Hidup tanpa melanggan Astro, menjadikan kami terdedah kepada siaran-siaran TV percuma.. TV1.. TV2..TV3..TV7..TV8..TV9. Malam Ahad lepas, dalam kebosanan, kami mencari-cari siaran yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Buka TV3 = "Konsert Jom-Heboh Secara Langsung", buka TV1 = Zoom@TV1 - rancangan bersama penyanyi jemputan (beralis mata warna hijau!!), ubah lagi siaran... drama cinta .. asyik menangis... dan meleleh air mata.. tukar lagi dan lagi... akhirnya.. arghhh.. rindunya kami pada "siaran TV di sana", biarpun hanya siaran-siaran percuma.. ada maksud-maksud tersirat untuk minda...
Dalam pelbagai musim yang silih berganti.. pasti akan ada masa, kami membentang 'duvet' bersaiz 'king', kami berhimpit-himpit dan menyaksikan:
Siri Master Chef
Mengisahkan orang-orang biasa bertanding dengan mempertaruhkan kepakaran memasak dan menghias untuk bergelar juara.
Siri Dragon's Den
Mengisahkan lima orang jutawan menjadi panel untuk menilai idea-idea perniagaan ilham orang-orang biasa. Jika idea diterima, salah seorang jutawan tersebut akan menawarkan modal dan peserta perlu bersetuju untuk berkongsi keuntungan. Lalu berbondong-bondonglah si kecil, si tua tidak mengira usia berlumba-lumba.
Siri Raven
Siri lasak untuk peserta kanak-kanak. Setiap minggu, seorang peserta akan disingkirkan. Yang tinggal akan dinobatkan sebagai juara.
Siri Gok's Fashion Show
Siri yang dikendalikan oleh pereka fesyen Gok. Beliau akan membiarkan lima pereka fesyen ternama memilih satu persalinan serba lengkap dan kemudian beliau akan menggubah sendiri lima set yang lain dari koleksi pakaian-pakaian murah. Hasil terakhir akan diadili oleh penonton. Penonton akan mengundi untuk memilih set yang manakah yang menambat hati penonton. Selalunya, Gok akan menang.. pakaian nampak cantik dengan harga yang jauh lebih murah.
Siri Anthea's Good Housekeeping
Siri dikendalikan oleh Anthea, di rumahnya sendiri. Dua pesertaa dari rumah yang kotor dan tidak terurus akan menginap di rumah Anthea selama beberapa hari. Anthea akan mengajar cara-cara mengemas dan membersihkan rumah. Kedua perserta ini diberi masa seminggu(? - he heh dah lupa) untuk membersih dan mencantikkan rumah.. yang paling bersih dan cantik, akan bergelar juara.
Siri Honey You're Killing Your Kid
Siri bagaimana sebuah keluarga yang mempunyai masalah gemuk dan pemakanan akan dipilih untuk dianalisa cara makan dan hidup. Mereka diajar untuk memakan cara yang betul dan bersenam.. di akhir rancangan keluarga ini dapat membetulkan cara makan dan hidup dan kelihatan lebih sihat dan gembira.
Siri Tiny Tears Away
Siri dikendalikan oleh dua pakar kanak-kanak. Sekumpulan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah (memberontak, tidak mahu makan, mengangis, degil...) akan dijemput ke sebuah rumah khas. Di sini, kelakuan mereka sekeluarga akan dirakamkan, dianalisa dan diperbetulkan. Di akhir siri, si anak yang bermasalah akan bertambah baik dan ceria.
Siri How Dirty is Your Home
Siri ini dikendalikan oleh dua orang wanita. Mereka akan memilih seorang peserta yang memiliki rumah yang amat kotor.. beliau akan diajar bagaimana untuk membersihkan rumah dan hidup dengan lebih selesa.
Siri Megastructure
Siri yang menampilkan pembinaan struktur-struktur mega yang terdapat di dunia.. contohnya Hotel Buruj di Dubai, Stadium Olimpik di Beijing dan akan memaparkan kisah-kisah sukar para pereka, jurutera dan sebagainya bertungkus lumus menghadapi pelbagai cabaran untuk menyiapkan binaan dalam masa yang ditetapkan.
Siri 60 Minutes Makeover
Siri yang memaparkan sebuah rumah akan dipilih untuk diubahsuai dalam masa 60 minit.
Siri Secret Millionaire
Siri yang paling digemari... menjadi sumber inspirasi. Setiap siri akan mengisahkan seorang jutawan akan menyamar sebagai orang biasa dan masuk ke satu kawasan kediaman yang miskin... mereka akan mencari organisasi atau individu yang memerlukan pertolongan dalam bentuk wang ringgit dan mereka akan dermakan. Di akhir rancangan, mereka akan memaklumkan yang mereka adalah jutawan yang ingin berbakti kepada masyarakat sebagai tanda 'syukur' kerana mereka hidup kaya raya. Siri ini mengingatkan kami tentang kisah Saidina Umar yang menyamar... Di tengah-tengah negera yang menolak Islam, di sana ditonjolkan kehadiran beberapa 'Saidina Umar'!
Ohhhh... kami benar-benar merindui siaran TV di sana.. yang mengajak minda bersama. TV di sini? Kita tidak perlu risau tentang masalah sosial dan ekonomi, yang perlu .. kita perlu jadi penyanyi/pelakon... jadi mereka = kaya.. jadi mereka = glamour.. jadi mereka= idola .. jadi mereka = berita.
Kalau dulu ada pantun "Buai laju-laju, sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab!"
Sekarang .... "Buai laju-laju, buai tinggi-tinggi, belum tumbuh gigi, dah boleh jadi penyanyi!"
3 comments:
Walaupun di sana nampak baik namun dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Mungkin culture shock selepas pulang dari luar negeri masih belum hilang sepenuhnya. Selepas setahun di sini Insya Allah akan dapat kembali ke bumi nyata. Welcome back!!!.
mhp, shah alam
Akak, saya pun bukanlah pelanggan astro walau sejak dahulu kala. Memang 5-7 siaran percuma tu ajelah sumber saya mendapat berita terkini hiburan sensasi. Saya pun seperti akak, banyak kali kecewa dengan isi kandungan siaran tv di malaysia. Sana sini sibuk menyiarkan rancangan 'nyanyi2'. Kalau tv1 pula, walau byk juga rancangan yg berbentuk ilmiah, tapi disampaikan dlm versi yg kurang menarik. Asik ceramah, ceramah, ceramah. Alangkah bestnya kalau buat lebih interaktif utk cater masyarakat 'visual' spt saya ni. Ingin komen sedikit pendapat mhp di atas. Bila pulang dr luar negara ni, bukanlah kami atau saya sendiri ingin melebih2kan negara luar dan memperkecilkan negara sendiri. Tapi pengalaman dr tempat org ni menyebabkan saya sedar/nampak di mana kelemahan kita yg perlu kita perbaiki tanpa menafikan banyak lagi perkara yg lebih cantik dan manis yg ada di bumi Malaysia ni berbanding negara lain.
Salam Mrs Henri and mhp(?),
Jauh perjalanan, luas pandangan.. Dulu akak (dari cikgu-cikgu akak), bila nak buat karangan baik buruk tengok tv, semua nampak buruk saja.. Tapi rupanya, bila 'jauh berjalan', yang banyak buruk itu boleh jadi banyak baiknya jika kena gaya.. kita memerlukan seluruh kelompok yang terlibat berubah dan meletak yang benar di tempat yang benar. Yang baik di tempat yang baik.. Moga anak cucu kita bila menulis karangan pasal baik buruk tv, tak perlu senaraikan yang berjela keburukannya!
Post a Comment