Thursday 28 January 2010

Gem 7 dan Pertanyaan

Gem 7 yang banyak bertanya..
"Who did this to my little boy?????"

Kerenah Gem 7 kadang-kadang melucukan, kadang pula mencabar minda. Beberapa minggu lepas, ketika beliau telah selesai mandi dan bersiap-siap ke tadika, terpacul dari mulutnya, "Mummy.. who made me?". Jawab saya, "Allah". Kata Gem 7 lagi,"If Allah made me, how could I do not know while He's making me?". Arghhh.. apa nak jawab ni? Otak pun perlu berputar ligat.. lalu kata saya "Because you were too small to realize!". Gem 7 diam. Agaknya dia sedang memikirkan soalan seterusnya. Dan dia bertanya lagi, "Where's Allah?". Untuk soalan ini ini saya telah tahu apa yang nak dijawab... iaitu dengan bertanya semula kepada Gem 7, "Why we can not see Allah?" Gem 7 sambil tersipu-sipu akan menjawab seperti biasa," Alah.... mummy .. because He is invisible!".

Dua hari lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Gem 7 bertanya,"Where does rain come from?". Puas saya bercerita... "First, there's water on the road, in the river, in the lake... when the sun shines, the water will go up and becomes small cloud.. then the cloud grows bigger and bigger..". Gem 7 menyampuk pula, "Then... the cloud becomes black?". Kata saya, "Yes.. the black cloud becomes heavier and heavier.. and it falls down on us as rain!". Gem 7 diam sambil memerhatikan hujan yang masih turun dengan lebatnya...

Semalam Gem 7 memulakan sesi soal jawab lagi.. tanya Gem 7,"Mummy, how does wind make us feel cold?". Sukarnya untuk menyediakan satu jawapan yang logik bagi seorang kanak-kanak berusia 4 tahun setengah! Lalu jawab saya,"By blowing... (sambil perlahan-lahan menghembuskan ke arah beliau). Allah asks the wind to blow us..". Gem 7 diam..nampaknya dia sudah berpuas hati...
Setiap hari pasti ada soalan demi soalan....

Wednesday 27 January 2010

"Let it Snow at I-City"

Setiap hari kami akan melintasi tanda arah ke i-City. Bandar kecil ini katanya bertaraf super-coridor. Walaupun hanya sepelaung dari rumah kami, tidak pula terlintas untuk berjalan-jalan di situ. Cuma, sebelum menyambut tahun baru 2010, bandar I-City telah dimandikan cahaya dengan pelbagai bentuk lampu-lampu yang nampak dari jauh bergemerlapan dan 'berjatuhan (macam air hujan)'. Lalu, kamipun cuba mengintai apakah yang ada di lokasi tersebut. Terjumpalah kami satu notis kecil... "datanglah untuk merasa salji"! Maka, kami beramai-ramai ke sana. Betullah harapan Gem 5 suatu masa dulu.. .... "I wish I can play snow in the warm weather..".. nampaknya beginilah caranya kami membelai salji di Shah Alam! Bukan dingin salji yang didamba.. cuma masing-masing duduk bertafakur menghitung nostalgia. Esok masih ada .. moga Allah kabulkan lagi mimpi-mimpi kita yang seterusnya ....

Lampu-lampu cantik dengan pelbagai bentuk... bilik pun dingin dengan 6 penghawa dingin!

Ada 'snow man'

Ada 'white swan'

Gem 3 pula di sudut ini..

Semua Gem ada di sini..

Gem 7 paling teruja! Untuk memeriahkan suasana.. kami pakaikan baju T England!

Diam-diam.. Gem 6 minta diambil gambarnya di sini...

Berebut peluk 'snow man' yang panas!
Lepas bernostalgia... kami ke taman bermandikan cahaya..
Tengoklah... pokok pun ada perbagai warna!

Monday 25 January 2010

The World's Abang

Semalam, 25/1/2010, ialah hari lahir Gem 5 yang ke sebelas. Kami doakan Abang dipanjangkan usia, sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya sepanjang hayat, dunia dan akhirat.

Dapat kad yang ada kartun macam karektor abang!

Abang selalu berwajah serius apabila berdepan dengan kamera.. dan selalunya dia tidak suka bergambar!

Kek Abang

Gem 6 buatkan ais krim Malaysia untuk semua... terima kasih Gem 6!

Monday 18 January 2010

Antara Dua Penghujung

Minggu lepas kita dikejutkan dengan dua kes antara anak dan bapa. Nasib kedua-dua bapa sama sahaja, ditinggal oleh anak sendiri... yang satu di sebuah perhentian bas.. yang satu lagi pula, di sebuah pusat dialisis. Apakah sudah jadi satu fenomena atau hanya rentak akhbar... Selalunya.. laporan akhbar memang begitu, kalau kisah kemalangan... maka esok kisah kemalangan .. lusa kisah kemalangan; kalau kisah kebakaran.. maka esok kisah kebakaran, lusa kisah kebakaran.. Sketsa di dada akhbar tidak merungkai misteri dan realiti hidup. Dalam kes ini, apakah si anak derhaka atau si bapa pernah berdosa atau dek kesempitan hidup yang telah meragut nilai kemanusiaan. Tidak pasti dan tidak mahu dianalisa di sini. Kadang-kadang roda hidup berputar. .. yang di atas kerap jua jatuh ke bawah.

