Wednesday 24 June 2009

Bulan Tidak Jatuh ke Riba

Minggu lepas, minggu 'menuai hasil'... hasil = Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama! Berdebar-debar rasa .. tak sabar nak tengok apa keputusan yang dibawa pulang. Pada ujian bulanan bulan Mac yang lepas, masing-masing bawa pulang huruf 'F' atau 'E' atau 'D'.. kalau tak satu, dua! Antara mata pelajaran yang corot ialah Bahasa Malaysia, Pengetahuan Ugama Islam dan Sejarah. Berkerut muka kami yang mendengarnya.. tapi kata Gem 6, "Don't worry mum, some of my friends have lower marks than mine for BM!".

Apapun, anak-anak semua berkeras... "Please don't send us to any tuition class!". Jadi, kami memberi peluang... OK, tiada kelas tuisyen .. tapi mesti buktikan kemajuan! Anak-anak mengalami masa yang sukar. Banyak perkara yang telah tertinggal. Memahami sesuatu pelajaran dan menjawab soalan adalah dua perkara yang berbeza. Apatah lagi di dalam suasana 'yang lebih mementingkan tatabahasa dan grammar'! Sehinggakan Gem 4 yang menulis huruf 'l' dalam bentuk tulisan sambungpun, cikgu minta diberhentikan tabiat itu .... katanya.. "Kalau tidak .. potong markah sebab nampak ada ekor macam huruf 'L' besar'!

Gem 3 = Ketinggalan mata pelajaran tingkatan 1 dan 2.

Gem 4 = Kira OK sebab baru tingkatan satu.. tapi telah kehilangan asas darjah 3,4,5 dan 6.

Gem 5 = Hilang asas darjah 1,2 dan 3.

Gem 6 = Hilang asas darjah 1 dan 2.

Kesemuanya terkial-kial...

Sebelum peperiksaan, kami minta mereka meletak sasaran. Mesti ada kedudukan relatif sasaran. Lalu, masing-masing meletakkan sasaran .. ada yang kata top 10, top 15, top 20. Dalam hati ada juga berkata-kata... kalau lulus semua mata pelajaran pun sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Bayangkan.. mereka hanya ada enam bulan sahaja untuk menukar bahasa dan budaya dalam sistem pembelajaran yang berbeza.

Minggu lepas kami ke sekolah rendah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ternyata ada pembaharuan dari sistem yang dulu. Kali ini kami menerima sehelai kertas laporan, pasti dalam bentuk angka dan huruf sahaja. Lain-lain pencapaian sosial dan sahsiah tiada dalam skop laporan. Cuma jika ditanya, cikgu akan menjawab. Sesuatu yang lucu.. maklumat perangai Gem 4 saya dapati dari ibu seorang kawannya (dalam masa sejam berbaris menunggu giliran)! Keputusan 'angka' dan 'huruf' anak-anak adalah di luar jangkaan. Alhamdullillah..dalam kepayahan mereka dapat bangun.. Mereka berjaya meraih apa yang di luar sasaran:

Gem 3 = First

Gem 4 = First

Gem 5 = First

Gem 6 = ? (he..he.. katanya .. "I'm shy") ... tapi peratusnya OK, paling buruk.. 'B'!

Syabas... kedudukan yang relatif itu walaupun tiada makna dalam sijil tapi dapat meningkat keyakinan diri yang tinggi..

Usaha pasti perlu diteruskan.. seiring dengan doa yang tidak putus-putus. ... kerana yang pasti Bulan tidak jatuh ke riba.. Allah telah menetapkan hukum alam - kitalah yang perlu berusaha mengubah nasib kita sendiri..dengan segala daya usaha dan kekuatan seiring dengan doa dan mimpi-mimpi...

Tuesday 16 June 2009

Sehari di Drayton Manor

Entri kali ini sepatutnya sudah lama ditulis, tapi tidak berkesempatan. Walaubagaimanapun, entri ini merupakan kenangan yang signifikan.. perlu juga diabadikan di dalam blog. Drayton Manor adalah destinasi terakhir yang sempat dilawati sebelum dijemput pulang ke Malaysia. Ianya merupakan satu-satunya tempat yang masih meniti di mulut Gem 7.. tentang Thomas dan Percynya. Ini kali kedua kami ke sana, setelah kali pertamanya terpaksa pulang apabila pengunjung terlalu ramai.

Seronok kerana nak pergi tengok Thomas...

Selepas dapat masuk.. terus menerpa ke Thomas.. jadi orang pertama dapat naik Thomas hari tu..

Kemudian.. jumpa Percy jugak..

Selepas naik Thomas.. berhenti dan bersiar-siar dalam zoo

Merayau-rayau dalam zoo.. ha..ha.. tema baju merah...

Kemudian .. tunggu Gem-Gem dibuai tinggi dan laju... Gem 7 dok terkapok atas dokongan.. takut..

Tunggu Gem 4, Gem 5 dan Gem 6 menggelongsor dalam terusan air.. nun di atas sana..

Kepenatan menunggu giliran..


Ha.. ha... dah melentok.. penat.


Gem 1 dan the boys dalam cable car

Gem 3 sedang dihayun dalam kapal lanun


Kami di dalam bot mengilingi tasik..

Puas hati Gem 7 dapat bermain-main dengan semua geng Thomas

Usap kepala Thomas



Boys dan si Merah


Bersama si Merah

Baru lepas menaiki Harold

Nampak pulak Percy di bawah

Penguin..

Penguin lagi...

Ha.. Penguin ni senang untuk didekati

Penguin-penguin lagi..

Berhenti sekejap untuk makan dan minum..

Bergegas untuk pulang..
Seronoknya bersantai di Drayton Manor. Tidak sangka pula ianya merupakan destinasi terakhir yang dapat dilawati. Cuti penamat bagi satu penghijrahan yang panjang. Drayton Manor masih meniti di bibir Gem 7. Entri kali ini adalah dedikasi untuknya kerana ini tempat pilihan beliau untuk bercuti.

Wednesday 3 June 2009

'Sleep Over'

Semalam kami menerima kunjungan Laily dan Mus sekeluarga. Tujuan asal mereka untuk mengikuti majlis konvokesyen yang berlangsung di UiTM. Kata Laily, "Kak .. boleh tak nak bagi anak-anak 'sleep over' kat rumah akak?". Lama sungguh rasanya tidak mendengar istilah 'sleep over'. Beberapa tahun lalu, aktiviti sleep over adalah acara wajib untuk anak-anak ketika musim cuti persekolahan. Sebelum cuti sekolah, anak-anak akan merancang rumah siapa yang akan menjadi mangsa aktiviti sleep over. Selalunya, pada sebelah petang, ibu bapa kawan anak-anak akan datang ke rumah untuk menghantar anak-anak mereka untuk aktiviti itu. Macam-macam aktiviti diadakan - rancangan anak-anak. Mereka akan tidur pada larut malam, pernah juga tidak tidur semalaman.

Semalam, berlangsunglah aktiviti sleep over. Aktivitinya masih sama, lokasinya yang berbeza. Tapi kali ini, bukan setakat anak-anak saja, ibu dan bapa pun sleep over juga!! Ketika anak-anak berlari ke sana ke sini, ibu bapa berceloteh tidak berhenti-henti...

Ketika melambai mereka pulang, Laily pun bertanya "Kak.. bila nak sleep over ke rumah kami?" Aduh... aktiviti sleep over kali ini, sudah melampaui sempadan negeri..!!! Bukan seperti berlegar antara jalan-jalan di sekitar Forest Field!!!!