Thursday 20 August 2009

Marathon Ramadhan

Ramadhan datang lagi.. Syukur kerana Allah masih memanjang usia untuk meraikannya. Sedar atau tidak, meraikan Ramadhan adalah satu marathon.. satu perlumbaan fizikal dan jiwa. Berlumba dengan diri sendiri dengan melakukan pelbagai ibadah untuk mendapat rahmat Allah. Moga-moga pencapaian bagi Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Kata ustaz Aminuddin (Dewan Al-Ghazali, 9.00 pagi, 20/08/2009), dalam kekalutan pada hari Kiamat, tiadalah lagi pertolongan kecuali tiga perkara: Syafaat dari insan terpilih (nabi dan rasul), Al Quran dan PUASA. Orang yang puasanya diterima Allah, bertukar menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan. Allah telah menyediakan satu pintu Syurga.. Ar-Arayyan.. untuk dimasuki oleh hamba-hamba yang telah berpuasa keranaNya.

Oh Allah, jadikanlah kami pada Ramadhan kali ini sebagai peserta Marathon Ramadhan dari garis mula sehingga ke garis penamat. Kuatkanlah fizikal dan rohani kami untuk menyertai perlumbaan ini untuk mencari pintu-pintu kebaikanMu yang luas terbuka. Jadikanlah puasa Ramadhan kali ini sebagai teman kami yang paling istimewa disisiMu pada hari kami bertemu Mu nanti.
Amin. Amin. Amin.

Friday 7 August 2009

Air Yasin

Dulu-dulu, ketika berada di dalam darjah satu hingga enam, mak dan ayah secara rutin akan menyediakan 'air penawar' (air biasa yang dihembus dengan ayat-ayat Al Quran oleh orang-orang alim ketika itu). Kata mak.. moga dengan berkat ayat-ayat Al Quran dan dengan izin Allah, mudah-mudah anak-anaknya diberi keyakinan, tidak gentar, tidak lupa, diberi ilham, tidak gopoh dan mudah ketika menghadapi peperiksaan. Kadang-kadang mak bagi juga kami minum ketika kami demam atau sakit. Namun, tradisi itu telah dilupakan dan tidak diwarisi.

Minggu lepas, ketika kami mula berkumpul untuk membaca Yasin, tetiba Gem 4 bertanya "Can we make our own Air Yasin?". Lalu, saya cepat-cepat meminta beliau menyediakan sebekas air. Kamipun, sama-sama membaca Yasin dan menghembus perlahan-lahan sambil berdoa.. mudah-mudahan Allah memberi kami imuniti yang tinggi, dijauhi dari segala penyakit, dikeluarkan segala toksin, dihilangkan segala keresahan, diberi ilham dan ilmu.. dan panjang lagi doa-doa... Dalam hati berkata, kenapa tidak dijadikan rutin.. Kini, sudah seminggu, air Yasin terhidang di atas meja. Ada yang minum begitu saja, ada yang dicampur dengan oren atau bermacam perisa...

Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa-doa kami....

Tuesday 4 August 2009

Mencari Perlindungan

Akhir-akhir ini keadaan sekeliling agak gawat. Saban hari, rasa takut seakan berjalan seiring. Makhluk-makhluk kecil tapi ganas seakan berada di mana-mana dan menanti peluang untuk menyerang pada bila-bila masa. Hadir mereka dalam pelbagai bentuk.. namakan... SAR.. H1N1..Aedes.. pelbagai! Rasa takut membawa kepada satu pencarian yang wajib.. mencari perlindungan. Sesekali terlihat iklan Dettol dengan slogan 'Dettol protects' bagaikan ada yang tidak kena. Tambah-tambah apabila Gem 6 berkata "Mummy.. please buy us that product.. we want to bring it to school". Iklan itu nampak kecil, tapi kesannya besar. Dalam mencari perlindungan, kita seakan nampak yang zahir, yang boleh dibeli. Tapi, mengikut logik akal perlindungan yang dibeli itu tidak mampu utnuk digosok untuk semua... untuk suami, untuk anak, untuk mak, untuk kakak dan abang, untuk jiran, untuk sahabat, untuk pelajar-pelajar, untuk guru-guru, untuk guru-guru anak-anak... untuk semua.. huh! tidak mampu!!!

Jawapannya.. kita perlu mencari perlindungan yang hakiki iaitu perlindungan dari Allah, iaitu Tuhanku dan Tuhanmu. Tuhan yang memiliki apa yang ada di bumi, di langit, dan apa yang ada di antaranya. Tuhan yang mencipta dan menguasai makhluk yang nampak dan tidak nampak. Ya Allah.. lindungkanlah umat Muhammad.. lindungkanlah umat Muhamamad.. lindungkanlah umat Muhammad dari
•Bala dan wabak
•Kesusahan dan kedukaan
•Lemah semangat dan rasa malas
•Sifat pengecut dan bakhil
•Hutang dan kezaliman manusia
Amin..Amin... Amin...