Tuesday, 31 March 2009

Di Penghujung Jalan... Yang Aku Temui...

Hari ini tiba-tiba rasa ingin bergurindam.. bakat yang bukan terpendam tapi memang padam. Barangkali ada kaitannya dengan sekeping surat yang kuterima dari jauh. Sebaik aku membuka surat yang mengandungi sehelai kertas tebal A4 yang ber cap 'mohor' dan bertandatangan 'senat', akupun tiba-tiba rasa ingin mencoret sedikit gurindam...
Dalam hijrah yang panjang
Ku telah tempuhi lorong gelap yang berliku
Kerap benar aku tersadong batu-batu
dan aku sering ber 'adoiiii!' sendiri
Kerap benar aku disekat oleh tembok-tembok buntu
dan akupun merintih, merayu-rayu dan menyebut-nyebut nama Tuhanku..
Kerap benar aku hampiri putus asa
pabila yang dicari tidak ku jumpa-jumpa..
Kerap benar aku diduga dan hampir hilang upaya
Lalu dengan keperitan itu aku selalu bayangkan
Pabila nanti aku di puncak sana aku akan memiliki segalanya .. tidur yang lena.. rasa teruja
pasti puas darjah teratas..
Hari ini.. aku membelek kertas A4 yang kuterima
penanda dugaan bersilih menjadi hanya kenangan silam
Hari ini aku tanya aku.. apakah yang aku rasa
Jawab aku pada aku.. aku cuma terasa kerdil..
sekerdil 'setitis air di lautan' (A Drop of Water in the Sea)
Pada kertas A4 yang tertera sijil paras tertinggi
rupa-rupanya tidak membuatkan aku gagah, terbilang dan gemilang
Sebaliknya telah membawa aku jatuh di kaki langit dan menyaksikan lautan-lautan mega
ilmu milik Tuhanku
Pada kerta A4 yang tertera sijil paras tertinggi
rupa-rupanya membawa aku menghampiri Tuhanku....

7 comments:

me said...

TAHNIAH DR IRA

I believe ini masih bukan penghujung untuk u .. selagi kita bernafas selagi itu ada perjuangan .. cuma caranya mungkin berbeza .. cabarannya pun berbeza

Zalmiyah said...

Memang itu la anugerah yg terbaik buat kita kak.. kenal diri dan kenal Tuannya... Manusia mcm kita ni memang selalunya macam tu.. bila ada masalah, kita bersungguh2 merintih utk bebas dr masalah.. seolah2 itu lah penyudahnya.. padahal kita tahu masalah/ujian Allah tu akan sentiasa bersama kita, sebab itu la medium utk mendekatkan kita kpdNya. Ujian itu juga tanda kasih sayang Allah. Tapi atas kelemahan diri sendiri, kita selalu rasa tertekan dgn ujian...

Izan, baru baca pasal ayah Izan. Dah ok ke? Kg Izan kat JB rupanya.. kat area mana tu? Kalau balik kg, jemput la singgah rumah akak kat Pulai Perdana (0177384684).

Lailypun sama, bila nk turun JB? Mai la amik bekas ASDA yg letak nasi ayam awak tu... Nak tunggu saya pi hantar mungkin lambat sikit kot.. sebab zaman "kelam-kabut" belum berakhir.. bahkan dah semakin terdesak.. he he.. macam K.Nas kata la, tak sabarnya nak bebas dari belenggu ini.. Laily, percaya tak, nasi ayam awak tu sampai ke London tau, tahan 2 hari, buat sahur lg seisi keluarga kat Traveloge. Klu cuaca M'sia, tentunya dah basi..

Anonymous said...

Salam,
Tahniah officially DR. Kak it is not the achievement that contribute to your betterment, it is the process i.e. the journey that makes who we are today. The achievement is just a ticket for better career ..insyaallah...

Semoga lebih banyak bersedekah atas ilmu yang dipinjamkan Allah ni..sok kat Akhirat ditanya pula apa dah dibuat dengan ilmu ni...ni juga cara nak cari saham akhirat...selamat memberi....

Farah Sharif...yang tengah dok perah otak nak buat soalan final exam..jenuh....nak buat soalan dan nak buat jawapan..labu ..oh labu..he..he..he...

SevenDrops said...

Salam Me and Zal,
Yang dimaksudkan di penghujung jalan.. refer pada perjalanan pi study... panjang dan berliku. Masa tak lepas dulu, dok rasa itulah hari yang paling bahagia.. tapi bila dah habih, ianya cuma hari biasa... namun di penghujung perjuangan tu.. jumpa ilmu sikiittt. Tapi jumpa 'masa' untuk mengenali Allah.

SevenDrops said...

Farah,
Kah..kah.. macam aku juga rupanya.. tengah dok berlegar-legar nak buat soalan final untuk next semester!

cahaya said...

tahniah kak!!!...memang berbaloi

SevenDrops said...

Salam Cahaya,

Thank you... lama tak dengar crita.. enjoy your life over there...