Monday, 5 January 2009

Menutup Tirai 2008

Tahun 2008 amat signifikan dalam hidup kami sekeluarga. Selepas dikejutkan dengan keputusan viva saya, kami sekeluarga terpaksa melalui halangan dan kesukaran yang mencabar mental dan fizikal. Sukar sungguh untuk membuat keputusan untuk terus tinggal di bumi Nottingham bila tiada gaji dan biasiswa. Apatah lagi simpanan yang tinggal makin mengecil. Kami tidak putus-putus berdoa. Seluruh anggota keluarga diajak sama-sama berdoa dan bersembahyang hajat semoga Allah memudahkan urusan hidup dan mencukupi rezeki kami. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah, mintalah padaNya, pasti Dia Mendengar. Jika dihitung dan ditulis satu persatu, pasti kami tidak mempunyai wang cukup untuk meneruskan perjuangan. Tapi kami dicukupkan dan diberi kemudahan sehingga menyelesaikan satu urusan yang sukar.
Alhamdullillah.

Selepas bertungkus lumus selama beberapa bulan, akhirnya sesuatu yang sukar dan memenatkan dapat jua diselesaikan. Sambil-sambil menunggu keputusan, kami sempat bersantai ke sana ke mari. Sehingga tiba lah surat 'jemputan' untuk pulang ke Malaysia. Bayangkan dalam masa dua minggu kami memerah tenaga untuk berkemas dan berangkat pulang. Kami memohon kekuatan dan kemudahan menguruskan segalanya secara tergesa-gesa. Akhirnya, mendaratlah kami kembali di bumi Malaysia. Alhamdullillah.

Sekembali ke sini, hidup semakin huru-hara. Raya makin hampir. Rumah tidak siap. Tapi Allah jua yang Memudahkan segalanya. Kami ditumpangkan rumah, diberi pinjam kenderaan, dan ditemu dengan kontraktor yang agak mudah untuk berurusan. Sebaik tirai 2008 ditutup, keadaan hidup yang huru-hara semakin reda.

Detik-detik yang memenatkan.... 1. Menilai pelajar master (he..he.. sekarang kita pula jadi taraf examiner...) 2. Menilai projek dan report pelajar degree 3. Mengendalikan majlis forum 4. Menghadiri bengkel 5. Menghadiri kursus PTK yang lebih penat daripada belajar PhD!..... aduih... banyak sungguh rentetan peristiwa di bulan Disember. Tapi akhirnya, ada juga sedikit masa untuk bergembira. Cik Pah dan abang Bakar (kakak dan abang ipar - terima kasih!!!) telah menaja percutian tiga hari dua malam di Penang. Mereka telah menyewa tiga buah apartment tiga bilik untuk empat keluarga termasuk Tok. Meriah sungguh! Satu apartment, untuk masak dan makan-makan. Tok pilih untuk duduk di apartment ini, katanya "mudah nak makan". Dua apartment lagi, untuk tidur sahaja. Memandangkan kesemua apartment di aras yang sama, anak-anak keluar masuk ke sana-sini sesuka hati. Paling seronok, ada kolam renang yang tidak perlu protokol. Pakailah apa sahaja. Tapi di papan kenyataannya terpapar "swim at your own risk"! Kami berenang dari tengahari sampai petang. Kekadang, ada ahli keluarga yang membawa makanan untuk anak-anak yang kelaparan tapi sayang nak tinggalkan kolam renang.

Setiap pagi (dua pagi aje!), kami yang dewasa berjogging di tepi pantai, sekitar dua kilometer. Fuh! seronok sungguh.... hilang segala kekusutan dan kerunsingan sebelum memulakan semester baru dan anak-anak pula memulakan musim persekolahan setelah bercuti sejak bulan Julai 2008!


Pemandangan Penang dari atas Feri. Cantik juga Penang ye!... rasa macam berada di Monaco! Sebelum naik feri, Gem 7 bertanya "How can a car go on a boat"? Terkejut kami mendengar pertanyaan spontan dari mulut kecilnya. Lalu kami menjawab, "We'll see later"? Selepas berada di dalam feri, kami meminta Gem 7 menceritakan semula proses kereta naik feri. Anak kecil ini berfikir tentang logik rupa-rupanya....

Ada juga 'yatch' berlabuh....


Menunggu kunci apartment



Memulakan sessi berendam


Yang tua dan yang muda


Mengambil angin petang di pantai


Anak-anak kena tolong timbus pasir


Main air dan pasir

2 comments:

mrshenri said...

All the hard work paid off akak!!! Membaca coretan akak ni tak pasal-pasal saya terasa macam ada satu beban yg berat dapat dilepaskan (mungkin tumpang gembira tengok kejayaan akak setelah segala cabaran yg terpaksa dilalui). Alhamdulillah dan tahniah untu akak. 2008 yang penuh barakah untuk akak. Mudah2an 2009 nanti lebih baik untuk akak dan tahun 2009 ni pula rezeki saya untuk pass PhD ni. Tolong doakan saya kak ek. Selamat Tahun Baru 2009 dan 1430H untuk akak sekeluarga.

SevenDrops said...

Salam izan,
Akak memang akan terus mendoakan untuk yang sedang berjuang. Semoga Allah longgarkan segala kekusutan dan kepayahan. PhD telah membuat akak lebih mendekati Tuhan dan percaya Dia amat hampir dgn kita. Kekadang kita dapat solve problem dengan jalan yang tak pernah disangka. Selamat berjuang Izan... akak dengar khabar izan dah nak hampir ke penghujung!!!!! Pulun jgn tak pulun.....