Wednesday 4 June 2008

Berkelana ke Eropah: Austria

Bermalam di Austria, kali ini tapak perkhemahan lebih menarik dan ianya milik persendirian. Pemiliknya lebih peramah dan mesra. Manakala kaum bapa menyediakan khemah, anak-anak berlari riang. Sebilangan kaum ibu pula menghabiskan sebahagian malam menunggu giliran untuk mencuci dan mengeringkan baju.

Keesokan paginya kami bertolak ke Jerman lagi, melawat bandar Innsbruck, Austria. Di sana antaranya ada City gate dan kedai kristal terkenal SWAROVSKI. Di bandar ini juga terdapat landasan 'sky jump' yang dibina untuk kegunaan sukan Olimpik musim sejuk yang pernah di adakan di sini. Innsbruck bandar cantik. Banyak bangunannya dihiasi bunga-bunga yang mekar berkembang, sesekali tampak seperti bangunan yang sering dijadikan lukisan 'cross stitch'.




Gem 1 sempat pula ber'posing' dengan kereta ni...


Di depan kedai cenderamata


Bangunan berukiran cantik...klasik.


Bangunan ni ada bunga-bunga... menarik kalau dijadikan lukisan 'cross stitch'


Pemandangan sekitar bandar Innsbruck


Bandar Innsbruck berlatarbelakangkan gunung-ganang yang diliputi salji


Di dalam kedai kristal SWAROVSKI


Singgah sebentar di Mc Donald... makanan asasi bila melancong!



Boleh dikatakan setiap bandar yang dilawati, ada kereta kuda.. ini kereta kuda Innsbruck


Selesai melawat bandar Innsbruck..

Selepas selesai kami berlegar-legar di bandar, bertolak pula menuju ke tempat landasan 'sky jump'. Berikut salah satu pemandangan menuju ke tempat tersebut...



Inilah landasannya

Tamatlah lawatan untuk hari ini. Seterusnya kami bertolak ke Venice, Italy. Selamat tinggal Austria dan Jerman. Mungkinkah kami akan datang lagi? Hanya Allah yang mengetahui...

Berikut pemandangan ketika beredar dari Innsbruck:






No comments: