Friday 6 June 2008

Berkelana ke Eropah: Itali - Rom

Selepas Venice, kembara kami seterusnya menuju ke kota Rom, ibu negara Itali. Perjalanannya mengambil masa yang agak panjang. Di dalam perjalanan, kami dihidangkan dengan tayangan DVD 'Gladiator'. Barangkali mengambil sempena melawat bangunan Colloseum di Rom nanti.

Kami tiba di tapak perkhemahan agak awal. Ada masa santai untuk berkumpul dengan rakan-rakan seperjalanan. Sesekali gelak tawa berderai apabila ada yang bercerita kisah lucu yang dialami sepanjang perjalanan kami.


Deretan khemah para peserta kembara

Khemah kami, yang pertama, terletak bersebelahan jalan

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami telah bertolak menuju ke kota Rom. Dalam perjalanan menuju ke stesen keretapi, pihak penganjur telah mengedarkan peta kota Rom yang mengandungi lokasi utama untuk dilewati. Setiba di stesen keretapi, terkejut sungguh melihat keadaan keretapinya. Saya bayangkan kota besar ini pasti mempunyai keretapi yang gemerlap berkilau. Malangnya, jangkaan saya amat jauh meleset. Keretapinya, walaupun laju, buruk dan kotor! Apabila berjalan, mata terpaksa melirik ke kiri dan kanan, orang-orang di sekeliling mencurigakan. Ada beberapa insiden ahli kembara kami cuba diragut.


Destinasi pertama, kami menuju ke Vatican City. Vatican City merupakan antara negara terkecil di dunia yang mendapat pemerintahan autonomi. Kedudukannya di kota Rom, tetapi mempunyai sistem pemerintahan tersendiri. Di sinilah, tempat pope besar Kristian bermastautin. Entah secara kebetulan atau memang ditakdirkan begitu, berada di Vatican City terasa panas berbahang. Puas membeli air mineral yang menjangkau 3 Euro setiap botol (hampir RM 12)!

Pintu masuk ke negara kecil, Vatican City

Vatican City, dipencilkan dengan binaan tembok-tembok ini

Pancutan air di tengah-tengah medan Vatican City


Cuaca panas berbahang, walaupun ramai pelawat, kebanyakan berada di dalam bangunan


Luasnya tidak seberapa, tapi impaknya pada dunia amat besar


Kami tidak berada lama di sini, hanya sekadar menjejak kaki dan mengetahui tentang kewujudannya. Selepas berehat sebentar menghilang lelah, kami memulakan langkah menuju ke bahagian lain kota Rom.

Berihat sebentar akibat kepanasan......

Ketika kami beredar, pelawat makin berpusu-pusu menuju ke pintu masuk Vatican City.

Berbondong-bondong menuju ke pintu masuk


Sekitar bandar Rom

Kami dikhabarkan ada bazaar yang perlu dilawati. Dengan penuh semangat kamipun mencari dan akhirnya berjumpalah......... ha.. ni lah dia... teruk sikit dari kat Padang Besar.....!!!



Kemudian, berjalan lagi. Kali ini menuju pula ke Colloseum.

Pintu masuk ke stesen keretapi

Ini pula bab tertipu... Di pintu masuk ke Colloseum, ada beberapa kumpulan yang berpakaian ala pahlawan 'gladiator'. Asal bergambar sahaja dengan mereka, kita perlu membayar sebanyak 15 Euro! Dah tu yang panas hatinya, guna kamera kita sendiri. Lihatlah gambar di bawah, inilah hasilnya... tak sempat betul-betul fokus, dah kena 'snap'. Kemudian mereka cepat-cepat meminta bayaran. Oleh kerana masih terkial-kial mengira duit, agak lambatlah sikit saya membayar...disambarnya terus dari dalam dompet... memang dasar 'brutal'!


Ini kenangan 'panas'

Kami masuk ke Colloseum. Kena bayaran jugak.. kena tunjuk passpost, dapatlah harga 20 Euros (untuk dua orang dewasa, anak-anak percuma, nasib baiklah jugak...)

Pemandangan dalamnya


Sisinya


Di dalamnya lagi..


Dan ini lagi...

Di luar

Badan masing-masing dah mula lemah dan kaki dah lengoh. Tapi digagahkan jua untuk ke destinasi yang terakhir yang kami mampu, iaitu ke tempat yang diberi nama 'thousands stairs'. Tapi nak ambil gambar pun kena fikir jugak kat sini sebab banyak patung-patung....

Gambar macam tak cukup.. nak elak ambil gambar patung-patung ukiran

Setakat itu sahaja sebahagian kota Rom yang sempat dilawati, mengikut keupayaan langkah kaki kami.......

Kesimpulannya, kota Rom ialah bandar klasik yang dipertahankan keklasikannya. Mungkin kerana ia masyhur pada suatu masa dulu, ianya dikunjungi pelawat yang bertali arus. Jika diberi pilihan, mahukah kami berhijrah ke sini? Nehe.. No... tidakkkkk.........!

No comments: