Tuesday, 28 April 2009

Hijrah .... Langkah Pertamapun Bermula..

Hijrah ke arah menggabungkan kekuatan Muslim (menerusi janaan dan jaringan ekonomi Muslim menerusi produk HPA) telah dimulakan. Satu keputusan 'ekonomi' yang tidak pernah diambil kisah seumur hidup. Pasti, langkah ini sesuatu yang sukar. Apatah lagi, sejak lahir, kita bagaikan terikat dan diikat dengan pelbagai produk yang telah lama berada di pasaran. Contohnya... Kalau sebut ubat gigi, mesti Colgate. Kalau sebut pencuci pinggan, mesti Sunlight. Kalau sebut serbuk pencuci, mesti Fab atau Breeze... banyak sungguh jenama-jenama yang sebati dalam kehidupan yang sudah berpuluh tahun. Apakah kami mampu berada dijalan yang lurus??? Satu persoalan yang nampak enteng, mudah, biasa, lama... tapi memerlukan satu kekuatan yang luar biasa untuk menghadapinya! Apatah lagi, penghijrahan ini akan memberi implikasi dalam kehidupan seluruh ahli keluarga. Hanya yang mengalaminya mampu merungkai perasaan itu...

Bagaimana kami memulakannya???
1. Tukar Pilihan Ayam

Sejak pulang dari kursus HPA, kami sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada Ayam Organik HPA.
Ayam Organik HPA - diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan. Herba-herba terpilih dicampur ke dalam makanan haiwan seperti daun mambu dan habbatussauda. Lagi, disembelih oleh ustaz.
Testimoni kami: Beza benar rasanya dengan ayam dari kedai biasa terutamanya tentang 'ketahanannya' dari bau busuk. Selalunya, kami akan mengeluarkan ayam dari 'freezer' di awal pagi dan akan memasaknya pada waktu tengahari atau lewat petang. Kalau ayam biasa, baunya menjadi kurang enak.. dan jika dimasak, anak-anak akan memakannya pada hari itu sahaja. Jika ada lebihan, tiada yang sudi menyentuh (jika ada pilihan). Tapi dengan ayam HPA, tiada lagi pembaziran. Masakan lebihan yang disimpan di dalam peti ais, tidak bertukar rasa. Buktinya, anak-anak mahu makan sehingga habis.
Ada yang berkata, "tak mahu lah beli ayam tu kak, mahal sikit". Kalau lama-lama mendengar komen begini, pasti 'iman tergugat'! Itulah namanya perjuangan.. sukar sungguh sukar untuk berubah... moga Allah beri kekuatan...

2. Tukar Pilihan Kordial

Tukar dari kordial Sarsi, kordial Sirap, kordial Ribena dan kordial SunQuick ke Kordial Manggo HPA dan Kordial Roselle HPA
(Hanya ada dua pilihannnnn? Bayangkan, apa yang komen yang kami dapat daripada kelima-lima anak.... pasti ada protes! Tapi untunglah ada acara boikot barang-barang tertentu demi rakyat Palestin... anak-anak dengan kekadang sedikit protes.. menerima seadanya .)
Kebaikan Kordial Roselle - anti penuaan, pencegah penyakit kardiovascular, pencegah kanser, pencegah demam panas atau selsema, mengatasi stress dan kesukaran untuk tidur.
Kebaikan Kordial Mangga - memecah lemak usus sehingga membantu membersihkan usus dan saluran pencernaan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kadar kolestrol darah dan mencegah stroke, meningkatkan pencernaan, mencuci timbunan protien dan parasit cacing pada dinding usus sehingga dapat dengan mudah dikeluarkan menerusi najis, mengelakkan pertumbuhan sel kanser dan meransang serta meningkatkan sistem pertahan tubuh.

3. Tukar Pilihan Minuman
Bersambung......

4 comments:

Nukilan ida said...

akak.. tq for the permission..
eh.. akak bli ayam tu kat maner??? kat maner yer kedai nyer??
saya teringin gak nak pi..
pagi tadi dah register jadi ahli.. kat opis i ada orang yg mejual..so i daftar dgn dia jer.. tapi yg center nyer kat klang..jauh.. kat sini2 ada ker??

SevenDrops said...

Salam Ida,

Akak selalu beli kat Seksyen 18, dekat-dekat dengan Giant. Tapi cuma ada ayam dan sate saja. Burger, fish cake fish ball tak ada.

k.nas

Anonymous said...

assalamualaikum...kak nas

alhamdulillah dengan kesedaran yang ada InsyaAllah kita mampu menjana ekonomi rakan2 peniaga islam kita ke arah yang lebih baik..Halalan Toyyiba!..

sebenarnya kita memang mampu berubah kalau kita betul2 nak, kalau dulu mungkin pikir janji senang je kan...

semoga ramai lagi mengikut jejak akak sekeluarga.

-siti hanim

SevenDrops said...

Salam Hanim,

Lama tak dengar berita.. dengan pertanyaan dah jadi ahli ke belum??

K.Nas