Thursday 4 March 2010

Pahlawan Perang Digital: Sekadar Satu Renungan

Istilah perang telah lama didengar dan dibaca. Namakan... ada Perang Uhud.. Perang Badar... Perang Dunia Pertama... Perang Dunia Kedua... Perang Iran-Iraq... perang... perang.... dari dulu sehinggalah sekarang! Tapi selalunya, kita akan berkata... "Kita tidak ada kena mengena!"... Syukurlah Allah mengurniakan keamanan yang tidak terbeli di kedai-kedai. Paling tidak.. kita lahirkan simpati kepada mangsa perang, berupa sedikit sumbangan... dan kemudian lupa kembali , simpati tenggelam dalam kesibukan tugas-tugas harian... kerana.. kita tidak ada kena mengena!

Namun, zaman telah berubah. Internet telah menjadi media komunikasi utama dan 'software' untuk sistem komputer digunakan di dalam pelbagai aplikasi.. lalu perang berubah bentuk. Untuk memusnahkan sesuatu persepsi, fikiran, fahaman, bangunan, rangkaian saluran eletrik, negara atau apa sahaja, musuh dan kita tidak perlu bersemuka. Jika dulu, untuk mengancam keselamatan, musuh perlu merentas benua, kini, musuh boleh mengancam pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan sesentuh jari! Dalam perang digital, musuh tidak semesti seorang tentera... sesiapa sahaja yang celik komputer, boleh menjadi musuh kita. Maka suka atau tidak, sedar atau tidak.. namakan apa sahaja pekerjaan anda.. selagi anda tergolong di dalam golongan celik komputer... anda adalah bala tentera yang tersirat di dalam perang digital!

Lalu, perlu ada satu kesedaran.. bahawa setiap ummah yang celik komputer adalah seorang pahlawan di dalam dunia digital. Senjatanya bukan pedang.. mungkin e-mail, blog, facebook, alat kawalan jauh.. atau apa saja... namakan alatan atau kemudahan berorientasi komputer.

Ya. Di zaman digital ini.. kita adalah seorang pejuang dalam perang digital yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Kita adalah 'Pahlawan Perang Digital' yang tersirat!

Disclaimer: Penulis menulis artikel ini berasaskan hasilan daripada satu penyelidikan ilmiah.

3 comments:

Anonymous said...

Cuba tengok tengok link ni, very interesting documentary about this kind of perang

http://www.bbc.co.uk/virtualrevolution/

Azwan

SevenDrops said...

Salam Azwan,

TQ... sekarang ni tengah rancak research pasal ni!

Anonymous said...

seperti yg telah sy cakap tadi,dizaman yg menuju kehancuran.manusia telah dijajah akal dan fikirannya.dengan era internet yg canggih,manusia yg alpa akn terus bermaharajalela mencipta sistem utk hancurkan kehidupan insan,masyarakat,umat lain dimuka bumi ni.wahai kamu,berjuanglah dgn akalmu sebagai tentera,dengan kepintaranmu sebagai peluru...banteraslah penjajah cyber diakhir zaman ini!!!!