Antara yang hadir (mengikut urutan kehadiran...):
Baha dan Awin
Gem 1 dan Gem 2
Azman Sneiton dan Kak Shida
Syariff dan Farah
Faiz dan Bibah
Hakimi dan Hanum
Lias dan Siti
Yunus dan Syikin
Wani dan Malik
Rustam dan Noriza
Kami memulakan cuti sekolah yang lepas dengan berkelah di Sungai Congkak. Ada empat keluarga yang hadir dengan ramainya anak-anak! Air yang sejuk dan agak cetek tidak mengganggu suasana.
Sejukk.. tapi meriah!
Kemudian, kami menerima tetamu, Mus dan Laily sekeluarga. Pertemuan yang sepatutnya sehari, menjadi aktiviti 'sleep over' yang meriah.Tiba waktu balik kampung. Abang yang sulong mengadakan kenduri kahwin anaknya di kampung. Kami tiba pada pukul 9 malam, iaitu ketika ahli keluarga mengadakan acara 'barbecue'. Gem 5 berjumpa kawan-kawan dan sibuk dengan aktiviti 'merewang'. Satu pengalaman yang disukainya. Sehinggakan golongan anak-anak ini telah 'tangkap kontrek' basuh pinggan pada majlis kenduri kahwin tersebut. Gem 5 dibantu sama oleh Gem 7... bayangkan... pemandangan yang memaparkan 'pekerja di bawah umur'!
Pada sebelah petangnya, kami bertolak ke Pengkalan Hulu, Perak... menziarah dan bermalam di rumah Pak Dak.
Keesokannya, menziarah dan bermalam pula di rumah Mak Ngah.Akhirnya kami turun dan menuju ke satu kedai makan yang mempunyai pemandangan pantai yang menarik.
Kemudian.. pulang semula ke rumah Tok. Kesokannya, dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kereta kami diredah dengan cara yang sungguh tidak berhemah. Kereta yang melanggar kami terpelanting masuk ke dalam longkang di seberang jalan sana. Kereta kami pula, terpaksa ditarik oleh 'tow truck'... adoi... terkantul terus untuk pulang. Hikmahnya, kami sempat dijamu pulut durian oleh Dilah, Zul dan Mak Ngah... Bayangkan .. makan hidangan itu ketika hari lewat pukul 1.00 pagi... Nikmatnya masih terasa sehingga hari ini....