Monday, 4 May 2009

Apa Sudah Jadi...

Apa sudah jadi.. Itulah pertanyaan yang silih berganti di dalam kepala apabila anak-anak tidak suka ke sekolah. Sudah menjadi seakan satu fenomena, hari Jumaat adalah hari paling ceria bagi mereka dan hari Ahad merupakan hari yang suram. Kenapa? Sebabnya, hari Jumaat adalah petanda hari-hari cuti bakal tiba. Hari Ahad petanda hari-hari sekolahpun akan bermula. Malah, cuti sekolah yang akan bermula bulan Jun pun, sudah diraikan ketibaannya. Apa sudah jadi.. dulu di Claremont dan Djanogly, mereka tidak begini..
Semalam Gem 6 tidak habis-habis mengekori saya.. ke atas, ke bawah, ke depan dan ke belakang. Naik rimas dibuatnya. Misinya cuma satu, hari ini beliau ingin ponteng sekolah! Saya tanya dia kenapa. Gem 6 jawab dengan selamba.. "I don't like school!". Saya kata, "kan ke dah banyak ponteng". Dia jawab "I only absent 4 days.. do you know how many my friends did?.. 10 times..11 times... So you see, I'm not that many!" Saya menggeleng-geleng kepala. Tidak hadir ke sekolah bagi anak-anak ini kini menjadi satu perayaan. Kalau dulu, saya merayu-rayu mereka untuk ponteng sekolah kerana menyambut perayaan Aidil Fitri untuk satu hari. Hari ini dunia sudah terbalik... mereka pulak merayu-rayu untuk ponteng. Kalau dulu, cuti sekolah pun minta dihantar ke sekolah.. Hari ini, hari sekolah pun minta dicutikan. Apakah ianya fenomena untuk anak-anak kami sahaja? Kalau anak-anak kami sahaja, kenapa anak-anak orang lainpun ponteng lebih daripada anak-anak kami?
Saya merenung jauh.. kita sudah gawat dengan masalah sosial yang satu ini. Anak-anak lebih suka melencong ke lain daripada berkejar-kejar ke sekolah.. patutlah macam-macam ada di luar sana.. yang rempit, yang ragut, yang lepak... Pasti ada sesuatu yang tidak kena sehingga rasa cinta untuk ke sekolah makin layu dipupuk masa.. Apa sudah jadi.. Apa yang tidak kena. Masalah ini nampak remeh, tapi implikasinya amat besar. Anak - anak hilang kecintaan pada tempat yang menyuburkan ilmu. Apa sudah jadi??? Bolehkah soalan ini dijawab oleh pak menteri???

6 comments:

teratakmuslaily said...

pasti mereka rindukan suasana pembelajaran yg informal di claremont, toys yg memenuhi hampir keseluruhan ruang kelas, waktu rehat 3 kali sehari, cikgu2 yg penyayang, beg sekolah yg ringan serta aktiviti2 harian mereka kan? walaupun nampak mcm sekolah main2, tapi input yg mereka dapat jauh lebih berkualiti daripada di sini, bukan berhasrat utk memperkecilkan sistem pembelajaran di sini, tapi sudah tiba masanya utk kita memandang jauh ke depan demi kebaikan anak bangsa kita di masa akan datang...

kak! kertaskerja dah diluluskan... Insya Allah between 31st Mei to 3rd June (any 1 find day) kami akan bertandang...

zafwah said...

siannye kt dorg...takut pun ada...sgt setuju dgn kak nas...rsnya sistem yg kena tukar supaya budak2 rs enjoy pg sklh..

Anonymous said...

ponteng sekolah nie issue yg global. saya juga pernah bersekolah di UK, US and South Korea. bila balik M'sia rasa rindu to my old mates in those countries mmg ada. My mum played her roles well. I hated my school in M'sia once. bila saya study di Univ.Aussie and UK , saya tetap rasa kita sgt ok, cikgu2(malaysia) masa di sekolah dulu pun ok. saya x pernah ke boarding school sbb was a bit homesick.tapi ini root kita, apa saja yg indah di negara org, ada yg lebih indah di negara kita. itu yg my mum said. simpan semua kenangan tu sbg satu jalan hidup kita. saya di bawa ke rumah anak yatim, bermalam di situ. lihat betapa peritnya utk capai kejayaan dlm kesusahan, saya rasa my mum did put me back as malaysian, 15 tahun dulu. I was 12 masa tu. jgn bezakan kita dan mereka tapi carilah dan ikhtiarkan cara utk memperbaiki. As my mum do, mula dgn anak sendiri dan kemudian dgn org lain. Kita Islam, perlu lihat dalam2 diri kita sbg Islam. Benarkah apa yg kta tulis, cakap, cara hidup itu diri kita. Ia amat mempengaruhi anak2.BTW , all the best.

mulan said...

salam sevendrops,
I don't know about others, but my personal experience with my children cam tu lah..dulu counting days bila nak cuti..now diaorang sedih bila cuti sekolah..
Back home, bila pegi ambik dari sekolah, tak ada nampak senyuman kat muka..now bila pegi ambik..tak ada lagi hari yang nampak tak enjoy even on their first day sekolah kat sini- without friends!
Our system is good cuma rasanya kita terlalu mementingkan banyak mana "A" bebudak tu dapat kumpul.We put the impression that those with thousands "A" are those yang akan berjaya dalam hidup. Tanpa sedar kita rampas zaman kanak kanak mereka.Alangkah kejamnya kita...

Mentari, Hujan dan Pelangi said...

Nampaknya pengalaman anak-anak yang belajar di luar negeri seperti UK, US dan Jepun lebih kurang sama. Semua suka ke sekolah ketika di sana tapi tidak di Malaysia. Anak saya pun begitu. Kalau demam pun masih nak ke sekolah ketika di UK tetapi tidak di Malaysia. Lepas balik ke Malaysia, anak saya tanya sama ada dia boleh ambil MC sebab sekolah satu tempat yang menakutkan dan tidak menggembira. Takut pada cikgu yang garang dan macam-mcam faktor lagi. Ramai antara kita mengalami pengalaman yang sama tapi tidak berupaya membuat perubahan pada sistem pendidikan. Sungguh menyedihkan.

SevenDrops said...

Salam Mentari,Bulan dan Pelangi,

Memang sedih apabila melihat anak-anak 'liat' untuk ke sekolah. Dulu saya ingat memamg hukum alam begitu, 'belajar mesti dalam susah, takut dan sedih'. Rupanya tidak begitu... pengalaman telah membuka mata bahawa belajar tidak perlu mengalami perkara begitu. Dan setiap kali saya menjemput anak pulang dari sekolah.. saya terlihat raut mukanya yang sayu.. saya telah 'kehilangan' wajah-wajah ceria mereka. Jika kami kaya, mereka pasti tidak di sini..