Friday, 25 July 2008

Parklife 2008

Setiap tahun, Nottingham City Council menganjurkan acara keluarga untuk daerah-daerah di dalam jajahan takluknya. Tahun ini, acara tersebut yang dikenali sebagai Parklife, dimulakan dengan daerah Forest Field. Walaupun ianya bermula pada pukul 11.00 pagi, kami sudah sampai ke tapak tersebut sejam lebih awal (semangat terlebih!). Banyak aktiviti yang boleh dijalankan secara percuma: wall climbing, sliding, pertunjukan puppet, senam robik, pemeriksaan kesihatan..dan lagi..dan lagi...

Berikut gambar-gambar sekitar Parklife 2008, di padang Forest Field:



Gem 4 di seksyen 'circus training'

Gem 6 di syeksen 'circus training'

Gem 7 sedang menikmati pisang yang diperolehi oleh Gem 2 sebab 'skipping' satu minit

Mereka menanti Gem 7 untuk bergambar, tapi Gem 7 dah lari....

Bersama-sama belon 'heart 106'

Singgah sebentar di seksyen ini untuk bermain badminton

Angin kuat..jenuh mengejar bulu ayam

Ceria untuk sessi 'sliding'

Gem 4,5 dan 6 memanjat

Emmpph... dah penat, berkira-kira untuk pulang...

No comments: