Sunday, 27 September 2009

Merayakan Raya

Untuk merayakan Raya kali ini, seperti dulu-dulu .. mesti pulang beraya ke kampong. Acara tradisi.. biarlah ia berterusan begitu.

Kami bercadang untuk pulang beraya pada malam hari raya. Kononnya, untuk memberi peluang Gem 3 melangsaikan semua ulangkaji. Tapi semangat raya lebih tinggi.. kami bersiap lebih awal dan bertolak pulang selepas selesai solat Terawih pada hari Khamis.

Kami buat kejutan untuk Tok. Kami mengetuk pintu ketika Tok dan Mak Cik sekeluarga sedang lena... selepas bersahur.. kami pun terus lena. Bangun kesokannya... Tok yang bertugas sebagai Pengurus Besar hanya memberi arahan... hah.. mari.. mari... mari buat Halwa Maskat... lepas tu kita buat Dodol... lepas tu ... lepas ni... Pergh!... satu hari yang amat sibuk... Hasilnya cuma Halwa Maskat.. Gem 3 dengan setia membantu Tok dengan jayanya.

Esoknya, suasana menjadi lebih sibuk. Seawal pagi, Mak Cik sudah membawa pulang sedulang organ lembu - ada perut, jantung, daging, kaki, ekor... Tapi nampaknya Tok masih tidak berpuas hati.. katanya tidak ada organ limpa! Teringat kami iklan Petronas... rupanya sikap Tok sama seperti si ibu di dalam iklan tersebut... Nampak gayanya untuk puaskan hati Tok, kami kena heret pulang seekor lembu! Selepas memastikan kebanyakan persiapan telah siap, kami sempat berbuka puasa di kampong Gem 1, bersama Mak Ngah dan Kak Tiah. Rumah pusaka itu hanya diduduki ketika menjelang raya. Tahniah untuk Pak Long kerana biarpun Tok dan Tok Wan sudah lebih sedekad pulang ke Rahmatullah, keluarga Gem 1 (6 adik beradik) masih bersatu menyambut raya seperti dulu-dulu. Selepas berbuka puasa.. anak-anak bermain mercun dan bunga api dikepalai oleh BAPA masing-masing! (ini.. kes nostalgia... bapa-bapa yang lebih teringin untuk bermain mercun dan bunga api... he..he..he..). Kata Gem 7... "Best..best...best", sambil beliau melompat dan berlari-lari.. inilah kali pertama beliau merayakan Raya! Lepas bermain-main, kami balik semula ke rumah Tok.

Pagi raya selalu kelam kabut. Bangun.. bangun.. bangun...Cepat siap nak pergi masjid! Masing-masing bingkas bangun dan menunggu giliran yang panjang untuk mandi. Kemudian, rumah menjadi senyap dan sunyi.. yang tinggal hanya Gem 2 dan Tok. Pagi raya adalah unik.. yang datangnya dengan pelbagai rasa, berbaur nostalgia dan sayu. Apabila melihat kanak-kanak berkawan-kawan ke sana ke mari menjamu selera dan mendapat duit raya... ragam mereka adalah episod hidup kita yang sudah lama berlalu. Episod hidup kita seterusnya.. ialah melihat Tok di pagi raya. Keseorangan biarpun mempunyai 7 orang anak dan puluhan cucu-cucu... Seorang ibu mampu merayakan semua anak-anak.. tidak semua anak dapat merayakan seorang ibu...

Apabila masing-masing pulang dari masjid... sessi makan-makan dan ziarah-menziarahpun pun bermula.

Gambar Raya Tahun ni..


Mak Ngah dan Abang Jai sekeluarga


Pak Teh Sekeluarga

Mak Cik Sekeluarga

Deretan kereta di Sidam

Sampai di sidam, terus kena operasi kambing untuk makan-makan tengahari

Gambar beramai-ramai dengan sepupu-sepupu

Tidak lupa.. kami dikunjungi oleh anak-anak angkat ex-Notts kami... Husna, Mira dan Liew

Bursa Duit Raya di Sidam... kelam kabut!

Dua jejaka yang kami miliki..

