Antara sahabat dan rakan sekerja, pasti ada kelainannya. Sahabat merupakan satu perhubungan informal dan lebih bersifat kepada saling menerima individu seadanya. Manakala, rakan sekerja pula lebih bersikap formal dan mungkin berbaur dengan pelbagai rasa persaingan, rasa hormat, 'takut' dan bla..bla.. bla.. Secara ringkasnya, perasaan suka dan duka lebih dikongsi dengan seorang sahabat daripada rakan sekerja. Barangkali, atas dasar ingin memanjangkan ukhwah rakan sekerja kepada taraf 'sahabat', maka di celah-celah formaliti fakulti teknologi ini ada sekumpulan hati-hati yang bersatu secara informal. Kami bekerja di bawah satu fakulti dan di bawah satu bumbung pejabat. Hari-hari, ada masanya sempat bersapa, ada masanya tidak terlintas kelibat. Lalu, pertemuan secara informal pun diatur, kalau dizinkan masa dan keadaan, masanya sekali seminggu. Tempatnya? Selalunya, ada individu yang menawarkan lokasi. Agendanya? Sedikit bacaan Al-Quran dan perbincangan ilmiah dan sampingannya.. makan-makan secara pot luck.. he ..he... tentunya ada yang membawa 'pot' dan ada yang membawa 'luck'! Tapi kami sungguh gembira dan menunggu-nunggu kedatangan harinya untuk setiap minggu.
Jumaat lepas, saya menjemput sahabat-sahabat ini bertamu di rumah. Kali ini, giliran saya pula menyediakan lokasi dan menu. Tapi ramai juga yang membawa 'pot'! Sesekali bertemu di luar kelas atau di luar bilik mesyuarat, rasa sungguh tenang. Majlis dimulakan dengan bacaan koleksi ayat-ayat Al Quran. Kemudian barulah mulakan aktiviti makan-makan. Memandangkan rumah kami tiada pembantu, masing-masing kena menghulur bantuan. Lepas makan? Ohh.. rasa ada masa pulak.. dari bersembang-sembang santai, tiba-tiba 'ustazah' kata.. jom lah kita saling ingat-mengingati.. lalu keluarlah isian rohani dan saling tambah menambah. Majlisnya ringkas ... namun seringkas majlis ini, menemukan sahabat-sahabat di sebalik ratusan rakan sekerja.
Bersembang-sembang dan bertanya khabar
Ada masa lagi... mulakan tazkirah..
Semoga ikatan ukhwah ini mekar sepanjang jalan....
2 comments:
wah bestlah ramai kawan hawa kat fakulti akak. kat fakulti manufacturing ada sket jek. kat dept saya cuma ada 3 org, tu pun cuma saya sorg melayu, yg lagi 2 wanita tiong hua. tapi staf lelaki ada juga jemput mkn2 BBQ atau 'tuah periuk' kat rumah diorg. so berkenalan dan cuba bersahabat dgn wife diorg. ok kak... selamat berhari minggu.
Salam Izan,
Fakulti kami... rrrrrrramaiiiiiiiiii... perempuan. Dulu masa akak belum kahwin, fakulti kami pernah mempunyai isu ramai lecturer cuti bersalin!!! Adui... dekan nak kena fikir pulak...
Post a Comment