Ini kali ketiga dapat bercuti 3 hari berturut-turut. Ia satu nikmat bagi yang 'diharamkan' bercuti pada waktu-waktu anak-anak bercuti sekolah ketika ini.
3 minggu lepas, bercuti di Felda Hotspring Sungai Klah sambil makan buah-buahan di dusun berdekatan. Apabila diingat semula, ianya satu doa yang dimakbulkan. Kerana suatu masa dulu, ketika berada di sana untuk urusan kerja, bukan musim buah-buahan. Lalu, terlintas di dalam hati, alangkah enaknya jika dapat datang ke sini pada musim buah-buahan. Lalu, Allah makbulkan. Bukan sekali, dua kali! Puas menikmati buah durian, rambutan, pulasan, langsat dan manggis. Alhamdullillah.
2 minggu lepas, balik kampung. Setiap hari, menziarah kaum kerabat yang ditimpa sakit. Tapi sempat juga kami ke Tree Top di Sidim.
Minggu lepas, ke Felda Hotspring lagi. Kali ini menginap di homestay bersama 4 keluarga lain dari kejiranan kami. Di belakang rumah tersebut ada segala macam pokok buah-buahan. Boleh ambil seperti 'dusun itu ana yang punya'! Tapi, kata Gem 4,"Never ask me to this kind of place again!". Hu..hu... beliau seorang saja yang tidak suka makan buah-buahan! Kali pertama dapat bermesra dengan jiran secara dekat. Alhamdullillah, ia mengeratkan silaturrahim.
Kali ini, apabila berbincang untuk bercuti ke mana, anak-anak dan emaknya memilih untuk bercuti di satu tempat yang paling bagussss..... iaitu di rumah. Gem 2 bebas melakukan aktiviti lasaknya bersama kejiranan. Kami? Enaknya bermalas-malasan.... Satu nikmat yang sudah lama tidak dapat dinikmati apabila saban hari hari dihambat waktu. Ahhhh..... enaknya!
No comments:
Post a Comment