Showing posts with label Itali. Show all posts
Showing posts with label Itali. Show all posts

Thursday, 12 June 2008

Berkelana ke Eropah: Itali - Nice

Pulang daripada Monte Carlo, Monaco, kami singgah lagi di Itali. Kali ini ke bandar tepian pantai, Nice. Nice tidak sehebat Cannes. Kamipun tidak sempat bersiar-siar dengan lebih lama disebabkan masa yang diberikan untuk singgah di sini tidak lama. Selain daripada sempat menikmati pancake ala Itali, masa selebihnya digunakan untuk mencari restoren MacDonald. Berkunjung ke MacDonald tidak semesti membeli produknya, tetapi lebih kepada tujuan mengambil air sembahyang. Petang itu kami bersembahyang di bawah pokok di taman yang berhampiran pantai Nice.

Perjalanan menuju ke bandar Nice

Tepian pantai Nice

Mengabdikan papan tanda

Peta bandar Nice

Tuesday, 10 June 2008

Berkelana ke Eropah: Itali - Cannes

Destinasi seterusnya ialah melawat bandar Cannes, Itali. Lokasi bandar Cannes di pinggir laut. Cannes terkenal dengan pesta filem yang masyhur, diadakan saban tahun di sini. Barangkali, hadiah paling berharga buat seorang pengarah filem mungkin dapat berjalan di atas 'red carpet' di dalam pesta filem tersebut.

Di pinggiran laut Cannes, banyak kapal-kapal layar berlabuh

Berderap langkah menuju ke filem festival venue... tengok luar saja la.... bukan waktu pesta!!

Inilah bangunan yang gah sangat tu!

Boleh jugak jalan atas 'red carpet' he..he.. walaupun tak pernah buat filem!

Pantai Cannes yang cantik

Walaupun tak sempat jumpa pesta filem.. tapi ada jugak 'real filem' kat belakang...


Pesta manusia ..jarak dekat...!!!


Ada satu yang istimewa di sini.. seolah-olah ada pertandingan mereka pasir

Dah penat... berehat sebentar sementara menunggu waktu pulang ke khemah

Berkelana ke Eropah: Itali - Pisa

Selepas ke Rom, kami sempat pula menuju ke bandar Pisa, Itali. Apa yang istimewa di sini? Hah.. apa lagi .. menara Pisa la.. Selalu tengok iklan dalam surat khabar.. melancong ke Pisa. Terdetik rasa ingin ke sana.. Hari ini kami dijejakkan kaki ke sini... sebaik sampai di sini.. ohhh.. ini kah menara Pisa???!!!! Letaknya bangunan pisa bersebelahan dengan gereja. Bagi saya, ianya lebih indah khabar dari rupa. Yang indah cuma sengetnya.
















Ada pasar pula bersebelahan dengan Pisa.



Friday, 6 June 2008

Berkelana ke Eropah: Itali - Rom

Selepas Venice, kembara kami seterusnya menuju ke kota Rom, ibu negara Itali. Perjalanannya mengambil masa yang agak panjang. Di dalam perjalanan, kami dihidangkan dengan tayangan DVD 'Gladiator'. Barangkali mengambil sempena melawat bangunan Colloseum di Rom nanti.

Kami tiba di tapak perkhemahan agak awal. Ada masa santai untuk berkumpul dengan rakan-rakan seperjalanan. Sesekali gelak tawa berderai apabila ada yang bercerita kisah lucu yang dialami sepanjang perjalanan kami.


Deretan khemah para peserta kembara

Khemah kami, yang pertama, terletak bersebelahan jalan

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami telah bertolak menuju ke kota Rom. Dalam perjalanan menuju ke stesen keretapi, pihak penganjur telah mengedarkan peta kota Rom yang mengandungi lokasi utama untuk dilewati. Setiba di stesen keretapi, terkejut sungguh melihat keadaan keretapinya. Saya bayangkan kota besar ini pasti mempunyai keretapi yang gemerlap berkilau. Malangnya, jangkaan saya amat jauh meleset. Keretapinya, walaupun laju, buruk dan kotor! Apabila berjalan, mata terpaksa melirik ke kiri dan kanan, orang-orang di sekeliling mencurigakan. Ada beberapa insiden ahli kembara kami cuba diragut.


Destinasi pertama, kami menuju ke Vatican City. Vatican City merupakan antara negara terkecil di dunia yang mendapat pemerintahan autonomi. Kedudukannya di kota Rom, tetapi mempunyai sistem pemerintahan tersendiri. Di sinilah, tempat pope besar Kristian bermastautin. Entah secara kebetulan atau memang ditakdirkan begitu, berada di Vatican City terasa panas berbahang. Puas membeli air mineral yang menjangkau 3 Euro setiap botol (hampir RM 12)!

Pintu masuk ke negara kecil, Vatican City

Vatican City, dipencilkan dengan binaan tembok-tembok ini

Pancutan air di tengah-tengah medan Vatican City


Cuaca panas berbahang, walaupun ramai pelawat, kebanyakan berada di dalam bangunan


Luasnya tidak seberapa, tapi impaknya pada dunia amat besar


Kami tidak berada lama di sini, hanya sekadar menjejak kaki dan mengetahui tentang kewujudannya. Selepas berehat sebentar menghilang lelah, kami memulakan langkah menuju ke bahagian lain kota Rom.

Berihat sebentar akibat kepanasan......

Ketika kami beredar, pelawat makin berpusu-pusu menuju ke pintu masuk Vatican City.

Berbondong-bondong menuju ke pintu masuk


Sekitar bandar Rom

Kami dikhabarkan ada bazaar yang perlu dilawati. Dengan penuh semangat kamipun mencari dan akhirnya berjumpalah......... ha.. ni lah dia... teruk sikit dari kat Padang Besar.....!!!



