Thursday, 1 April 2010

Apa Ada pada Laman Sosial?

Pada 17 dan 18 Mac yang lepas, fakulti kami telah mengendalikan satu konferen antarabangsa bertemakan capaian maklumat dan pegurusan pengetahuan. Selain membentang kertas kerja, saya juga terlibat sebagai AJK kecil-kecilan. Jika melihat secara kasar, ia bukan bidang saya dan pastinya kerana itu, saya tidak tertunggu-tunggu untuk mendengar ceramah-ceramah utamanya. Pun begitu, Allah Maha Mengerti dan menempatkan juga saya di celah-celah dewan itu.

Selesai sessi ucaptama, maka mengertilah saya kenapa saya harus berada di situ. Satu perkara yang dilihat tidak ada kena mengena, sebenarnya amat relevan dalam hidup kita. Siapakah yang mempunyai akaun di laman sosial (cth: Facebook)? Saya? Anda? Rangkaian sosial ini bak pengail yang menyediakan umpan-umpat lazat.. melambai-lambai untuk dikerumuni. Kitalah pula ikan-ikannya yang rasa begitu teruja dan melahap umpan-umpan tersebut! Ketika kita meraikan keenakan umpan, tanpa disedari, kita terlontar ke dalam sebuah akuarium yang kecil.. semua perilaku kita boleh diperhati, dianalisa, diekori.. oleh si pengail .. tanpa had masa dan sempadan.

Liciknya 'mereka' yang menyediakan satu lapangan untuk mengutip data daripada seluruh dunia! Ucaptama Prof. Shalini daripada Universiti Mysore, India, telah mengesahkan bahawa data-data daripada laman-laman sosial ini boleh diambil dan dianalisa. Malah, beliau menunjukkan bagaimana kerjasama beliau dengan universiti di USA dapat mengesan rangkaian jenayah melampau dengan menggunakan rangkaian sosial.

Lalu, apa ada pada laman sosial? Jawabnya... data-data digital percuma..bagai pedang dua mata.. data untuk kita = data untuk musuh-musuh kita. Hati kecil saya masih tertanya-tanya ... 1 facebook = 1Malaysia = data satu negara = milik siapa? AUWWWW! Pedihnya cubitan fakta... lihatlah dengan mata hati!

1 comment:

kak Azzah8 said...

Salam, ya memang benar, sebenarnya bukan FB sahaja, tapi juga seperti blogspot ini...ia juga sebuah laman sosial..siapakah yang empunya database ini? all info at their fingertips..so easy to manipulate muslims and Islam at large. sebab tu kena berhati-hati info apa yang kita letakkan di sini...atau di mana2 sahaja laman sosial...