Thursday, 5 February 2009

Bilik Pelbagai Fungsi

"Bilik dapur merangkum bilik pelbagai fungsi" - itulah yang ingin saya miliki. Dulu, saya 'buta huruf' tentang bab rumah dan hiasan. Perjalanan menghabiskan PhD, mendekatkan saya dengan pelbagai ilmu sampingan seperti bab barang perhiasan, reka bentuk dalaman, pinggan mangkuk, perabot, masakan dan lagi..dan lagi..dan lagi.. Mengenang kembali susur galur hidup sepanjang 'berjuang selama lebih 4 tahun', rupanya tidak sia-sia. Banyak ilmu yang dikaut secara tidak langsung - kebanyakannya di perolehi melalui buku-buku yang bersepah dijual di carboot. Dalam banyak-banyak buku, satu hari saya terselak satu muka surat yang memaparkan idea untuk menjadikan bilik dapur sebagai bilik pelbagai fungsi. Alasan penulisnya, dapur adalah ruang yang paling banyak kita menggunakannya. Untuk wanita (seperti saya yang tidak pernah mempunyai pembantu rumah), banyak masa perlu dihabiskan di sana - basuh pinggan, basuh baju, memasak ... dan pada waktu yang sama anak-anak keluar masuk sambil mengheret homework. Si kecil pula sibuk menunjukkan itu dan ini. Jadi sekiranya, dapur hanyalah dapur.. pasti kehadiran mereka amat merimaskan (tambahan lagi di sini panas oii...!). Lalu, saya menanam impian, saya ingin memiliki dapur pelbagai fungsi - satu ruang yang sesuai untuk semua. Apabila saya menyatakan hasrat saya ini, ada di antaranya yang berkata "rumah tu banglo ke? Kalau setakat rumah teres dan tengah - tak payah le berangan... angankan saja untuk memiliki banglo!!!" Walaupun ada benarnya kata-kata itu dan saya agak kecewa, tapi otak dan hati masih mengharap agar impian tersebut menjadi kenyataan di rumah sekangkang kera yang kami miliki ini.


Alhamdullillah. Berkali-kali dalam hidup ini Allah telah memakbulkan angan-angan saya. Kini, dalam rumah sekangkang kera ini, kami memiliki dapur pelbagai fungsi. Dapur ini menjadi tumpuan utama apabila masing-masing pulang ke rumah. Di situ, kami makan, berbual, menonton tv, bermain dan ada yang meluangkan masa untuk membuat 'homework' - yang paling istimewa, sambil basuh pinggan pun boleh tonton tv! Hah... macam mana? Kah..kah.. kah... dengan menggunakan 'teknologi' refleksi - Refleksi tv ke tingkap menjadikan tv tertera di tingkap dapur. Jadi, sambil basuh pingganpun, boleh tonton tv! Demikianlah, tanda-tanda kekuasaan Allah. Dia berkuasa memakbulkan doa-doa dengan cara yang tidak pernah diduga...


Semasa dapur yang sekangkang kera ini diubahsuai (pun.. saiznya masih sekangkang kera!), saya memberitahu kontraktor, "Handy, saya nak dapur saya ada 'island'!". Apa kata Handy.."Dapur ni sempitlah.. tak sesuai ada 'island'!". Tapi saya buat juga 'island' sendiri dengan hanya menggunakan meja yang bernilai RM100+. 'Island' saya dapat juga menempatkan seekor ikan laga dan cawan-cawan. Di bawahnya.. ada berlonggok harta karun!

Di sudut kabinet yang berbentuk 'L', boleh letak benda-benda yang digunakan ketika memasak...

Kami menginginkan kaunter.. ye lah.. kerusi dah beli kat carboot.. nak letak kat mana??! Dapat jua akhirnya.. ada empat kerusi 'high' - tempat untuk bersantai sambil makan ais krim!


Kat carboot hari tu sempat 'tangkap' satu rocking chair... ha.. di dapur multi fungsi ini, ada juga sudut untuknya... ni saya dah booking!!!


