Hari ini hari terakhir musim persekolahan 2007-2008. Kemungkinan besar hari ini merupakan hari terakhir mereka bersekolah di sini selepas empat tahun lebih berada di bumi Nottingham. Sekolah Claremont ada nilai sentimental di dalam hidup kesemua Gem. Warga Claremont (guru, staf dan murid-murid) yang mesra dan ikhlas menghulur ukhwah melangkaui sempadan ugama, negara, bangsa dan bahasa. Masih terngiang-ngiang tangis Gem 6 diribaan guru, masih segar terbayang Gem 5 dipeluk rakan-rakan bagi menghilangkan kerisauan melalui hari-hari mula di bumi asing, masih tergambar di ruang mata Gem 4 dipimpin oleh rakan-rakan terutama si Sacha Marie dan masih terpahat dingatan Gem 3 menempuhi kesukaran mengejar pelajaran yang tertinggal namun mampu melaluinya dalam keriangan. Masing-masing telah melalui kehidupan dengan penuh yakin dan riang biar terbatas dek bahasa dan budaya. Tiba-tiba terasa empat tahun amat pantas berlalu... Kesemua Gem telah membesar sambil diasuh dengan nilai-nilai murni sistem pembelajaran di sini yang pastinya amat berbeza dengan sistem yang bakal mereka tempuhi nanti.... dan tidak mungkin akan sama selagi teras perbelajarannya tidak sama iaitu antara 'belajar untuk hidup' dan 'belajar untuk periksa'. Bukan sahaja teras dan sistem akademik yang amat berbeza, tetapi juga sikap individu yang terlibat di dalam sistem pendidikan juga berbeza, antara 'melakukan kerja kerana minat, bersungguh-sungguh dan amanah' atau 'melakukan kerja kerana terpaksa dan lebih berpaksi pada nilai ringgit yang diterima'. Selagi sistem dan manusia tidak berubah, tidak mungkin negara kita akan memiliki 'suasana persekolahan yang santai' - tanpa tuisyen, tanpa masa ulangkaji yang panjang di rumah, tanpa bantuan timbunan buku-buku kerja, tanpa 'homework' atau tanpa perlu menjinjing beg buku yang berkilo.
Meniti hari-hari persekolahan yang berlalu, tidak terjangkau dek akal bagaimana kesemua Gem melaluinya... bermula dengan segala-galanya 'tidak tahu'..kini.. mereka masing-masing memiliki kebolehan akademik melebihi paras purata kebangsaan UK (UK National Average Level) dan berjaya menempatkan diri di dalam kumpulan pelajar 'Gifted and Talented'. Hanya Allahlah saja yang dapat membalas jasa-jasa guru-guru, staf dan sahabat handai mereka dengan memberi hidayah kepada mereka semua. Yang pasti segala rentetan pengalaman dan kenangan pasti terlekap di ingatan kesemua Gem untuk selamanya selagi hayat dikandung badan.
Gambar-gambar terakhir di Claremont.......
Dah terlambat sampai kat sekolah... nak cepat-cepat ke kelas Gem 6.. tapi si mak James ni nak bersembang pulak...
Dalam perjalanan, terjumpa Gem 4 dan 6, la... dah keluar kelas rupanya... tanya Gem 6 , "Where're your friends"... biasala... dia jawab "I don't know.... they went back already"
Berlari ke Nursery untuk jumpa guru-guru lama - Miss Beldham, Miss Jabeen dan Miss Shilton.. tapi yang ada cuma Miss Beldham... Gem 6 bagi kad "Dear Miss Beldham, I had fun in Nursery and thank you for taking care of me..."
Close up ... Gem 6 dan Billie
Berikut gambar-gambar daripada kamera Gem 4:
Tara
Simron dan Nafeesa
Kiren
Gabriela dan Daisya
Antara rakan kelas Gem 4
Gem 4 di waktu 'play time'
Miss Smailes - guru popular
Rakan kelas Gem 4
Gem 5 dan Lucas
Gem 5 dan Lucy
Award Winners - Art Competition for designing back of a bus
Kemeriahan dalam kelas Gem 4
Lucy + Gem 6 and her best friends
Gem 5 and his best friends - Sherfi and Lucas
Gem 4 dan Kiren
Sekitar kawasan sekolah:
Di depan rumah, bersama piala dan hadiah yang dimenangi
Pulang dari sekolah
Selepas pulang dari sekolah Claremont
Berikut gambar-gambar daripada kamera Gem 4:
Simron dan Nafeesa
Kiren
Gabriela dan Daisya
Antara rakan kelas Gem 4
Gem 4 di waktu 'play time'
Miss Smailes - guru popular
Rakan kelas Gem 4
Gem 5 dan Lucas
Gem 5 dan Lucy
Award Winners - Art Competition for designing back of a bus
Kemeriahan dalam kelas Gem 4
Lucy + Gem 6 and her best friends
Gem 5 and his best friends - Sherfi and Lucas
Gem 4 dan Kiren
Sekitar kawasan sekolah:
Di depan rumah, bersama piala dan hadiah yang dimenangi
Pulang dari sekolah
Selepas pulang dari sekolah Claremont
No comments:
Post a Comment