Gem 7 dan 'Little Star' (gem 6)

Uh..uh.. sketsa menikmati juadah raya! (Anak Lily... ni kira taraf cucu saudara)

13 comments:

teratakmuslaily said...

uish kete je dah 10... kalau satu kete 5 orang, dah 50 orang! dah macam kenduri kendara dah nie!... meriah meriah! mmg betul bak kata gem7 best best best!!!

SevenDrops said...

Salam laily,

memang meriah.... seekor kambing lesap di depan mata!

ME said...

Meriahnya Raya Ira, this year baru u betul2 raya kat Msia, last year baru balik kan?

SevenDrops said...

Salam ME,

Memang meriah.. tahun lepas kelam kabut.. nak adjust. Rumah pun tumpang.. kereta pun pinjam.. kali ni lebih selesa.

You pun nampaknya raya sakan.. sedap tengok barbecue tu!

Anonymous said...

Salam Kak Nas,

Tengok gambar raya kak Nas, teringat raya kat kampung.

Lama tak dengar perkataan "Halwa Maskat" tu.. mungkin dah lama juga tak makan sampai tak ingat bentuk dia mcm mana

ok... Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga di Nottingham.

Ikhlas dari,
Aziz @ ayah Insyirah

SevenDrops said...

Salam Aziz,

Tak pa Aziz.. tak makan Halwa Maskat pun.. kami masih merindui kehidupan di sana.. Enjoy your life over there.. Halwa Maskat banyak di pasaran....

Salam untuk isteri..

K.Nas

Anonymous said...

dok main teka2 tengok gambaq kereta dekat laman tu, tahun depan kena buat line parking gamaknya

bursa duit raya sidam tu, kalau azwan ada, jadi 'penerima' paling tua la kan sebab masih belajaq

tak dapat bayangkan riuh cemana raya kedua tu

...mengeluh miss raya lagi

Azwan

SevenDrops said...

Salam Azwan,

By the time Azwan balik.. tak lupus tahap 'penerima'! Sekarang ni penerima lebih kurang sama bilangan dengan pemberi... memang meriah! Masing-masing tunggu pengumuman kat sapa nak berbaris.. semua dapat.. yang tak hadir pun dapat .. yang dalam kandungan pun dapat! Shatri and Miza bagi duit raya untuk mak dan bapa saudara... emm.. best!

Mak ngah (sebelah mak su) siap bagi back dated duit raya untuk all the Gems bagi raya yang sudah-sudah... tersenyum-senyum Gems.

Anonymous said...

salam...

tetiba glamer lak si akmal tu..rasanya kaklong yang ambil gambar dia dok pulun bihun tu...terima kasih...tahun nie tak sempat ambil banyak gambar sebab kena berebut kamera dgn dia...
anyway good luck kaklong..

lili

Husna said...

Salam maksu, thanks for menerima kehadiran kami ;) Thanks for the laksa and yong tau fu too. Paksu and maksu never fail to menjamu kami dari kat notts lagi. Seronok dapat jumpa semua gem 3-7 balik :D

p/s; Says good luck to kak long for her pmr. InsyaAllah bleh dapat 8A.

SevenDrops said...

Salam Lily,

Gambar Akmal tu unik.. seronok tengok dia betul-betul menjamu selera... soorry le tak sempat nak ambik gambar Lily satu family.. time tu sibuk kat dapur.. tak sempat nak bagi arahan....

Salam Husna,

TQ bagi pihak k long.. Yang nak ambik exam nya relax saja nampak..

Kami tak sabar nak pi meraya bila k long habih exam.. Bila you all cuti-cuti, call le kut-kut kami boleh pi menyerang.. He..he.. selamat menjalani kehidupan 'yang muram' di Penang ... sabarr..sabar... nanti dah nak cuti!

Mak su

amin_png said...

selamat malam daripada amin sekeluarga...mengucapkan selamat ari raya yg terlambat...xjumpa raya punya pasai...maaf zahir batin

SevenDrops said...

Salam Amin,

Amin png ni jiran kami dulu ke kat Arau?

Kami pun mengucapkan selamat hari raya dan maafkan kesalahan kami sekeluarga jika ada salah dan silap. Jemputlah datang ke rumah jika ke Selatan...