Semalam Gem 1 dan Gem 5 telah menyertai segelintir kaum bapa (+ anak lelaki) Nottingham untuk aktiviti memancing . Gerombolan ini terdiri daripada Gem 1 + Gem 5, Muzammil + Ilham, Zamri + Ikram, Baha + Adli, Dr. Khairul dan Midon. Mereka bertolak dari rumah seawal pukul 5.30 pagi untuk berkumpul dan bertolak ke Bangor, Wales. Ada di antara mereka yang bercita-cita tinggi... 'seorang paling kurang 50 ekor!' ... (he... he.. isteri Midon melaporkan). Saya pula ingin membuka gerai jual ikan!... maka nanti akan berduyun-duyunlah penduduk Nottingham akan datang membeli belah pelbagai jenis ikan di rumah kami..... Lalu gementarlah 'nelayan Nottingham' (Mus + Laili) mendengar perkhabaran tersebut, sedangkan mereka baru seminggu menjadi nelayan Nottingham!
Berikut paparan perjalanan gerombolan Nottingham memburu ikan-ikan di laut Bangor, Wales:
Berkumpul sebelum bertolak ke Bangor
Sampai di Menai Bridge, Bangor, untuk menangkap ketam
Beginilah aktiviti menangkap ketam
Ini hasilnya
Inilah Menai Bridge, lokasi milik Marine Science, University of Bangor
Gems di sekitar tempat memancing
Ini pula lokasi memancing, tebing tinggi nun jauh di sana
Dah mula memancing... anak-anak pun bergembira...
Gaya mesti ada.... ikan? Belum tentu!
Sekitar lokasi memancing
Tangkapan tidak seberapa... tapi makanan yang dibawa banyakkk...
Gem 5 bangga dengan hasil tangkapannya....
Close up... ikan milik Gem 5
Cantiknya bumi ciptaan Tuhan
Pemandangan unik, kerdil perahu di lautan luas terbentang
Sibuk memancing ... rupanya ramai lagi peserta dari lain-lain tempat
Berjam-jam.. masih di sini
Gayat............!
Ada juga aktiviti sampingan
Longlai melangkah pulang
Tapi anak-anak ini pasti enjoy... satu pengalaman, satu kenangan
Pertama kali... boys day out!
Merangkak menuju ke tempat perkhemahan
Tempat memancing yang ditinggalkan
Dah siap berkhemah pulak
Nun di sana mereka berkhemah
Kata Gem 5... basah sebab ambil air sembahyang!
Sabar menunggu ikan dipanggang
Membelek hasil tangkapan (yang tidak seberapa!!!)
Bersantai...
Indahnya bumi milik Tuhan
Bersiap-siap untuk berangkat pulang
Mengabadikan lokasi perkhemahan
Singgah memancing lagi..
Gem 5 di sebalik rumput-rumpai
Gem 5 bersama pancingnya
Gerombolan nelayan Nottingham selamat pulang ke bumi Nottingham. Kami di rumah menanti keriangan. Sesampai di rumah, banyaklah barang-barang yang perlu diangkat masuk... ku cari dan ku cari ... namun seekor ikanpun tidak kutemui... wa..wa... macam mana nak jual ikan nih!!!
No comments:
Post a Comment