Monday, 18 August 2008

Chessington World of Adventures + Zoo + Sea Life

Kami ke London lagi. Kali ini atas jemputan Fauzi, bekas rakan sekelas di MRSM Kulim dulu (lebih 20 tahun yang lampau!). Beliau bersama isteri (Dr. Siti) dan 4 orang anak, telah pun menjadi pemastautin tetap di bumi UK. Mulanya kami hanya ingin singgah sahaja ke rumah beliau selepas selesai urusan di Chessington theme park. Tapi beliau sekeluarga telah menyediakan dua bilik untuk kami sekeluarga bermalam, jadi kamipun berbesar hati untuk bermalam di sana. Oleh itu, kami betul-betul memaksimumkan masa di Chessington sehingga ke minit-minit terakhir park tersebut dibuka sebab sudah ada tempat yang berhampiran untuk sembahyang, makan dan bermalam (terima kasih daun keladi untuk mereka sekeluarga....).

Kami bertolak seawal mungkin untuk tiba di Chessington iaitu kalau boleh sebaik ianya dibuka. Perjalanan ke Chessington daripada Nottingham mengambil masa sekitar 3 jam. Alhamdullilah.. kami selamat tiba hanya selepas 10 minit ianya dibuka ... kira awal la tu...

Berikut gambar-gambar yang diambil sekitar Chessington World of Adventure, zoo dan sea life centre:

Bermula dengan dunia Dennis the Menace, menyertai Dodgem car

Gem 7 dengan rumah pokok Dennis

Kemudian, anak-anak (kecuali Gem 7), menaiki buaian ini

Buai tinggi-tinggi ... dah lebih cucur atap!

Kemudian, ke Dragon Land. Gem 7 sungguh gembira sehingga ketawa terkekek-kekek. Manakala Gem 3 sedang menunggu untuk menaiki roller coaster seorang diri

Row, row your boat... Gem 7 menyanyi-nyanyi

Melintasi jejambat gantung

Tiga Gems di atas pirate ship

Land of the Dragons

Gem 7 suka dengan Flying Dumbo

Gem 3 dilambung tinggi dan kemudian dijirus air pula sehingga basah kuyup

Gems berlima dengan kapal luncur

Kemudian kami semua menaiki Skywalk melintasi Zoo... keretapi ada tiga gerabak..ke semua untuk kami sekeluarga... beginilah kalau keluarga besar!

Melintasi taman-taman

Kemudian.. naik bot lagi.



Meninjau iguana

3 beranak ular sawa

Menyaksikan pertunjukan sea lion

Melawat harimau dan singa

Gem 1 kata.. tengok tu... banyaknya muatan di Gem 2.. belakang, kiri dan kanan

Lagi taman di sekitar zoo



Roary car!

Bye..bye Chessington park..

Kami kemudian bertolak ke rumah Fauzi di Greenwich. Setiba di sana, makanan yang lazat telah tersedia... emmp.. nikmatnya! Alhamdullillah. Kami bersembang sehingga lewat malam. Hajat di hati, kami ingin bangun awal dan berkunjung ke car boot sale di sini. Car boot di sini dibuka seawal 6 pagi! Teruja sungguh untuk ke sana...



No comments: