Kritik, sama ada menerima atau memberi, adalah asam garam kehidupan. Pun begitu, kritik memberi pengaruh besar di dalam kehidupan seharian. Ada kalanya, kebimbangan kepada kritikan yang bakal diterima membuatkan kita perlu berfikir berkali-kali tentang apa yang perlu dikata, apa yang perlu ditulis, apa yang perlu dipakai, apa yang yang perlu dibeli .....
Asal kritik adalah untuk tujuan membina. Ada kritik untuk menyerlahkan kelemahan tentang sesuatu .. agar dapat diperbaiki. Ada kritik untuk mencadangkan sesuatu supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan. Lalu, apa perlu gusar pada kritikan? Jawabnya, walaupun kritik ialah satu perbuatan mudah, bermodalkan hanya 'air liur' atau pena atau perutusan digital. Namun, kebanyakan manusia lupa bahawa kritik berkait dengan ilmu, iman, rasa dan nada. Niat kritikan yang baik sekalipun, jika tidak kena pada ilmu, timbang rasa dan nada .. ianya boleh membakar perasaan dan menyemat benci atau dendam. Kritik.. jika tidak disampaikan secara berkhemah, pengkritik dianggap riak dan sombong. Kritik ... jika di belakang, menjadi umpat. Kritik, jika disampaikan dengan kasih sayang dan rasa hormat, akan memutikkan harapan. Kritik, jika mengikut perasaan, riak dan takbur.. akan menguburkan semangat.
Seringkali si pengkritik terlupa bahawa kritikannya juga diperhati dan dianalisa. Ketika si pengkritik megah dan puas 'menghentam' kiri, kanan, depan dan belakang... golongan ini terlepas pandang bahawa mereka sebenarnya kehilangan rasa hormat daripada individu sekeliling secara perlahan-lahan.... sehingga mungkin pada suatu masa .. kelibat merekapun tidak ingin dilihat! Maka, berhati-hatilah ketika mengkritik... dengan kritik kita mungkin akan menjadi semasyhur "Simon Cowell" atau kita terumbang ambing sendiri dalam dunia yang semakin sempit...
1 comment:
satu kupasan yg cukup menarik,penuh dengan keikhlasan.terpancar kesucian dalam setiap baris huraian awak...dalam manusia alpa dan megah mengkritik tanpa peduli tentang hati insan yg dikritik,awak telah kupas segala yg tersurat dan tersirat bagi hati seorang insan yg sedang dikritik.agar manusia itu tahu akan kesan pada dirinya kelak.tahniah...awak adalah lambang kebanggaan bangsa melayu!!!dalam dunia yg semakin hampir pada kemusnahan,tuhan telah kurniakan seseorang seperti awak....untuk membuka minda generasi yg serba moden,generasi yg telah dijajah akal dan fikirannya.mudahan awak sekeluarga mendapat syafaat dariNYA.
Post a Comment