Dari Switzerland, kami bertolak ke negara akhir yang akan dilawati iaitu Peranchis. Kami menempuh perjalanan yang panjang untuk ke sana, merentas benua Eropah. Bermakna, seharianlah pula kami merengkok di dalam bas. Pun begitu, kami tidak sempat pula merasa bosan kerana terlalu asyik tidur dibuai mimpi. Sekurang-kurangnya, otot-otot badan yang hampir kematu setelah lebih dua minggu berkelana, dapat juga direhatkan buat seketika.
Dalam perjalanan, kami sempat singgah di Interlaken, satu lokasi di antara pertemuan dua tasik besar.
Interlaken
Lagi.. Interlarken
Seolah rendahnya awan menghampiri permukaan tasik
Lucunya... berbaris tunggu bilik air!!!Kami diberi dua hari untuk melawat Peranchis: hari pertama melawat sekitar kota Paris dan hari kedua melawat Disneyland.
Menuju ke kota Paris
Jalan di Paris
Hari pertama kami bermula dengan lawatan sepintas lalu mengelilingi kota Paris. Pihak penganjur menunjukkan lokasi-lokasi penting yang perlu dilawati. Banyak lokasinya... kami hanya mampu berharap moga-moga kudrat kaki mampu menjejaknya. Pemandu bas kami sempat pula menunjukkan terowong dan lokasi kemalangan Puteri Diana dan Dodi Al Fayed... emm... terowong tersebut hanyalah terowong biasa yang pendek dan bengkoknya hanya sedikit. Tidaklah ia mempunyai selekoh yang tajam dan kenderaan perlu ber'corner baring'! ... Mungkin ada benarnya teori konspirasi??? Wallahualam...
Kemudiannya, bas kami berhenti berdekatan dengan menara Eifel. Satu lagi mercu tanda yang telah lama berhajat untuk dijejaki. Hari itu kami sekeluarga meyempurnakan hajat kami dengan membeli tiket untuk terus sampai ke aras yang paling tinggi. Bayaran yang dikenakan menuju ke aras puncak dengan menaiki lif ialah 15 Euros untuk seorang dewasa.
Dari puncak Menara Eifel
Jauhnya Kuala Lumpur dari Menara Eifel ialah 10, 433 Kilometer!
Kota Paris diteropong daripada menara Eifel
Angin kencang! Terasa bergoyang-goyang... uiiii... gayat...
Bersama ahli kembara
Gem 6 menongkah menaraSelepas menawan menara Eifel, kami bersiar-siar di kota Paris. Kota Paris kota fesyen pakaian. Di sini, jika anda makan di kafeteria, duduk di meja yang berada di dalam yang berhawa dingin lebih murah harganya jika dibandingkan anda makan di meja yang berada di luar kafeteria. Ini adalah kerana penduduk di sini lebih gemar memperagakan dan berbangga dengan pakaian mereka untuk tatapan umum.
Kedai cenderamata

Berduyun-duyun pelawat beratur untuk menawan puncak menara Eifel
Kami kemudian beredar menuju ke destinasi seterusnya, muzium Duluth. Muzium Duluth memiliki potret Monalisa. Dalam perjalanan, singgah dulu bergambar di hadapan Muzium Sains.
Muzium Sains
Ramai yang ambil kesempatan berjemur di hadapan Muzium Sains ni...
Di kota Paris
Di hadapan bangunan Notredame...popular dalam cerita kartun si bongkok Notredame
Sekitar bangunan Notredame
Pintu masuk bangunan Notredame
Kota Paris besarrrr.... hampir kematu tapak kaki berjalan menyusuri kota ini tapi tidak juga mampu merangkumi semua lokasi popular yang patut dilawati. Hari sudah petang, potret Monalisa belum lagi dapat ditatapi. Dalam keadaan amat letih, kami berjalan laju menuju ke Muzium Duluth. Setiba kami di situ, waktu muzium dibuka cuma tinggal setengah jam. Kami masuk juga dengan membayar tiket 17 Euros untuk seorang dewasa.
Di hadapan Muzium Duluth
Didalam muziumpun terpaksa berlari-lari lagi untuk menuju ke ruang di mana potret tersebut berada. Hahhh... ini lah dia...
Potret Monalisa yang masyhur
Kecil saja...
Ramai yang merenung potret tersebut
Seterusnya, kami menghabiskan masa lawatan yang tinggal dengan meneroka isi muziumnya.
Banyak potret-potret bergayutan di dinding
Salah satu aras muzium
Tersadai keletihan di dalam muzium...
Salah satu aras dalam muziumSelepas Muzium Duluth, kami menuju pula ke sungai untuk menaiki cruise di waktu malam.
Di tepian sungai Paris
Menara Eifel di waktu senja
Bergemerlapan lampu menghiasi Menara Eifel ketika cruise yang kami naiki melewatinyaHari sudah malam, kami beransur pulang ke tapak perkhemahan. Penat sungguh kami berjalan hari itu tapi cuma mampu melewati sekelumit kota Paris.... banyak lagi lokasi dan khazanahnya yang tidak mampu dibongkari......