Ni ada sebuah kerusi malas.. kerusi ni Gem 1 dah booking! Ada tv kat depan.. ada meja kat kiri... sesuai sungguh untuk bersantai sambil menanti makan malam!

Ini pemandangan sebahagian dapur kecil kami... di tingkap berdepan dengan sinki.. ada 'teknologi refleksi' - boleh tengok tv sambil basuh pinggan!

Ini pula meja makan 'pine' dengan empat kerusi.. kedudukannya berkembar dengan 'island' dan kaunter..... meja ni kekadang jadi tempat makan.. kekadang jadi meja buat homework
Ini pula sudut untuk tv. Tv dah ada.. perabot nak letak tv - tak ada lagi.....






10 comments:

Anonymous said...

hehehe kaknas... dapo kaknas mmg cantik giler!!! simple tapi multi-functional... sekali pandang pun dah jatuh cinta ngan dapo kaknas... the best part is, suma peralatan kat dapo tu uk mari!!! tu yg paling berharga tu!!! dan yg lagi best tu siap leh gantung gantung gelas lagi tu kat kaunter tuuuuu....

SevenDrops said...

Salam Laily,

Aduiii tq..tq... Laily... tak de le cantik sampai gilerrrr... cuma berfungsi gilerr!


k.nas

NURAZZAH8 said...

bila nak jemput kami house-warming ni kat rumah you..??? one of the fridays...okay...

SevenDrops said...

Salam azzah,

He..he.. tu tengah dok fikir...InsyAllah jika diizinkan

zafwah said...

aah la betul kak laily ckp..lawo giler dapur kak nas..bersemangat nk pi carboot ni..cpt la panassss...
farah

Wanna said...

mmg best dapur kak nas..serbaguna...
kak farah, tul laa..baca N3 kak nas ni, baru rasa lamer nya aku x pi carboot..malas gile nak pi sojuk2 ni...cepat laa panas, nak buat collection!!hahaha

Nihlah Insyirah said...

pandai kak Nas menghias dapur tu,kreatif2..siap boleh nengok tv tu sambil basuh pinggan...best2..

SevenDrops said...

Salam kawan-kawan,

Eiii.. takut akak mendengarnya komen-komen you all nih..macam gah benor dapur akak. Tidak begitu.. cuma mungkin ada sedikit kelainan bila kita menggabungkan konsep 'praktikal'. akak tak de orang gaji.. gerammmm jugak kalau dok dapur sorang-sorang (terpencil - orang lain boleh tengok tv.. bla.. bla..). Sekarang, semua orang boleh berada didapur yang sempit dengan agak selesa....

UNTUK PENGUMUMAN... SEMUA BARANG AKAK (90+ %) BARANG - BARANG CAR BOOT ... Ha.. tu lah.. kena pi car boot... senduk-senduk yang tersidai, beli kat DUNELM masa sale (BRABANTIA oii...) cuma 49p setiap satu. LAGI SATU... SEMUA TONG SAMPAH ... STAINLESS STEEL BRABANTIA.!!!! Ha.. lepas ni pakat-pakat pi beli kat car boot pulak tong sampah. langsir - car boot..

Anonymous said...

hari tu kat carboot calverton ada tong sampah brabantia, tapi tak beli sbb duit dah abes, hehehe... 8pound satu (used tp masih cantik!!!) sedih! sedih!... gi carboot ni, bwk duit sikit pun abis, byk pun abes.. ingat lagi, time tu 1st time gi carboot naik kete besar (wagon) tu yg beli mcm2 tu.. beli basikal 2 biji, pushchair pun beli lagi!!! Graco siap ngan carseat!.. Punyalah suka collect pushchair, dapatlah bagi adik mus satu, adik laily satu. hihihihi

SevenDrops said...

Salam laily,
Memang rasa macam-macam tak cukup... tapi kalau bawak balik pun geram jugak, rumah tak dak tempat nak letak...

K.nas