Tuesday, 7 July 2009

Cuti Sekolah yang Sibuk

Cuti sekolah yang lepas memang sibuk. Banyak aktiviti sosial yang berlaku.. kadang-kadang suasananya lebih sibuk dari hari bekerja.. kenduri kahwin, menziarah saudara, tetamu datang, jalan-jalan makan angin, jalan-jalan cari makan.... huh.. pelbagai!

Kami memulakan cuti sekolah yang lepas dengan berkelah di Sungai Congkak. Ada empat keluarga yang hadir dengan ramainya anak-anak! Air yang sejuk dan agak cetek tidak mengganggu suasana.

Sejukk.. tapi meriah!

Kemudian, kami menerima tetamu, Mus dan Laily sekeluarga. Pertemuan yang sepatutnya sehari, menjadi aktiviti 'sleep over' yang meriah.

The boys .. dan Ahmad

The girls .. dan Liyana

Tiba waktu balik kampung. Abang yang sulong mengadakan kenduri kahwin anaknya di kampung. Kami tiba pada pukul 9 malam, iaitu ketika ahli keluarga mengadakan acara 'barbecue'. Gem 5 berjumpa kawan-kawan dan sibuk dengan aktiviti 'merewang'. Satu pengalaman yang disukainya. Sehinggakan golongan anak-anak ini telah 'tangkap kontrek' basuh pinggan pada majlis kenduri kahwin tersebut. Gem 5 dibantu sama oleh Gem 7... bayangkan... pemandangan yang memaparkan 'pekerja di bawah umur'!

Pada sebelah petangnya, kami bertolak ke Pengkalan Hulu, Perak... menziarah dan bermalam di rumah Pak Dak.

Keesokannya, menziarah dan bermalam pula di rumah Mak Ngah.

Kemudian, bertolak ke Penang, bermalam di Apartment Vistana... biasalah penat mandi-manda.

Esoknya, ke Bukit Bendera... sebelum tu singgah di Kebun Bunga...

Sempat berendam kaki di Taman Bunga

Naik keretapi keliling Taman Bunga... kanak-kanak cuma dikenakan bayaran 50 sen!

Seronoknya ... angin sepoi-sepoi bahasa..

Kemudian ke Bukit Bendera.. cantik pemandangan dari atas... huh.. jenuh jugak untuk ke atas..gayat sikit..

Sesampai di situ .. mestilah bergambar dulu..

Nun.. di sana nampak jambatan

Biasalah... mesti ambil gambar sekeluarga... terasa macam berada di Jabal Tariq!

Jumpa replika gerabak keretapi Bukit Bendera

Ular sawa kuning ni pun jadi mangsa...

Burungpun hairan.. riuh-rendah.. yang lucunya.. penjaga zoo kecil ni siap bagi diskaun...

Hairan ke?

Sama tak senyum ini dengan senyum yang di sebelah tu?

Ada mahkota bergerak di atas kepala saya!

Semua nak dipegang....

Akar pokok ni pun jadi mangsa..

Dah penat dan lapar!!

Sempat jugak berposing lagi

Semua sudah keletihan.. dan sedang memikirkan di mana kita hendak makan..

Akhirnya kami turun dan menuju ke satu kedai makan yang mempunyai pemandangan pantai yang menarik.

Kemudian.. pulang semula ke rumah Tok. Kesokannya, dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kereta kami diredah dengan cara yang sungguh tidak berhemah. Kereta yang melanggar kami terpelanting masuk ke dalam longkang di seberang jalan sana. Kereta kami pula, terpaksa ditarik oleh 'tow truck'... adoi... terkantul terus untuk pulang. Hikmahnya, kami sempat dijamu pulut durian oleh Dilah, Zul dan Mak Ngah... Bayangkan .. makan hidangan itu ketika hari lewat pukul 1.00 pagi... Nikmatnya masih terasa sehingga hari ini....

5 comments:

zafwah said...

kak nas...teruk ka keta..yg lain2 suma tak da apa2 kot kan..

berani tul kak long pegang ulaq..tgk pun ngeri..

mummyiris said...

kaknas... uish... accident ke? citer la pasai accident kat blog kak...

SevenDrops said...

Salam Adik-adik berdua..,

Accident tu..ada India yang pandu terlalu laju. Kami nak belok ke kanan, sedang berhenti tunggu kereta depan habis. Si pemandu ni memotong sebelah kanan.. dengan kereta di depan pun ada.. Bayangkan dia menghentam kami dengan kuatnya. Alhamdullillah, hentamannya kena pada tayar.. teebengkok tayar.. tapi yang rasa lega, walaupun dihentam dengan myvi yang laju, Stream tidak bergerak!!! Myvi yang terpelanting masuk longkang.....

teratakmuslaily said...

tula hari tu mmg berkenan gak nak sambar satu stream... tapi, zulfarah dah rembat dulu la kak... hehehe...

kak, nanti gi collect award kat blog laily heh.. saje je, nak buang2 sket masa... hahaha...

SevenDrops said...

Salam Laily..

OK ..ok nanti nak pi...