Dua hari yang lepas, ketika memotong kaki ketam dengan menggunakan gunting, tiba-tiba teringat untuk bertanya pada Gem 1, "Gunting merah ni pemberian Kak Nor ka?". Gem 1 mengangguk tanda setuju. Lalu saya berkata,"Ya Allah.. dah 20 tahun usia gunting ni!". Gunting merah yang sentiasa di dapur bersama kami itu rupa-rupanya sudahpun berusia 20 tahun! Ia banyak berjasa. Kami membawanya berhijrah ke merata-rata, hatta ke Nottingham pun kami bawa. Ia sangat sentimental. Pertama, kerana ia hadiah perpisahan dari jiran kami (Kak Nor dan Abang Zainal) di Bangi ketika kami ingin berpindah ke Shah Alam pada tahun 1992. Kedua, kerana Kak Nor sudah menjadi arwah 6 tahun lalu - menggunakan gunting itu merupakan punca pahala buat Kak Nor.
Semalam,kami ke Bangi menjejak jiran-jiran yang telah lama kami tinggalkan. Saya terkedu apabila jiran-jiran masih mengingat nama setelah berpisah 20 tahun!
2 comments:
wah!!tak singgah pun...
farah sharif
Farah,
Abang Fifi ajak singgah, tapi dah nak Maghrib.... nanti next round ye!
Sevendrops
Post a Comment