Saturday 14 April 2012

Hari ini.....

Wednesday 11 April 2012

Awet Muda

Topik "Awet Muda" tidak pernah hilang ditelan zaman. Saban hari sebahagian besar iklan di TV adalah untuk melariskan barangan awet muda. Entah.. saya tidak pernah berkira-kira sangat. Pada saya, ia sekadar iklan. Dan iklan selalu memaparkan si muda, jelita atau tampan. Tidak ada satupun model yang kekal abadi. Bila kerepot, ia tidak lagi muncul di dada TV!

Cuma kadang-kadang saya mengkagumi orang-orang yang dijumpai yang mempunyai wajah bersih. Bersihnya nampak berseri-seri. Lalu, jika didekati, ia bukan faktor luaran. Ia datang dari dalam. Ia datang bersama amalan yang mendekatkan diri pada Tuhan.

Beberapa hari lalu, ada yang datang menyapa. Biasalah jualan langsung yang menjual kapsul awet muda yang diperbuat dari Placenta. Aduhai... 

Lalu, saya meninjau-ninjau apa hukumnya. Saya tidak pasti. Dari jawapan yang ditemui dalam Website: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my. Inilah yang didapati:

Placenta Biri2 Yang Digunakan Sebagai Kosmetik

Soalan

Apakah hukum pemakaian placenta biri-biri sebagai kosmetik. Sebagai contoh pemakaian placenta oil di bahagian luaran.

Jawapan

Haram.... sebab ianya adalah bangkai dari segi hukum.

Apatah lagi jika memakan placenta sebagai kapsul!!!!!!

Berhati-hatilah. Jauhilah dari makanan haram atau yang meragukan. Memakan yang haram menjadikan hati hitam. Hati yang hitam tidak takut pada Tuhan. Tidak berbaloi untuk memperjudikan nasib kehidupan di alam yang kekal abadi. Sesungguhnya, kecantikan tidak akan kekal. Fitrah alam memang begitu.

Monday 2 April 2012

"Multitasking" Antara Tanda-Tanda

Multitasking merupakan satu istilah untuk menggambarkan sesuatu objek boleh melakukan pelbagai perkara di dalam satu masa. Ia salah satu istilah popular di dalam bidang sains komputer kerana selalunya komputer di zaman moden ini berkeupayaan melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa. Contohnya, ketika kita mendengar ceramah atau lagu dari Youtube, kita boleh pula sambil-sambil ber facebook dan pada masa yang sama kita menulis dengan menggunakan Microsoft word. Maka, multitasking merupakan salah satu kejayaan manusia dalam merekabentuk komputer yang boleh berkelakuan begitu. Keupayaan itu jika diperkatakan pada zaman dahulu kala, maka ianya akan dianggap satu keajaiban yang amat sangat. 

Dan kita hampir lupa bahawa sesungguhnya Allah telah menjadikan kita secara fitrah bermula dengan Nabi Adam (saw) sebagai seorang manusia yang wajib memikul beberapa tanggungjawab secara multitasking. Bayangkan di dalam sehari semalam, kita berpindah randah dari satu tugas ke satu tugas yang lain mengikut peredaran jam, hari, bulan dan tahun. Ada kala kita berfungsi sebagai hamba Tuhan, sebagai pengikut Nabi Muhammad, sebagai pekerja, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai cucu, sebagai ahli jawatan kuasa, sebagai... pelbagai. Maka keunggulan multitasking, secara fitrah datang dari Allah. Dan pelbagai tugasan kita berpandukan jadual peredaran bulan dan matahari, seperti yang tertera di dalam Surah Yunus berikut:

Surah Yunus
Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). (5) 
 
Maka, apabila manusia mereka-reka jadual tertentu dengan tujuan untuk mengawal tugasan-tugasan lain yang ditanggung oleh manusia lain pada waktu yang sama, apakah takrifnya itu? Contohnya, WAJIB melakukan hanya tugas-tugas khas di dalam sesuatu tempoh tertentu ATAU Tidak dibenarkan sama sekali (HARAM) melakukan sesuatu tugas lain di dalam tempoh ini...  Fikir semula... fikir semula ... apakah manusia ingin jadi Tuhan? Dan menafikan fitrah kejadian manusia yang sememangnya multi tugasan!