Lihatlah Tanda-Tanda! Satu tajuk buku yang tidak menjadi kenyataan. Ia ditolak oleh beberapa penerbit dengan alasan tiada 'genre'. Kata mereka, kami tidak menerbitkan buku seperti ini. Lalu, manuskrip yang telah siap itu menemui jalan buntu. Tapi yang menariknya, peristiwa tidak diterima berkali-kali itu tidak melukakan hati. Malah, ia seolah-olah memaksa otak lebih berfikir jalan-jalan pilihan. Barangkali, manuskrip yang tidak laku itu perlu kembali ke landasan asal - dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di London lagi. Ia memerlukan kos.
Tapi sms seorang pembeli yang tidak dikenali benar-benar menaikkan semangat. Katanya, "Saya mempunyai dua orang anak berusia 13 dan 11 tahun yang HANYA MEMBACA BUKU BAHASA INGGERIS SAHAJA. Buku ini mampu memberi input berbeza dari cerita-cerita biasa. Kata si Ibu, "Terima kasih kepada penulis. Keep up the great work!" Allahuakbar... Allahuakbar... ia sangat memberi kekuatan bahawa insan biasa seperti kita mampu berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan dengan cara yang tersendiri. Di usia yang makin berinjak.. dan ketika semakin buku ini menemui kelompok pembacanya yang tersendiri.. semakin ia memberi makna melebihi daripada membilang 'berapa citation dan index di Google Scholar'!
2 comments:
keep it up kak...semoga diberi kekuatan oleh Allah....ayat terakhir tu tak tahan....ha..ha...
why not try telaga biru dan PTS....semoga boleh diterbitkan dalam kedua dua bahasa.....ameenn....
Farah Sharif
Farah,
Lamanya tak bersua muka.... bila ya nak reunion?
Sevendrops
Post a Comment