Pada hari Jumaat lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, tiba-tiba mendapat SMS daripada Hisyam Royal - Niza telah berjaya ketika sesi viva secara 'teleconference' tadi. Lalu, saya terus menghubungi beliau. Dihujung talian, suara Niza amat riang, kata-katanya "Akak.. kalau akak di sini, saya ingin memeluk akak erat-erat!" seolah menceritakan. Niza adalah rakan seperjuangan yang seangkatan dan sewaktu. Banyak kisah suka dan duka kami kongsi bersama. Kalau dibandingkan antara perjalanan saya dan beliau untuk menggapai sijil akademik tertinggi, pasti tidak saya tergalas. Saya cuma diduga dengan penantian yang panjang. Beliau diduga dengan pelbagai... penyelia bertukar ke China, data yang sukar diperolehi, sakit... benarlah kata penyelia saya ketika memujuk saya suatu waktu dulu.."Getting a PhD is all about perseverance". Biarpun perjalanan PhD dari sisi akademik adalah satu perjalanan yang piawai, namun kisah suka dan duka melaluinya terlalu unik - tiada piawaian untuk menjadi ikutan. Ia meminta pengorbanan dan kecekalan. Tahniah Dr Nizaroyani...Alhamdullillah... berbaloilah untuk setiap keringat yang ditaburkan. Hip..Hip.. Horay.. untuk keluarga "Royal"!
1 comment:
Salam K Nas...Lama sudah saya tangguhkan ini...terima kasih berbanyak atas dedicated post utk saya di blog akak yang ceria ni...sungguh terharu..mmg detik itu yang kita tunggu selama 5 tahun, tak pernah terdetik ia akan menjadi kenyataan setelah pelbagai dugaan yang mendatang..Saya masih appreciate every minute from the start of registration sampailah saat dapat surat confirmation PhD 2 minggu lepas dari senat, bermacam segala perasaan bercampur baur..tapi dari detik mula sampai dpt PhD, mmg airmata sentiasa jatuh: sedih,gembira & tanda kesyukuran..Alhamdulillah!!
Post a Comment