Thursday, 12 June 2008

Berkelana ke Eropah: Switzerland

Switzerland... negara 'posh' (bagi orang British, istilah 'posh' membawa erti mewah, ada kelas). Ketika kembara, tidak sabar rasanya untuk sampai ke negara itu. Biarpun kembara ini telah hampir empat tahun berlalu, namun kenangan di Switzerland masih dekat di hati. Kalau ada fulus, mahu saja kami ke sana lagi.

Switzerland merupakan negara yang bergunung-ganang. Puncak paling tinggi di Eropah terletak di negara ini. Puncak tersebut dikenali sebagai puncak Jungfraujoch, sentiasa diliputi salji dan menjadi destinasi sukan ski. Namun, untuk sampai ke Switzerland, kami menempuh perjalanan yang berliku. Banyak terowong yang dilalui termasuk terowong yang terpanjang di dunia, iaitu panjangnya sejauh 17 km!

Perjalanan menuju ke Switzerland

Menuju ke arah terowong terpanjang di dunia, terowong San Gottardo

Panjang 17 km!

Pintu masuk terowong San Gottardo

Ketika bas menghampiri pintu terowong San Gottardo, hati saya tiba-tiba menjadi risau dan terdetik "apalah akan terjadi jika bas tersangkut di dalam terowong ini....". Ditakdir Allah, bas kami terhenti di tengah-tengah terowong disebabkan kesesakan yang tidak tahu sebabnya. Lama juga kami terperangkap di dalamnya, melebihi setengah jam. Huh! tak tergambar kerisauan saya pada masa itu. Sesak nafas rasanya. Alhamdullilah, perjalanan kami dapat diteruskan jua akhirnya.

Menghampiri Switzerland... tak berkelip mata, asyiknya menyaksikan ciptaan Tuhan

Jalan yang ditempuh makin lama makin tinggi dari paras laut. Di kiri kanan jalan, kelihatan jurang dan lembah.

Nun di bawah sana, kelihatan rumah-rumah bertaburan

Kami tiba di tempat penginapan apabila hari sudah malam. Kami semua bermalam di kabin kerana cuaca sejuk. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami telah mula bertolak ke puncak paling tinggi Eropah dengan menaiki keretapi. Bayarannya agak mahal. Untuk seorang dewasa, tiketnya berharga lebih 60 Euros ( lebih kurang 60 x 4 = RM 240!). Untuk perjalanan ini, kami sekeluarga yang mempunyai enam ahli, terpaksa membayar harga yang tinggi. Tapi, dengan berbekal slogan, 'biar menyesal bayar dari menyesal tak pergi', kami tempah juga tiketnya.

Di lereng gunung

Keretapi mendaki makin tinggi, kelompok awan sudahpun dilepasi

Kali pertama jejak di pelantar, di luar angin agak kuat dan salji berterbangan

Makin tinggi keretapi mendaki, makin kurang tahap oksigen di udara. Sebaik mendarat di kemuncaknya, sebahagian daripada ahli kembara kami terdampar di pelantar yang disediakan akibat pening dan hampir muntah-muntah! Kami beredar terus menuju ke tapak ski. Untuk menuju ke tapak tersebut, kami perlu melalui terowong ais..... grrr... sejuk dan nafas dah makin semput, tersekat-sekat menghirup oksigen yang sedikit. Kami tidak membuat persediaan yang rapi, antaranya, kaca mata hitam tidak dibawa. Gabungan antara keputihan salji dan refleksi sinaran matahari amat menyilau mata. Nak buka mata pun, terkebil-kebil. Jaket pula nampaknya tidak cukup tebal. Kesejukan sudah mula menikam sehingga ke tulang sum-sum!

Pertama kali menjejak kaki di tapak ski


Putih melepak

Kami tidak pula berhajat untuk mencuba aktiviti ski. Masing-masing hanya mahu mencuba 'sledging', iaitu menggelungsur di landasan yang mencuram.

Di medan gelungsur

Melontar bebola salji

Lontar dan lontarr... kalau terkena jangan menangis!

Menunggu di bawah ... rasa-rasanya giliran Gem 4 sedang menggelungsur

Align CentreHanya ingin memeluk salji..

Gem 3 menggelungsur

Giliran Gem 4 dan 5 pula menggelungsur

Gem 5 menarik gagah 'sledge' ke atas untuk melakukan gelungsuran seterusnya

Selepas penat menggelungsur dan muka yang merah telah agak kebiruan, kami kembali ke pelantar untuk membeli minuman panas dan sedikit makanan. Selepas makan, hanya Gem 1, 3 dan 5 sahaja yang masih mampu untuk melawat muzium ais. Muzium ais mempamirkan koleksi pelbagai ukiran ais. Bila mereka pulang... emm... kesal jugak saya tidak ikut serta.

Hanya Gem 1, 3 dan 5 sahaja yang mampu melawat muzium ais, yang lain dah tersadai di pelantar .... dah pening!


Pemandangan luar di ambil dari pelantar

Beruang dari ukiran ais

Ukiran ais burung

Terowong ais di dalam muzium ais

Gem 3 dan 5 di luar pelantar ketika salji bertaburan akibat angin kencang

Selepas beberapa lama melayan kesejukan dan kekurangan oksigen, kami beredar untuk pulang. Tapi, di pertengahan jalan, apabila keretapi berhenti untuk mengambil penumpang, kami mengambil peluang untuk turun melawat bandar kecil Kliene Scheldegg. Cantik sungguh pemandangan sekeliling. Mungkin saya miskin patah perkataan untuk menceritakan betapa cantiknya bumi ciptaan Tuhan yang terhampar di depan mata!

Di depan salah satu kedai cenderamata

Kliene Scheldegg, bandar kecil yang berada di 2061 meter dari paras laut

Bila keretapi datang, kami bertolak turun lagi. Sepanjang perjalanan, kelihatan rumah-rumah penduduk di sini yang seakan sama. Mengikut pihak penganjur, rumah-rumah orang Swiss selalunya ada dua tingkat, tingkat pertama dikhaskan untuk binatang ternakan di waktu musim sejuk, tingkat kedua pula untuk penghuninya... bayangkan apa pula bau-bauannya yang pasti menusuk ke lubang hidung!!!

Inilah keretapi yang kami naiki..pendek dan perlahan, tapi gagah mendaki gunung

Kami berhenti lagi untuk kali kedua di bandar kecil Wengen... lebih cantik daripada bandar yang telah ditinggalkan tadi...

Kebanyakan bangunan dihiasi dengan bunga-bungaan

Merakam papan tanda bandar Wengen dengan penuh gaya

Anak tangga enam Gems.... he.. he.. Gem 1 dok pegang kamera

Gem 1 dan kenalan baru

Bersama peserta kembara, mesra bagaikan satu keluarga

Akhirnya kami sampai ke stesen keretapi terakhir di mana terletaknya lokasi kabin yang disewa. Kabin kami terletak di bandar Lauterbrunnen, sebuah lembah di antara gunung-gunung bersalji dan dihiasi pula dengan air-air terjun di sekelilingnya. Lauterbrunnen sungguh damai dan cantik. Tidak hairanlah jika ia dipilih sebagai salah satu lokasi dalam filem bollywood yang dilakonkan oleh Shah Rukhan dan Kajol.

Bangunan di sekitar Lauterbrunnen

Bila hujan... bilangan air terjun sebegini makin bertambah di Lauterbrunnen

Aksi Gems ala-ala bollywood...










Mengabadikan ingatan di hadapan lokasi kabin kami

Kami tidak mungkin akan dapat menduga apakah akan ditakdirkan kembali ke sini lagi... Tapi pengalaman banyak membuktikan, di mana ada cita, idamkanlah... moga-moga Allah memakbulkannya sebagai doa kita yang tersirat...amin.

1 comment:

Anonymous said...

semua pengalaman merantau ni sangat berharga...terutama kepada anak-anak bila belajar subjek geografi...boleh la kongsi dgn kawan2 dan cikgu nanti.