Pada pagi 16/2/2010, ketika kami bersarapan, Pak Teh memberitahu kami yang mereka akan melawat ladang anggur di Tasik Beris, iaitu lebih kurang 30 minit daripada rumah Tok. Pak Teh mempelawa kami ikut serta. Tapi, kata saya " Pergilah dulu.. kalau buahnya manis dan ladangnya cantik.. kami akan pergi keesokan harinya". Lalu, Pak Teh pergi bersama anak-anaknya Amalina dan Athirah. Sebaik petang, Pak Teh datang lagi ke rumah Tok sambil membawa seuncang anggur hijau tidak berbiji. Kami pun merasa... umppph... manis dan rapuh... bagai tidak percaya anggur itu dipetik dari ladang di Malaysia. Tapi Pak Teh membawa bukti-bukti gambar yang menarik!
Keesokannya, kami bangun awal. Pak Teh juga akan pergi sekali lagi. Mak Cik, Pak Cik, Ajun, Pak Ngah dan Mak Ngah juga akan ikut serta. Cuma Tok yang keberatan. Puas dipujuk, Tok memberi pelbagai alasan. Akhirnya.. Gem 3 dapat memujuk Tok ikut serta. Sesampai ke destinasi, kami terus membeli anggur sebelum masuk ke ladang. Buah-buah di ladang tidak boleh dipetik! Kami bernasib baik kerana dibenarkan bebas berkeliaran di dalam ladang berkenaan. Agaknya mereka melihat anak-anak tidak mengganggu tanaman mereka! Inilah kali pertama kami melawat ladang anggur YANG BERJAYA, di negara sendiri pula. Sungguh, bagai tidak percaya.. buah-buahnya lebat dan segar. Ladangnya berteknologi.... katanya menggunakan teknologi Thailand. Dari jauh .. nampak seperti ladang-ladang yang biasa kelihatan suatu ketika dulu! Tidak menyesal lawatan kali ini.....
Gem 4 dan Pak NgahKeesokannya, kami bangun awal. Pak Teh juga akan pergi sekali lagi. Mak Cik, Pak Cik, Ajun, Pak Ngah dan Mak Ngah juga akan ikut serta. Cuma Tok yang keberatan. Puas dipujuk, Tok memberi pelbagai alasan. Akhirnya.. Gem 3 dapat memujuk Tok ikut serta. Sesampai ke destinasi, kami terus membeli anggur sebelum masuk ke ladang. Buah-buah di ladang tidak boleh dipetik! Kami bernasib baik kerana dibenarkan bebas berkeliaran di dalam ladang berkenaan. Agaknya mereka melihat anak-anak tidak mengganggu tanaman mereka! Inilah kali pertama kami melawat ladang anggur YANG BERJAYA, di negara sendiri pula. Sungguh, bagai tidak percaya.. buah-buahnya lebat dan segar. Ladangnya berteknologi.... katanya menggunakan teknologi Thailand. Dari jauh .. nampak seperti ladang-ladang yang biasa kelihatan suatu ketika dulu! Tidak menyesal lawatan kali ini.....
Gem 3 di bawah lembayung anggur
Gembira sungguh Gem 7 didukung abang Ajun
Gembira sungguh Gem 7 didukung abang Ajun
Gem 6 bersama poster 'Tasik Beris Grapes'
Buah anggur lebat di atas kepala, tangan menyeluk uncang anggur yang di bawa
Tok sungguh teruja... katanya.."Inilah kali pertama tok lihat pokok anggur yang berbuah!"
4 comments:
teruja tgk keseburan ldg tu kak...kat mana tu kak?
p/s akak ...gembira tgk rakan2 lama kita dah berggelar Dr...kami ni masih struggle...(w/pun saya x study...tp berpeluh gak tgk gelagat cik abg tuh..). Doakan kami yg masih berjuang
Kak Cahaya,
Ladang tu kat Kedah... dekat rumah mak akak.
Pasal PhD tu... you all tak cukup 'haul' (tempoh) lagi... relax le... InsyaAllah.. mudah-mudahan kejayaan akan datang jua!
kak bila nak balik lagi Kedah? nak ikut fruit picking..he..hee...
Aku bil atahu niza dah lepas...rasa cam aku pulak yang dapat phd....tolong rasa lege..he..heee
farah sharif
Salam Farah...
Fruit Picking? Fruit Seing!!!! Keh..keh... Boleh... tapi nya jadual selalu tak sama!
Pasal Niza... memang kita pun menraik lafas lega... aduhai.. tumpang gembira pada rakan yang telah berjaya!
Post a Comment