Scotland terletak di utara England. Apabila diajak oleh 'Sherif of Nottingham' dan Farah untuk sama-sama bercuti ke Scotland, kamipun bersetuju. Malah Sharif sendiri tolong menempah karavan di Haven Holiday untuk kami. Percutian kali ini agak unik kerana disertai oleh lebih kurang sembilan keluarga dari Nottingham... uih... meriah sungguh. Walaupun kesemua keluarga akan menuju ke tempat penginapan yang sama, setiap keluarga bebas memulakan perjalanan masing-masing pada hari atau waktu yang dipilih. Cuma sesekali di dalam perjalanan, masing-masing saling bertanya khabar. Kami memulakan perjalanan seawal pukul 6.00 pagi. Perjalanan ke Scotland mengambil masa lebih kurang 6 jam. Jika keluarga Sharif memilih ke Scotland melalui New Castle dan keluarga Pak Ya memilih melalui Lancaster, kami pula memilih jalan tengah. Kenapa kami memilih jalan tengah?... Kami ingin berjumpa dengan seketul batu besar...
Kami akhirnya tiba di lokasi yang dimaksudkan. Seketul batu besar telah dijadikan sebagai satu simbol sempadan antara England dan Scotland. Ketika kami tiba di situ, angin bertiup kencang dan cuaca sungguh sejuk... mimik muka dan gaya di dalam gambar-gambar berikut menceritakan keadaan tika itu.
Dari sempadan, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi percutian yang terletak berhampiran dengan bandar Edinbrugh. Banyak pemandangan yang mengasyikkan ketika kami menyusuri jalan-jalan menuju ke tapak karavan...
Kami tiba di tapak karavan, Haven Holiday, lewat petang. Sebaik selesai mengemas barang-barang, anak-anak meluru ke kolam renang. Bila sudah kesejukan, barulah mereka beredar. Sebaik tiba di perkarangan yang disewa oleh keluarga-keluarga melayu... aduhai...bau kari ayam, sambal tumis, ayam goreng yang bercampur-baur semerbak menerjah ke hidung...
Keesokan harinya, awal-awal lagi kami telah bertolak menuju ke St Andrew. St Andrew terkenal dengan padang golfnya yang masyhur.
St Andrew terletak berhampiran bandar Dundee. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di ladang ini untuk membeli bekalan seperti telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan ais krim buatan sendiri... hmmmm.... macam suasana dalam cerita-cerita pengembaraan Enid Blyton...
Melintasi ladang 'rapeseed', sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan minyak masak.... hamparan kuning terbentang luas
Akhirnya, kami tiba di St Andrews
Sempat pula singgah di 'botanic garden' nya. Gambar-gambar sekitar botanic garden:
Selepas merayau-rayau sambil menikmati keindahan botanic garden, kami kemudiannya menuju terus ke destinasi utama: padang golf St Andrews! Selepas ini, kalau melihat Tiger Wood beraksi di sini di dalam tv, nostalgia lawatan ke sini akan muncul kembali. Gambar-gambar sekitar St Andrews:
Selesai melawat sekitar bandar St Andrews, kami menuju pula ke bandar Dundee. Bukan apa.. sekadar ingin melihat bandarnya yang sering dicerita oleh bekas jiran kami yang pernah melanjutkan pelajaran ke sini.
Setelah kepenatan meredah ke pinggir laut Scotland semalam, hari ini kami mengambil keputusan untuk melawat sekitar bandar Edinbrugh sahaja, yang letaknya berdekatan dengan tapak karavan. Untuk melihat pemandangan sekitar bandar Edinbrugh, ada yang memberi petua supaya kami ke suatu puncak. Berikut gambar-gambar bandar Edinbrugh diambil dari puncak tersebut:
Kami kemudian menuju pula ke pusat bandarnya, di mana terletaknya satu kota yang popular. Berikut gambar-gambar sekitar bandar Edinbrugh:
No comments:
Post a Comment