Cuma kes tersebut boleh menjadi teladan dan sempadan .. bahawa jika Allah mengabulkan doa kita untuk dianugerahkan umur yang panjang sehingga mencapai usia tua.. maka ketika kita meniti hidup di penghujung itu, cuma ada dua pilihan: sihat + segar atau sakit + lemah. Manakah kesudahan yang menjanjikan hidup yang lebih baik? Sungguh, nikmat kesihatan yang baik sering berlalu begitu saja. Untuk sihat, tidak cukup sekadar mengucap syukur ... keringat perlu ditabur untuk menghalau toksid jahat yang menyerang pada darah dan urat saraf. Di penghujung hidup.. hanya ada dua pilihan. Kedua-dua pilihan itu ada digenggaman kita!

Ya Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umur kami pada akhirnya
Sebaik-baik amal di akhirnya
Sebaik-baik masa kami ketika kami berjumpa Engkau di hari Kiamat
Ya Allah,
Sesunggunya kami berlindung diri kepadaMU dari kekafiran, kepapaan, kesedihan, kegagalan dan seksa kubur.
Amin.

Wednesday 6 January 2010

Bukan Perjalanan Biasa

Pada 24/12/2009 yang lepas, Gem 3 telah mendapat keputusan PMRnya. Sungguh, perjalanan Gem 3 mengharungi tingkatan 3 bukanlah perjalanan biasa. Gem 3 telah meninggalkan sistem persekolahan ini semenjak beliau di dalam darjah 4. Gem 3 kembali semula ketika betul-betul berada di dalam tingkatan 3. Seringkali, beliau melahirkan kegelisahannya.... "I have only 9 months mummy.. only 9 months!!".

Dalam waktu yang tinggal itu (termasuk cuti-cuti sekolah, cuti Raya Puasa, cuti Raya Cina, Cuti Hari Merdeka... bla..bla..), Gem 3 perlu:
  1. Menyiapkan Folio yang tertinggal untuk tingkatan 1 dan 2, untuk beberapa mata pelajaran.
  2. Memahami mata pelajaran tingakatan 3.
  3. Mengulangkaji serentak semua mata pelajaran tingkatan 1 dan 2.
  4. Mempelajari bagaimana untuk menjawab soalan!
  5. Mempelajari tulisan jawi.
  6. Menghafal ayat-ayat al quran untuk semua tingkatan 1, 2 dan 3.
  7. Mengikuti ko-kurikulum.
  8. Melibatkan diri dalan sukan peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Bukan setakat masa, sesekali dilihat, bagaikan tidak cukup tangan dan tenaga. Pada awalnya, kami ingin menghantar Gem 3 ke kelas tambahan. Setiap kali disuarakan.. Gem 3 akan menjawab "NOOOOOOOOOOOOO!!!!". Lalu, Gem 3 diberi sepenuh kebebasan mengendalikan hidupnya sendiri. Tidak pasti bila Gem 3 mengulangkaji. Katanya, "I always study at night". Tapi, entahlah.. yang pasti .. kelibatnya selalu kelihatan di depan TV atau terbungkang lena!

Cuma sekali, kami membawa Gem 3 ke ceramah motivasi Nur Madihah (pelajar cemerlang SPM). Banyak juga manfaatnya apabila ceramah disampaikan oleh rakan sebaya... Pesan Nur Madihah "Ingatlah kejayaan adalah milik Allah. Mintalah padaNYA dengan bersungguh-sungguh.. rajin sembahyang malam.. rajin puasa... hormat ibu bapa, guru, rakan, jiran..." Barangkali, ada yang tertusuk di minda, lalu Gem 3 mendekatiNYA dengan cara yang tersendiri..

Sebelum keputusan diumumkan, kami lebih terasa gentarnya daripada Gem3. Walaupun nama beliau tidak dipanggil untuk ke pentas, guru kelas Gem 3 yang melintasinya telah tiba-tiba menjabat tangan Gem 3. Gem 3 tertanya-tanya kenapa. Barangkali, guru kelasnya lebih mengetahui latar belakang beliau:

  1. Kali pertama ujian di dalam tingkatan 3: hanya 2A dan merangkul semua huruf.. ada B,C,D,E,F!
  2. Kali kedua ujian: hanya 3 A, ada B ada C ada D
  3. Kali ketiga ujian: lebih kurang serupa dengan yang sebelumnya..
  4. Kali keempat ujian: lebih kurang serupa dengan yang sebelumnya.
  5. Ujian percubaan PMR: 4A 2B 2C.
  6. PMR? .. 6A 2B! (B = BM dan Sejarah).

Syukur, Alhamdullillah... dalam hanya 9 bulan, Gem 3 yang ketinggalan jauh ke belakang, ada masalah bahasa, benci mata pelajaran Sejarah, tidak suka menghafal, tidak mahir jawi.. telah berjaya mengharungi kesemuanya tanpa kelas tambahan.

Di mata kami, "nilai 6A dan usaha yang gigih selama 9 bulan" adalah suatu kejayaan yang luar biasa...

TAHNIAH GEM 3!!!!

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru kelasnya, guru-guru sekolah, rakan-rakan, Kak Dilah dan abang Zul dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang bertanya khabar... yang 'tumpang nervous' (Laily.. dan Mus).. terima kasih! Mudah-mudahan Allah melimpahi RahmatNYA pada anda semua.



Guru-guru bergerak turun untuk mengumumkan keputusan PMR

Gem 3 masih tersenyum... Gem 7 tumpang sibuk ..

Masing-masing cuba mencari keputusan di depan guru kelas..

Meriah.. bermacam-macam telatah... boleh dibuat satu cerpen.. ada yang menggaru-garu kepala.. ada yang meluru ke belakang bangunan.. ada yang melompat kegirangan.. ada yang menangis.. entah untuk sedih atau gembira!

Yang dah dapat keputusan..

Gem 3 datang dengan senyuman..

Macam tak percaya....