Kemudian, berjalan lagi. Kali ini menuju pula ke Colloseum.

Pintu masuk ke stesen keretapi

Ini pula bab tertipu... Di pintu masuk ke Colloseum, ada beberapa kumpulan yang berpakaian ala pahlawan 'gladiator'. Asal bergambar sahaja dengan mereka, kita perlu membayar sebanyak 15 Euro! Dah tu yang panas hatinya, guna kamera kita sendiri. Lihatlah gambar di bawah, inilah hasilnya... tak sempat betul-betul fokus, dah kena 'snap'. Kemudian mereka cepat-cepat meminta bayaran. Oleh kerana masih terkial-kial mengira duit, agak lambatlah sikit saya membayar...disambarnya terus dari dalam dompet... memang dasar 'brutal'!


Ini kenangan 'panas'

Kami masuk ke Colloseum. Kena bayaran jugak.. kena tunjuk passpost, dapatlah harga 20 Euros (untuk dua orang dewasa, anak-anak percuma, nasib baiklah jugak...)

Pemandangan dalamnya


Sisinya


Di dalamnya lagi..


Dan ini lagi...

Di luar

Badan masing-masing dah mula lemah dan kaki dah lengoh. Tapi digagahkan jua untuk ke destinasi yang terakhir yang kami mampu, iaitu ke tempat yang diberi nama 'thousands stairs'. Tapi nak ambil gambar pun kena fikir jugak kat sini sebab banyak patung-patung....

Gambar macam tak cukup.. nak elak ambil gambar patung-patung ukiran

Setakat itu sahaja sebahagian kota Rom yang sempat dilawati, mengikut keupayaan langkah kaki kami.......

Kesimpulannya, kota Rom ialah bandar klasik yang dipertahankan keklasikannya. Mungkin kerana ia masyhur pada suatu masa dulu, ianya dikunjungi pelawat yang bertali arus. Jika diberi pilihan, mahukah kami berhijrah ke sini? Nehe.. No... tidakkkkk.........!

Thursday, 5 June 2008

Berkelana ke Eropah: Itali - Venice

Dari Jerman, kami mengembara lagi ke Venice, Itali. Venice, bandar romantik. Menjadi destinasi pilihan bagi pasangan yang mampu, untuk berbulan madu. Tak sangka pula kaki ini dapat menjejak ke sana, tapi setelah beranak empat! Pun begitu, amat bersyukur kerana dapat menjejak kaki dan tidak lagi merasa cemburu kepada mereka yang telah ke sana. Venice juga terkenal dengan lelaki bernama Casanova yang dipenjarakan di sini. Casanova terkenal dengan kelicikannya menawan perempuan-perempuan. Ohh... baru tahu kenapa kita guna istilah lelaki casanova!

Perjalanan kami ke Venice agak mencabar. Permukaan muka bumi yang bergunung-ganang menjadikan lebuh raya sering disulami dengan terowong dan kadang-kadang bas bergerak di tebing jurang yang dalam. Berikut beberapa pemandangan yang sempat dirakam di dalam perjalanan.



Di dalam bas, duduk di barisan hadapan, nampak jelas pemandangan di hadapan


Lebuh raya, menuju ke Milano, Itali


Tapak perkhemahan kami kali ini di Venice. Sebelum tiba lagi ke Italy, pihak penganjur memberi amaran berkali-kali supaya berhati-hati di Itali. Katanya ramai penyeluk saku di Itali dan banyak nyamukKKK.....! Tapi yang pasti, cuaca di Itali terasa panas dan rimas. Bila dah sampai, memang banyak nyamuk dan nyamuk di sini sungguh 'brutal', sekali gigit, bengkaknya besarrrr...


Keesokan paginya, kami berjalan kaki menuju ke pengkalan. Dari situ, ambil bot ke bandar Venice.

Di dalam bot menuju ke Venice


Di dalam bot

Bandar Venice, pandangan dari seberang

Dah sampai Venice. Venice bandar unik, sesak dan penuh dengan terusan. Kami tidak dibekalkan peta untuk menjelejah pulau ini untuk tempoh yang agak panjang, sehari suntuk. Kata pihak penganjur: ".. ada peta pun akan sesat juga". Jadi, kami pun teraba-raba. Sah.. sesat memanjang. Jalannya bersimpang-siur, belok kiri, belok kanan.. boleh pening dibuatnya.


Venice...kaya dengan terusan


Jalan di dalam bandar ini sempit dan padat dengan pelawat


Di tengah-tengah medan San Marco


Banyak burung-burung merpati di medan San Marco ni...


Baru beli jagung..nak jamu burung

Baru boleh jamu burung....

Ramai orang, burung pun banyakkk...


Berlatarbelakangkan gondola ... perahu terkenal di Venice.. mahal ooo.. nak naik, 90 Euro satu pusingan!


Gondola dari dekat... kadang-kadang ada hiburan di atas gondola


......seindah lukisan

Pencetus ilham buat artis jalanan...


Dah penat jalan dan sesat, berehat sebentar ....


Jambatan terkenal di Porto De Marco


Venice, yang sibuk


Ini pula bazarnya, tempat membeli-belah


Pemandangan cantik sekitar Venice


Salah satu terusan, laluan gondola dicelah-celah rumah


Tampak cantik dan tenang




Hentian gondola, gondola berlabuh menanti pelawat




Bergambar bersama pemakai topeng Venetian, sejenis topeng yang popular di Venice


Selepas seharian bersiar-siar di Venice, kami kembali ke khemah. Selamat tinggal Venice. Pengalaman memakan pizza yang lazat rasanya dalam cuaca yang panas masih terasa... Kalau ada peluang, nak pergi lagi ka? ...Umm.... tak payah lah kut...