Untuk merayakan Raya kali ini, seperti dulu-dulu .. mesti pulang beraya ke kampong. Acara tradisi.. biarlah ia berterusan begitu.
Kami bercadang untuk pulang beraya pada malam hari raya. Kononnya, untuk memberi peluang Gem 3 melangsaikan semua ulangkaji. Tapi semangat raya lebih tinggi.. kami bersiap lebih awal dan bertolak pulang selepas selesai solat Terawih pada hari Khamis.
Kami buat kejutan untuk Tok. Kami mengetuk pintu ketika Tok dan Mak Cik sekeluarga sedang lena... selepas bersahur.. kami pun terus lena. Bangun kesokannya... Tok yang bertugas sebagai Pengurus Besar hanya memberi arahan... hah.. mari.. mari... mari buat Halwa Maskat... lepas tu kita buat Dodol... lepas tu ... lepas ni... Pergh!... satu hari yang amat sibuk... Hasilnya cuma Halwa Maskat.. Gem 3 dengan setia membantu Tok dengan jayanya.
Esoknya, suasana menjadi lebih sibuk. Seawal pagi, Mak Cik sudah membawa pulang sedulang organ lembu - ada perut, jantung, daging, kaki, ekor... Tapi nampaknya Tok masih tidak berpuas hati.. katanya tidak ada organ limpa! Teringat kami iklan Petronas... rupanya sikap Tok sama seperti si ibu di dalam iklan tersebut... Nampak gayanya untuk puaskan hati Tok, kami kena heret pulang seekor lembu! Selepas memastikan kebanyakan persiapan telah siap, kami sempat berbuka puasa di kampong Gem 1, bersama Mak Ngah dan Kak Tiah. Rumah pusaka itu hanya diduduki ketika menjelang raya. Tahniah untuk Pak Long kerana biarpun Tok dan Tok Wan sudah lebih sedekad pulang ke Rahmatullah, keluarga Gem 1 (6 adik beradik) masih bersatu menyambut raya seperti dulu-dulu. Selepas berbuka puasa.. anak-anak bermain mercun dan bunga api dikepalai oleh BAPA masing-masing! (ini.. kes nostalgia... bapa-bapa yang lebih teringin untuk bermain mercun dan bunga api... he..he..he..). Kata Gem 7... "Best..best...best", sambil beliau melompat dan berlari-lari.. inilah kali pertama beliau merayakan Raya! Lepas bermain-main, kami balik semula ke rumah Tok.
Pagi raya selalu kelam kabut. Bangun.. bangun.. bangun...Cepat siap nak pergi masjid! Masing-masing bingkas bangun dan menunggu giliran yang panjang untuk mandi. Kemudian, rumah menjadi senyap dan sunyi.. yang tinggal hanya Gem 2 dan Tok. Pagi raya adalah unik.. yang datangnya dengan pelbagai rasa, berbaur nostalgia dan sayu. Apabila melihat kanak-kanak berkawan-kawan ke sana ke mari menjamu selera dan mendapat duit raya... ragam mereka adalah episod hidup kita yang sudah lama berlalu. Episod hidup kita seterusnya.. ialah melihat Tok di pagi raya. Keseorangan biarpun mempunyai 7 orang anak dan puluhan cucu-cucu... Seorang ibu mampu merayakan semua anak-anak.. tidak semua anak dapat merayakan seorang ibu...
Apabila masing-masing pulang dari masjid... sessi makan-makan dan ziarah-menziarahpun pun bermula.
Gambar Raya Tahun ni..
Mak Ngah dan Abang Jai sekeluarga
Pak Teh Sekeluarga
Gambar beramai-ramai dengan sepupu-sepupu
Tidak lupa.. kami dikunjungi oleh anak-anak angkat ex-Notts kami... Husna, Mira dan Liew
Bursa Duit Raya di Sidam... kelam kabut!
Dua jejaka yang kami miliki..
Gem 7 dan 'Little Star' (gem 6)
Uh..uh.. sketsa menikmati juadah raya! (Anak Lily... ni kira taraf cucu saudara)