Thursday 10 July 2008

Gem 4 - The Award Winner (Year 6 Graduation Class of 2008)

Kami menghadiri majlis penyampaian sijil Gem 4 sempena tamatnya tahun persekolahan beliau di Claremont Primary School and Nursery. Majlis dimulakan dengan persembahan 'Steel Band'.


Gem 4 - dengan suit 'pink'

Asyiknya Gem 4 mengetuk-ngetuk

Kemudian diikuti pula dengan beberapa persembahan sketsa dan nyanyian.

Sedang menyanyikan lagu-lagu sketsa

Memerhati sketsa yang sedang dipersembahkan

Menyanyi antara sketsa


Sedang melakonkan sketsa X-Factor, Gem 4 sebagai Sharon Osbourne

Kemudian, majlis diikuti dengan penyampaian sijil persekolahan, sijil kursus 'DARE' dan fail potfolio.

Menerima sijil dari Gavenor sekolah

Acara kemuncak untuk majlis ini ialah apabila guru besarnya, Mrs Tiplady, mengumumkan pemenang anugerah utama iaitu piala Macintosh yang dimenangi oleh Gem 4!!!!. Pemenang anugerah ini dipilih oleh rakan-rakan sekolah. Kriteria utama mestilah popular dan disenangi oleh rakan-rakan. Gem 4 merupakan melayu ketiga yang memenangi hadiah ini selepas Gem 3 (tahun 2005) dan Jasmin Razarudin (tahun 2007). Memandangkan sudah 3 anak Melayu yang telah berjaya memenangi anugerah utama ini, guru kelas Gem 4, Miss Burton berkata 'Malaysia must have a lot of well-behave citizen!!!'... emm ... betul ka? Kedua-dua guru kelasnya menyatakan Gem 4 (dan juga Gem 3, Gem 5 dan Gem 6) menjadi 'role model' di sekolah. Walaubagaimana pun, syabas Gem 4 (Gem 3 dan kesemua Gems) kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah tersebut. Mereka telah menjadi duta kecil Malaysia dan Muslim. Semoga kecemerlangan ini berterusan.

Bersama guru besar Mrs Elise Tiplady ketika diumumkan sebagai pemenang anugerah


Mrs Tiplady, Miss Burton dan Mrs Smailes

Bersama kawan-kawan kesayangan

Di sessi jamuan

Kenangan bersama guru-guru kelas

Mr Smailes mengabadikan gambar ini

No comments: