Wednesday, 24 June 2009

Bulan Tidak Jatuh ke Riba

Minggu lepas, minggu 'menuai hasil'... hasil = Keputusan Peperiksaan Penggal Pertama! Berdebar-debar rasa .. tak sabar nak tengok apa keputusan yang dibawa pulang. Pada ujian bulanan bulan Mac yang lepas, masing-masing bawa pulang huruf 'F' atau 'E' atau 'D'.. kalau tak satu, dua! Antara mata pelajaran yang corot ialah Bahasa Malaysia, Pengetahuan Ugama Islam dan Sejarah. Berkerut muka kami yang mendengarnya.. tapi kata Gem 6, "Don't worry mum, some of my friends have lower marks than mine for BM!".

Apapun, anak-anak semua berkeras... "Please don't send us to any tuition class!". Jadi, kami memberi peluang... OK, tiada kelas tuisyen .. tapi mesti buktikan kemajuan! Anak-anak mengalami masa yang sukar. Banyak perkara yang telah tertinggal. Memahami sesuatu pelajaran dan menjawab soalan adalah dua perkara yang berbeza. Apatah lagi di dalam suasana 'yang lebih mementingkan tatabahasa dan grammar'! Sehinggakan Gem 4 yang menulis huruf 'l' dalam bentuk tulisan sambungpun, cikgu minta diberhentikan tabiat itu .... katanya.. "Kalau tidak .. potong markah sebab nampak ada ekor macam huruf 'L' besar'!

Gem 3 = Ketinggalan mata pelajaran tingkatan 1 dan 2.

Gem 4 = Kira OK sebab baru tingkatan satu.. tapi telah kehilangan asas darjah 3,4,5 dan 6.

Gem 5 = Hilang asas darjah 1,2 dan 3.

Gem 6 = Hilang asas darjah 1 dan 2.

Kesemuanya terkial-kial...

Sebelum peperiksaan, kami minta mereka meletak sasaran. Mesti ada kedudukan relatif sasaran. Lalu, masing-masing meletakkan sasaran .. ada yang kata top 10, top 15, top 20. Dalam hati ada juga berkata-kata... kalau lulus semua mata pelajaran pun sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Bayangkan.. mereka hanya ada enam bulan sahaja untuk menukar bahasa dan budaya dalam sistem pembelajaran yang berbeza.

Minggu lepas kami ke sekolah rendah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ternyata ada pembaharuan dari sistem yang dulu. Kali ini kami menerima sehelai kertas laporan, pasti dalam bentuk angka dan huruf sahaja. Lain-lain pencapaian sosial dan sahsiah tiada dalam skop laporan. Cuma jika ditanya, cikgu akan menjawab. Sesuatu yang lucu.. maklumat perangai Gem 4 saya dapati dari ibu seorang kawannya (dalam masa sejam berbaris menunggu giliran)! Keputusan 'angka' dan 'huruf' anak-anak adalah di luar jangkaan. Alhamdullillah..dalam kepayahan mereka dapat bangun.. Mereka berjaya meraih apa yang di luar sasaran:

Gem 3 = First

Gem 4 = First

Gem 5 = First

Gem 6 = ? (he..he.. katanya .. "I'm shy") ... tapi peratusnya OK, paling buruk.. 'B'!

Syabas... kedudukan yang relatif itu walaupun tiada makna dalam sijil tapi dapat meningkat keyakinan diri yang tinggi..

Usaha pasti perlu diteruskan.. seiring dengan doa yang tidak putus-putus. ... kerana yang pasti Bulan tidak jatuh ke riba.. Allah telah menetapkan hukum alam - kitalah yang perlu berusaha mengubah nasib kita sendiri..dengan segala daya usaha dan kekuatan seiring dengan doa dan mimpi-mimpi...

3 comments:

mrshenri said...

tahniah!!! pencapaian yg membanggakan. bukan senang nak bangkit tu. mesti mereka usaha sungguh2 tu. untungnya kak nas dan abg afifi ada anak-anak yg kuat semangat!!! tahniah tahniah!!!

ME said...

TAHNIAH Ira & Kids.
Most of my fren mengeluh mula2 balik sbb masalah bahasa but after few mth selalunya kids yg baru balik oversea akan score especially untuk exam2 penting mcm UPSR, PMR & SPM.
Again Tahniah.

SevenDrops said...

Mrs Henri and Me,
Thank you (on behalf of my kids).. he..he.. depa tak baca pun blog mak depa!

Semalam baru discover Gem 5 kata 'I can't read Jawi!' .. oppss.. akak dok terbayang how he has survived dalam kelas so far...! Adui.. nak kena tengok ni..