.. namakan apa sahaja pekerjaan anda.. selagi anda tergolong di dalam golongan celik komputer... anda adalah bala tentera yang tersirat di dalam perang digital!

Lalu, perlu ada satu kesedaran.. bahawa setiap ummah yang celik komputer adalah seorang pahlawan di dalam dunia digital. Senjatanya bukan pedang.. mungkin e-mail, blog, facebook, alat kawalan jauh.. atau apa saja... namakan alatan atau kemudahan berorientasi komputer.

Ya. Di zaman digital ini.. kita adalah seorang pejuang dalam perang digital yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Kita adalah 'Pahlawan Perang Digital' yang tersirat!

Disclaimer: Penulis menulis artikel ini berasaskan hasilan daripada satu penyelidikan ilmiah.