Wednesday, 18 November 2009

Ijazah Kehormat untuk Bonda

Ijazah Kehormat untuk mak di kala usia 74 tahun


Sempena hari konvo Ajun yang lepas, kami memakaikan Mak jubah konvo Ajun. Hajat kami.. biarlah.. kami anugerahkan mak sekalong penghargaan yang tidak terhingga untuk semua jasa-jasa mak. Lagipun, mana ada universiti di dunia yang akan menganugerahkan seorang ibu atau bapa kerana telah berjaya menjadi seorang ibu atau bapa yang baik. Malah .. tidak ada satu ijazahpun khas untuk kemahiran keibubapaan. Semua kita meredah hidup keibubapaan dan berkali-kali menghadapi ujian. Jatuh bangun, suka duka, susah senang tiadapun satu nilaian sebagai tanda aras. Biarlah kali ini kami menganugerahkan untuk mak... sebagai tanda mak sudah berjaya membesarkan kami..

Di mata kami.. mak adalah permata
Mak telahpun merentas zaman.. zaman Jepun .. Zaman Inggeris .. zaman merdeka..
Mak telah merentas susah... zaman serba manual, pasti menagih kudrat...
Mak telah merentas rasa.. suka duka.. susah senang ...
Untuk itu..
Kami anugerahkan mak Ijazah Kehormat untuk Bonda..
Doa kami.. moga diterima Allah menjadi satu bukti..
buat mak menempuh pintu Syurga..

Kami semua sayang Mak....

Thursday, 12 November 2009

The World's Little Star


Pada 20/10/2009 yang lepas, Gem 6 telah menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Hampir saban bulan sebelum hari jadinya tiba, beliau selalu berangan-angan tentang hari tersebut. Beliau juga meminta, "When it's my birthday.. please write an entry in your blog about me! Put the title like this... "The World's Little Star".. ". Malangnya.. kesibukan ke sana ke mari menjadikan entry tersebut tertunda..
For our "Little Star"..

This entry is dedicated to you..

For our "Little Star"..

We LOVE YOU SOOOOOOOO MUCH....


From daddy, mummy, sisters and brothers

Tuesday, 10 November 2009

Konvo Ajun

20 Oktober 2009 ialah Hari Konvokesyen Ajun. Tahniah untuk Ajun dari kami sekeluarga. Yang bagusnya.. sehari sebelum majlis konvo Ajun menghadiri satu sessi temuduga. Sehari selepas konvo, terus dapat keputusan yang Ajun telah berjaya mendapat kerja. Syabas!

Fikri, Mak Cik, Pak Cik dan Ajun di Majlis Konvokesyen UiTM

Gem 3 tumpang sekaki.. jadi jurufoto!

Monday, 26 October 2009

7 pounds vs. RM769

Minggu lepas sempat menjenguk IKEA bersama Mak Cik dan Pak Cik. Semasa melintasi kedai BRABANTIA, ternampak tong sampah 30 liter jenama itu. Tak rugi rasanya mengheret tong-tong sampah itu ke dalam kontena dulu.. Harganya di sini RM769!
Terasa-rasa mesti ada yang berkata alamakk... kenapa tak beli hari tu... (he..he.. teringat Laily!).

Thursday, 8 October 2009

Dikunjung dan Mengunjungi

Raya tidak habis lagi.. malah ketika cuti hujung minggu, jalan-jalan masih sesak. Tidak hairanlah jika sesetengah tetamu yang berkunjung akan berkata, "ini rumah ke enam untuk hari ni", "Ini rumah ketiga untuk hari ini"..... masing-masing membilang rumah di dalam kekenyangan.. jika boleh dan terdaya, semua jemputan rumah terbuka ingin ingin dipenuhi demi menjaga silaturrahim.

Minggu lepas kami juga dikunjungi tetamu. Ada saudara-mara ada sahabat handai. Emmp.. kalau saudara mara, ha.. senang ... mereka lebih suka bersantai di dapur .. bilik pelbagai fungsi kami. Semua 'self service'.

Dari atas dapur terus ke atas meja

Tetamu tersenyum... sambil membancuh air

Pada masa yang sama kami dikunjungi oleh orang jauh.. keluarga Pak Ya dan Fauziah. Lama sudah tidak berjumpa. .. banyak cerita...


Pak Ya dan Fauziah sedang menjamu selera


Pertemuan sahabat lama, Gem 7 dan Arif. Mereka berkongsi hari lahir yang hampir sama dan mempunyai pengalaman yang sama: iaitu memasuki 'Universiti' ketika dalam pantang!

Kami juga berkesempatan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. ada yang baru saja berjumpa di kampung.. kini beraya di rumah sendiri pula. Ada yang sudah lama tidak dikunjungi. walau bagaimanapun kami hanya mampu mengunjungi tiga buah rumah di tiga lokasi yang berbeza: Meru, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Gem 7.. tersadai kekenyangan selepas beraya di tiga buah rumah! Anak-anak dengan aktiviti mereka ketika ibu bapa asyik bersembang Ini di rumah Ani dan Fatah.. sepupu..
Anak-anak suka berlari-lari di sekitar rumah Ani
Hari ni hari Jumaat ..ahh.... esok beraya lagi!

Tuesday, 6 October 2009

Kami Titipkan Doa Untukmu (buat Gem 3 yang sedang menghadapi PMR)


Gem 3,

Kami titipkan doa buatmu,

Andai tika ini dirimu di dalam kegelisahan,
kami mohon Allah menenangkanmu
Andai tika ini dirimu di dalam kekususutan
kami mohon Allah meleraikan kusutmu

Kami mohon doa,
Jika sukar, moga Allah memudahkanmu
Jika salah, moga Allah membetulkanmu
Jika lupa, moga Allah mengingatkanmu
Jika kekeringan ilham, moga Allah memberi hidayah kepadaMu

Kami mohon doa,
Moga Allah menghiaskan fikiranmu dengan NurNYA
Moga Allah memeliharamu dengan NurNYA

Kami mohon doa,
Moga Allah meningkatkan darjatmu di dunia dan di akhirat
Moga Allah memberi kejayaan untukmu di dunia dan di akhirat

Kami mohon doa,
Moga Allah kabulkan mimpi-mimpimu di dunia dan di akhirat..
dengan kekuasaanNYA yang menjadikan sesuatu dengan 'Jadilah... maka Jadilah"

Amin.. Ya Rabbul Alamin

Dari kami,
Gem 1 dan Gem 2
Gem 4, Gem 5, Gem 6 dan Gem 7

Sunday, 27 September 2009

Merayakan Raya

Untuk merayakan Raya kali ini, seperti dulu-dulu .. mesti pulang beraya ke kampong. Acara tradisi.. biarlah ia berterusan begitu.

Kami bercadang untuk pulang beraya pada malam hari raya. Kononnya, untuk memberi peluang Gem 3 melangsaikan semua ulangkaji. Tapi semangat raya lebih tinggi.. kami bersiap lebih awal dan bertolak pulang selepas selesai solat Terawih pada hari Khamis.

Kami buat kejutan untuk Tok. Kami mengetuk pintu ketika Tok dan Mak Cik sekeluarga sedang lena... selepas bersahur.. kami pun terus lena. Bangun kesokannya... Tok yang bertugas sebagai Pengurus Besar hanya memberi arahan... hah.. mari.. mari... mari buat Halwa Maskat... lepas tu kita buat Dodol... lepas tu ... lepas ni... Pergh!... satu hari yang amat sibuk... Hasilnya cuma Halwa Maskat.. Gem 3 dengan setia membantu Tok dengan jayanya.

Esoknya, suasana menjadi lebih sibuk. Seawal pagi, Mak Cik sudah membawa pulang sedulang organ lembu - ada perut, jantung, daging, kaki, ekor... Tapi nampaknya Tok masih tidak berpuas hati.. katanya tidak ada organ limpa! Teringat kami iklan Petronas... rupanya sikap Tok sama seperti si ibu di dalam iklan tersebut... Nampak gayanya untuk puaskan hati Tok, kami kena heret pulang seekor lembu! Selepas memastikan kebanyakan persiapan telah siap, kami sempat berbuka puasa di kampong Gem 1, bersama Mak Ngah dan Kak Tiah. Rumah pusaka itu hanya diduduki ketika menjelang raya. Tahniah untuk Pak Long kerana biarpun Tok dan Tok Wan sudah lebih sedekad pulang ke Rahmatullah, keluarga Gem 1 (6 adik beradik) masih bersatu menyambut raya seperti dulu-dulu. Selepas berbuka puasa.. anak-anak bermain mercun dan bunga api dikepalai oleh BAPA masing-masing! (ini.. kes nostalgia... bapa-bapa yang lebih teringin untuk bermain mercun dan bunga api... he..he..he..). Kata Gem 7... "Best..best...best", sambil beliau melompat dan berlari-lari.. inilah kali pertama beliau merayakan Raya! Lepas bermain-main, kami balik semula ke rumah Tok.

Pagi raya selalu kelam kabut. Bangun.. bangun.. bangun...Cepat siap nak pergi masjid! Masing-masing bingkas bangun dan menunggu giliran yang panjang untuk mandi. Kemudian, rumah menjadi senyap dan sunyi.. yang tinggal hanya Gem 2 dan Tok. Pagi raya adalah unik.. yang datangnya dengan pelbagai rasa, berbaur nostalgia dan sayu. Apabila melihat kanak-kanak berkawan-kawan ke sana ke mari menjamu selera dan mendapat duit raya... ragam mereka adalah episod hidup kita yang sudah lama berlalu. Episod hidup kita seterusnya.. ialah melihat Tok di pagi raya. Keseorangan biarpun mempunyai 7 orang anak dan puluhan cucu-cucu... Seorang ibu mampu merayakan semua anak-anak.. tidak semua anak dapat merayakan seorang ibu...

Apabila masing-masing pulang dari masjid... sessi makan-makan dan ziarah-menziarahpun pun bermula.

Gambar Raya Tahun ni..


Mak Ngah dan Abang Jai sekeluarga


Pak Teh Sekeluarga

Mak Cik Sekeluarga

Deretan kereta di Sidam

Sampai di sidam, terus kena operasi kambing untuk makan-makan tengahari

Gambar beramai-ramai dengan sepupu-sepupu

Tidak lupa.. kami dikunjungi oleh anak-anak angkat ex-Notts kami... Husna, Mira dan Liew

Bursa Duit Raya di Sidam... kelam kabut!

Dua jejaka yang kami miliki..

Gem 7 dan 'Little Star' (gem 6)

Uh..uh.. sketsa menikmati juadah raya! (Anak Lily... ni kira taraf cucu saudara)