Monday 18 January 2010

Antara Dua Penghujung

Minggu lepas kita dikejutkan dengan dua kes antara anak dan bapa. Nasib kedua-dua bapa sama sahaja, ditinggal oleh anak sendiri... yang satu di sebuah perhentian bas.. yang satu lagi pula, di sebuah pusat dialisis. Apakah sudah jadi satu fenomena atau hanya rentak akhbar... Selalunya.. laporan akhbar memang begitu, kalau kisah kemalangan... maka esok kisah kemalangan .. lusa kisah kemalangan; kalau kisah kebakaran.. maka esok kisah kebakaran, lusa kisah kebakaran.. Sketsa di dada akhbar tidak merungkai misteri dan realiti hidup. Dalam kes ini, apakah si anak derhaka atau si bapa pernah berdosa atau dek kesempitan hidup yang telah meragut nilai kemanusiaan. Tidak pasti dan tidak mahu dianalisa di sini. Kadang-kadang roda hidup berputar. .. yang di atas kerap jua jatuh ke bawah.

Cuma kes tersebut boleh menjadi teladan dan sempadan .. bahawa jika Allah mengabulkan doa kita untuk dianugerahkan umur yang panjang sehingga mencapai usia tua.. maka ketika kita meniti hidup di penghujung itu, cuma ada dua pilihan: sihat + segar atau sakit + lemah. Manakah kesudahan yang menjanjikan hidup yang lebih baik? Sungguh, nikmat kesihatan yang baik sering berlalu begitu saja. Untuk sihat, tidak cukup sekadar mengucap syukur ... keringat perlu ditabur untuk menghalau toksid jahat yang menyerang pada darah dan urat saraf. Di penghujung hidup.. hanya ada dua pilihan. Kedua-dua pilihan itu ada digenggaman kita!

Ya Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umur kami pada akhirnya
Sebaik-baik amal di akhirnya
Sebaik-baik masa kami ketika kami berjumpa Engkau di hari Kiamat
Ya Allah,
Sesunggunya kami berlindung diri kepadaMU dari kekafiran, kepapaan, kesedihan, kegagalan dan seksa kubur.
Amin.

2 comments:

kak cahaya said...

sungguh kak..!!!biarlah sebaik2 pengakhiran. Semoga sentiasa didalam redhonya..Aminn

SevenDrops said...

Salam Cahaya..

Mudahan-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah sebelum mati, semasa mati dan selepas mati!

Amin..