Monday 7 September 2009

Ramadhan kali ini ....

Ramadhan kali ini adalah benar-benar satu marathon fizikal dan rohani. Mudah-mudahan biarlah ianya berterusan begitu. Dulu, Ramadhan datang dan pergi dipenuhi dengan aktiviti duaniawi. Sebahagian besar tenaga yang susut dihabiskan dengan langkah-langkah ke Bazar Ramadhan demi Bazar Ramadhan... atau bersesak dan berhimpit demi pasang-pasang baju baru atau menelek menu berbuka demi menu berbuka di hotel itu dan ini dan akhirnya terlantar kekenyangan di situ. Tarawih dan al Quran acap terbiar. Puasa = lapar = tidak larat! Berbuka = kenyang = juga tidak larat! Ruginya.. sungguh.. aku di antara yang kerugian. Syukurlah aku masih bernafas... sempat menghirup udara Ramadhan sekali lagi.. Terima kasih Allah.

Ramadhan kali ini menyaksikan perlumbaan..antara cucu dan nenek, antara sepupu, antara anak dan ibu, antara isteri dan suami, antara rakan sekerja... Syahdunya..

Pagi tadi.. sebaik selesai bersahur.. Gem 5 terus meluru ke sudut permainan digitalnya. Lalu, saya katakan padanya, "Tahukah... Ramadhan seperti satu permainan digital. Kita berlumba -lumba untuk mencapai paras kemenangan yang lebih baik. Kita mengejar markah-markah tambahan dalam waktu yang singkat? Ya.. Ramadhan bagai satu permainan digital.. di kiri kanan, di depan dan belakang, di atas dan bawah.. Allah membuka pintu-pintu bonusNya yang berselerak. Kita perlu mengutip rahmat itu lagi dan lagi sehingga Ramadhan tamat". Gem 5 terdiam... perlahan-lahan beliau berkata... "ohh.. that's why we have to perform Tarawih prayers..and hajat..and read Quran?... to gain the bonus from Allah?"

Saya menguji lagi... "Why do we need the bonus?". Lalu beliau menjawab "We need a SMART TAG to Syurga!". Ahh.. anak-anak dunia sekarang.. analogi yang diberi perlu selari dengan zamannya. Suatu ketika dulu.. ketika bercerita tentang kenapa kita perlu melakukan sesuatu ibadat supaya kita dipercepatkan kiraan ketika Hari Hisab dan boleh masuk ke Syurga lebih pantas.. lalu Gem 5 menyampuk .. "Ohh we have to do that so that can go to Syurga faster like we can go through the highway faster if we have the SMART TAG thing in our car?"....

2 comments:

teratakmuslaily said...

kak, jemput ke tmn mekar raya nie.. muntak maaf zahir batin.. mintak halal makan minum...

SevenDrops said...

Laily,

Buat open-house... kami serbu beramai-ramai...