Monday, 22 February 2010

Melawat Ladang Anggur di Tasik Beris

Pada pagi 16/2/2010, ketika kami bersarapan, Pak Teh memberitahu kami yang mereka akan melawat ladang anggur di Tasik Beris, iaitu lebih kurang 30 minit daripada rumah Tok. Pak Teh mempelawa kami ikut serta. Tapi, kata saya " Pergilah dulu.. kalau buahnya manis dan ladangnya cantik.. kami akan pergi keesokan harinya". Lalu, Pak Teh pergi bersama anak-anaknya Amalina dan Athirah. Sebaik petang, Pak Teh datang lagi ke rumah Tok sambil membawa seuncang anggur hijau tidak berbiji. Kami pun merasa... umppph... manis dan rapuh... bagai tidak percaya anggur itu dipetik dari ladang di Malaysia. Tapi Pak Teh membawa bukti-bukti gambar yang menarik!

Keesokannya, kami bangun awal. Pak Teh juga akan pergi sekali lagi. Mak Cik, Pak Cik, Ajun, Pak Ngah dan Mak Ngah juga akan ikut serta. Cuma Tok yang keberatan. Puas dipujuk, Tok memberi pelbagai alasan. Akhirnya.. Gem 3 dapat memujuk Tok ikut serta. Sesampai ke destinasi, kami terus membeli anggur sebelum masuk ke ladang. Buah-buah di ladang tidak boleh dipetik! Kami bernasib baik kerana dibenarkan bebas berkeliaran di dalam ladang berkenaan. Agaknya mereka melihat anak-anak tidak mengganggu tanaman mereka! Inilah kali pertama kami melawat ladang anggur YANG BERJAYA, di negara sendiri pula. Sungguh, bagai tidak percaya.. buah-buahnya lebat dan segar. Ladangnya berteknologi.... katanya menggunakan teknologi Thailand. Dari jauh .. nampak seperti ladang-ladang yang biasa kelihatan suatu ketika dulu! Tidak menyesal lawatan kali ini.....

Gem 4 dan Pak Ngah

Gem 3 di bawah lembayung anggur

Gembira sungguh Gem 7 didukung abang Ajun
Gem 6 bersama poster 'Tasik Beris Grapes'

Buah anggur lebat di atas kepala, tangan menyeluk uncang anggur yang di bawa

Tok sungguh teruja... katanya.."Inilah kali pertama tok lihat pokok anggur yang berbuah!"
Gem 6 tak puas memegang buah-buah yang bergantungan

Gem 7 sungguh teruja

Tok dan ladang anggur yang luas mata memandang

Pasangan Mak Ngah dan Pak Ngah

Gem 6 dan Gem 7 berlari ke sana ke sini... ladangnya redup .. ditiup pula angin sepoi-sepoi bahasa

Bukan anggur hijau sahaja... ada pelbagai jenis anggur yang pelbagai warna.










Pekerja sedang membungkus anggur untuk dijual
Kemudian kami berkelah di tepi tasik..











Ketika dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di tempat peranginan, sempatlah bermain-main dengan air sungai yang sedikit itu.



Friday, 19 February 2010

Tahniah Dr. Nizaroyani!

Pada hari Jumaat lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, tiba-tiba mendapat SMS daripada Hisyam Royal - Niza telah berjaya ketika sesi viva secara 'teleconference' tadi. Lalu, saya terus menghubungi beliau. Dihujung talian, suara Niza amat riang, kata-katanya "Akak.. kalau akak di sini, saya ingin memeluk akak erat-erat!" seolah menceritakan. Niza adalah rakan seperjuangan yang seangkatan dan sewaktu. Banyak kisah suka dan duka kami kongsi bersama. Kalau dibandingkan antara perjalanan saya dan beliau untuk menggapai sijil akademik tertinggi, pasti tidak saya tergalas. Saya cuma diduga dengan penantian yang panjang. Beliau diduga dengan pelbagai... penyelia bertukar ke China, data yang sukar diperolehi, sakit... benarlah kata penyelia saya ketika memujuk saya suatu waktu dulu.."Getting a PhD is all about perseverance". Biarpun perjalanan PhD dari sisi akademik adalah satu perjalanan yang piawai, namun kisah suka dan duka melaluinya terlalu unik - tiada piawaian untuk menjadi ikutan. Ia meminta pengorbanan dan kecekalan. Tahniah Dr Nizaroyani...Alhamdullillah... berbaloilah untuk setiap keringat yang ditaburkan. Hip..Hip.. Horay.. untuk keluarga "Royal"!