Hari berikutnya, kami berhajat ingin bersantai di tapak karavan dengan melakukan aktiviti renang dan bermain-main di sekitar taman permainannya. Tapi, apabila kami mendapati hampir kesemua peserta rombongan Cik Kiah telah pun memulakan perjalanan untuk merentas bumi Scotland, terasa pulak kami akan ketinggalan. Lalu, dalam masa yang singkat kami bergegas meninggalkan tapak karavan untuk ikut serta menjelajah bumi Scotland. Tumpuan pertama ialah untuk sampai ke pergunungan bersalji yang menaja aktiviti sukan ski. Malangnya, mengikut laporan perserta Cik Kiah yang telah sampai ke tempat tersebut, mereka hanya dapat memerhati tapak ski dari dekat, tapi tidak dibenarkan turun daripada 'mountain train' yang mereka naiki, kami pun membatalkan niat untuk ke sana.
Kami meneruskan perjalanan menghampiri tasik Loch Ness, tasik paling besar di Scotland yang popular dengan cerita 'monster'nya. Berikut gambar-gambar di sekitar tasik Loch Ness. Kebetulan pula terjumpa keluarga Pak Ya yang sedang berhenti di sekitar tasik ini.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan merentasi kawasan tanah tinggi bumi Scotland yang dikenali sebagai 'highland'. Perjalanan merentasi kawasan ini amat menarik. Selain daripada diselangi ladang biri-biri, terowong kecil dan tasik-tasik, terdapat juga pemandangan gunung-gunang yang kemuncaknya diliputi salji. Berikut gambar-gambar sepanjang perjalanan merentasi kawasan tanah tinggi Scotland.... baru sekarang terasa kenapalah hanya sedikit sahaja gambar yang dirakamkan. Barangkali sudah pening....
Kami menempuh perjalanan yang panjang iaitu melebihi 12 jam perjalanan. Dua kenangan yang masih mampu mengusik jiwa: Pertama, ketika minyak kereta sudah hampir habis dan kami berada di kawasan sunyi yang seakan tiada stesen minyak. Terpaksalah pula berpatah balik ke bandar yang terdekat yang telah ditinggalkan tadi. Kedua, pada waktu yang sama, bekalan makanan kami telah habis. Semua perut sudah berkeroncong. Apabila kereta kami melintasi satu bandar kecil di Port Madog, ternampak lambang McDonald.. anak-anak berteriak ...MCDONALDDDDDDDD...! Sampai sekarang, kami masih terasa Fish Burger McDonald di situ adalah yang paling sedap di dunia!!!!!!!
Kesokan harinya kami bertolak balik ke Nottingham. Sempat juga singgah di outlet Edinbrugh Crystal. Kami ditunjuk bagaimana gelas crytsal diukir. Mahal harga kristal-kristal tu... cuma mampu beli rantai ......
Kesokan harinya kami bertolak balik ke Nottingham. Sempat juga singgah di outlet Edinbrugh Crystal. Kami ditunjuk bagaimana gelas crytsal diukir. Mahal harga kristal-kristal tu... cuma mampu beli rantai ......
Kemudian, dalam perjalanan, kami singgah pula di pameran kapal terbang Concorde yang telah 'dibersarakan'. Merasalah juga berada di dalam kapal Concorde.... Berikut sekitar lawatan ke Home of Concorde'.
Kami meneruskan perjalanan lagi... bukan senang oi... enam jam perjalanan yang tiada trafik jam.. Bila letih, kami singgah sebentar di bandar New Castle. Berikut sekitar bandar New Castle:
No comments:
Post a Comment