Wednesday, 25 March 2009

Jangan Bersedih... La Tahzan (Buat sahabat-sahabat yang sedang diuji..)

Entri ini khas ditujukan buat sahabat-sahabat yang sedang diuji .. dengan kesakitan, kematian dan kesusahan. Kandungan entri ini dipetik dari buku La Tahzan, karangan Dr. 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni, dan diterjemah oleh Noraine Abu (Cetakan kelima 2008):
Jangan Bersedih, Wahai Manusia
Sesungguhnya kesempitan yang anda rasakan akan ada jalan keluarnya...
Dalam musibah yang anda hadapi, ada perkara yang akan menyelamatkan anda dari musibah itu sendiri...
Justeru, dalam hal-hal yang tidak anda sukai itu, ada kenikmatan dan kebaikan...
Wahai orang yang harinya ditimpa kesedihan..
Melangkahlah dengan perlahan..
Di ufuk sana, telah tersedia jalan keluar yang akan memberikan keringanan..
Tenanglah.. kerana anda sedang berurusan dengan Dzat yang Berkuasa atas Urusannya,
Yang Maha Bijaksana atas hamba-hambaNya,
Yang Maha Pengasih terhadap makhluk-makhlukNya,
Dan Yang Maha Indah dalam segala PengaturanNya...
Ayat Ath-Thalaq: 1:
.... kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu satu hal yang baru.
Untukmu sahabat-sahabat.. moga diberi kekuatan dan diringankan bebanan. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

thanks kak nas atas peringatan..klu sll terkenang yg tak elok kita akn jd down..tp sume yg terjd ada baik nya utk kita..Allah sedang menguji..

farah

SevenDrops said...

Salam Farah,

Kita sentiasa diuji.. kadang dengan kepayahan, kadang dengan kesenangan... nak masuk universiti pun macam-macam ujian, inikan pula nak masuk Syurga... moga Allah beri kekuatan menempuh segala ujian dan memberi kita kesudahan yang baik.